Thursday, December 29, 2011

Selena Gomez & The Scene - Love You Like A Love Song



saya tengah sangat addicted with this song. suka. suka. suka. suka =) anda suka x?

Thursday, December 1, 2011

packing

err..
Now I feel nervous. Sudah pukul 5.30ptg dan saya masih belum packing apa-apa pun lagi. Husband masih di tempat kerja, lagi lah tiada motivasi untuk packing. Hari ni tak perlu masak dinner. YEAY. Awal-awal lagi dah beritahu en.husband yang dapur telah dibersihkan jadi malam ni kita dinner di kedai sahaja.

Memang saya ada penyakit. Sebelum ke mana-mana, saya akan pastikan rumah dalam keadaan yang terurus seperti dapur dibersihkan, cadar dan comforter disalin, rumah disapu dan mop dan kain siap dibasuh dan dilipat supaya apabila pulang nanti, semuanya telah siap terurus ;)

Rasa risau pula nak tinggalkan Eduardo seorang di rumah. Boleh ke dia survive? atau should we sent him boarding?? Berat hati sungguh nak hantar Eduardo ke boarding semenjak pertama kali hantar dahulu.. hmm..

Nak packing apa ni???

Lama dan Baru

Helo all..
Last week on Friday, me and husband habiskan setengah hari di pejabat imigresen.
Just imagine, lama sangat perlu tunggu just to renew the passport.
Seingat I dulu, masa pertama kali buat passport di Ipoh tidak lah lama begitu.
The passport can be renew online actually tapi dah alang-alang en.husband nak buat passport, I pun pergi ikut sekali.
En.husband siap sempat ke pejabat pendaftaran untuk buat kad pengenalan baru sementara menanti giliran untuk dipanggil mendaftar passport baru tu.
Dan my husband juga siap sempat pergi solat jumaat dan by the time balik dari solat jumaat tu, baru lah turn kami sampai.
Laaaamaaaa betul!
Setelah selesai urusan pendaftaran dan pembayaran, perlu tunggu sejam untuk passport siap.
Kami sampai pukul 11 pagi dan semua urusan selesai pada pukul 3.40ptg.

Cuba lihat passport lama saya yang dibuat pada tahun 2005 dan tamat tempoh tahum 2010 lalu.


Muka tu nak nampak suci jer kan? hahaha..

Lihat pula passport baru yang akan tamat tempoh pada 2013 kelak.


Muka dah berubah jadi macam belacan. huh.

Passport yang telah tamat tempoh tu dipotong sedikit dan dikembalikan kepada saya untuk disimpan sebagai kenangan. hee..

Esok, kami berdua akan keluar sekejap dari Malaysia. InsyaAllah..
Doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik okie ;)

Sunday, November 20, 2011

Karaoke

Helo all..
Officially, the end of year school holiday has started. weehoo!
Walaupun masih bersedih kerana pertukaran ke putrajaya tidak diluluskan, tapi saya tetap rasa bersyukur kerana dapat bersama dengan en.husband disepanjang cuti sekolah ni.
Weekend pertama ni dihabiskan dengan berkaraoke ;)

Dalam banyak-banyak lagu yang en.husband nyanyi, saya paling suka yang ini..



Tak sangka suara en.husband sangat merdu (at least in my ears) mendendangkan lagu nyanyian Anwar Zain ni.
Selama ni genre en.husband mesti rock, emo rock dan sewaktu dengan nya.
Sesekali nyanyi lagu begini, best juga ;)
Happy Monday kepada yang bekerja esok!

Thursday, November 17, 2011

Gila Bola

Helo.
Ingat lagi tak yang I pernah tulis in one of the entry that I pelik kenapa lelaki-lelaki suka sangat menonton perlawanan bola sepak kan?
Dan I siap umpamakan pemain-pemain tu seperti sperm yang sedang berebutkan satu ovum. hahaha.
but........

TODAY. Saya pun menonton juga. SHY.
Indonesia vs Malaysia (sukan sea)..
Menonton sambil mulut mengomel-ngomel. hehehe.


dan sebenarnya.. I pernah jer DIPAKSA menonton bola secara live oleh en.husband.
Ketika friendly match between Malaysia and Liverpool itu hari. hehehe..

Monday, November 14, 2011

seram ke?

Hi.. I'm still on medical leave. Esok last day, then Wednesday perlu kerja seperti biasa. Excited. First time excited nak pergi kerja sebab dah jemu terperuk saja di rumah. Lagi pun, I sangat-sangat risau kan student Form 5 yang memulakan SPM hari ni. Semoga semua pelajar yang disayangi dapat menjawab dengan tenang dan baik ;) Doa saya sentiasa mengiringi kalian..

Hmm.. the latest activity yang I suka buat selain daripada Sim Social is reading kisah-kisah seram di forum. Macam menarik pulak baca kisah-kisah orang yang pernah diganggu makhluk2 alam lain ni. Ada yang memang menakutkan, ada yang seperti cerita rekaan dan tak kurang juga yang lucu. hehee.. Semua yang diceritakan tu menurut penulis adalah berdasarkan pengalaman sendiri.

Bila bercakap tentang pengalaman sendiri. I pun ada satu pengalaman yang agak ngeri la jugak. Perkara ni terjadi di rumah parent I di Ipoh ni. Rumah yang sedang kami diami sekarang. Perkara ni terjadi kepada me and husband..Nak tau ke kisahnya..? Nanti jangan takut pulak taw ;p

As usual, en.husband akan sampai di Ipoh hari Jumaat malam samada menaiki ets-train atau kereta. Hari kejadian, husband sampai ke Ipoh by ets-train dan isteri yang setia ni dah siap-siap tunggu di stesen keretapi Ipoh. Kami terus ke kedai makan untuk mengisi perut kerana parent I memang takde di rumah dan saya tak masak. Sampai ke rumah parent I lepas tu dah around 11pm.. Keadaan rumah macam biasa je. Tapi yang luar biasa nya I dan husband ada la bertegang urat sket malam tu so masing-masing sombong to each other.

Masuk je rumah, husband terus ke tempat menonton tV dan buka tV. I pun join sekaki walau pun masing-masing not talking to each other. Tempat menonton tV tu dekat sangat dengan tangga untuk ke bahagian atas rumah. Bila I nak berbaik with husband dengan bersembang-sembang, husband masih jual mahal sambil berpura-pura tidor. Tiba-tiba...

'DONG. DONG. DONG. DONG' bunyi yang sangat kuat seperti ada lembaga besar/gergasi kedengaran menuruni tangga rumah parent I tu. Tapi takde bayang langsung sapa yang turun. Tangga rumah ni ialah tangga batu, memang tak logik boleh berbunyi macam tu kalau ada yang naik atau turun. I terus melompat ke arah husband dan husband yang pura-pura tidor tu pun terus duduk. Memang seram.

En.husband nak sedapkan hati beritahu I mungkin ada orang masuk rumah dari atas. So dia pun berbekalkan pasu bunga di tangan sebagai senjata (hahaha) cuba nak siasat apa berlaku di bahagian atas rumah, I memang dah kecut perut habes tak kasi dia tinggalkan I sorang-sorang di bawah. So kami sama-sama naik terhendap-hendap. Tapi langsung takde siapa-siapa pun dan keadaan sama seperti sedia kala. Jadi bunyi apakah itu? Siapa yang turun tangga??

Malam tu daripada merajuk terus jadi best friend sebab masing-masing takut. hee.. but alhamdulillah, nothing happen sampai lah ke pagi. You all ada kisah seram tak? jeng.jeng.jeng..

Thursday, November 10, 2011

been BUSY.

Lately, husband has been very busy. Okie, maybe its not enough to visualize the real situationS. My husband has been very very very BUSY. Baru betul ;)

He has project that need to be settle by next week. As a beautiful wife, eh silap beautiful pulak. hahahaha. Being an understanding wife, I try not to complaint so much (komplen sket-sket tu ada la). hahaha again.

Just imagine, we are not staying together and he was very busy while I'm very free make me feel lonely. Bila text, susah betul en.abang sorang tu nak reply or hanya akan reply with 'yes' or 'no' or 'ok'. Ini memang sindrom lelaki dah kawen, jawab text dengan satu patah perkataan sahaja kot. Then, when I call he will answer like this, 'I cannot talk to you for so long..' or 'I'm inside the meeting room..' or 'b penat.. nak tidor..' sampaikan semalam tak sempat pun nak ber chit-chat before we went to bed..

So hari ni, isteri yang understanding dan beautiful ni dah rasa macam nak merajuk. Mengada lah tu.. sebab si isteri kan tengah sedih tak dapat bertukar. Jadi, si isteri gedik ni pun text the husband like this..

'Esok bila b balik, b kena belanja syg makan burger KING, sushi KING, manhattan fish market, secret recipe, etc.. etc..'

tehehee.. semua nya nak yang ada KING. kekeke. oh. This time dia reply agak panjang siket.. 'ok. no problem honey' . YEAY!

It Gets Better: Bruno Mars - Today My Life Begins

How should I start..?
My day start with a nightmare!
As early as 7am, I received few text msg from couple of friends..
Diikuti dengan panggilan telefon yang bertalu-talu minta dijawab..

Rupa-rupanya all the phone calls and text ask me to check the transfer result online.
I dengan mamai nya, buka laptop sambil tangan kesejukan, berdebar semua ada..
Siap terlupa login id and password bagai.
Bila dah berjaya browse through the website, keputusannya..
tetap dan masih MENGHAMPAKAN.

so, officially saya telah gagal dalam pertukaran ke Putrajaya sebanyak 3 kali.ermm..
see.. life is never easy like a fairy tale..

untuk ubati kedukaan hati yang lara ni, jom layan Bruno Mars..



p/s: I am NOT happy. Thank you.

Wednesday, November 9, 2011

terlalu banyak..?

Is two too many..? I guess yes because one is singular and two is plural. Tak faham?? I mean, two entry in one day?? hehee..

Actually nak menambah from previous post, kan kita tulis yang kita asyik menonton tV dan serf internet jer kan. kan. Rancangan yang kita tengok hari-hari sekarang ni ialah Top chef ;) walaupun itu ialah ulangan dan sudah diketahui pemenangnya, tapi kita layankan jer. hee..

Setiap hari kita akan blog walking dan baca setiap post baru yang ada dalam link kita. Kalau dah habes semua tu, kita akan blog walking pulak link-link yang ada pada blog husband. Opocot! blog husband..? tehehee.. that is suppose to be a SECRET. ermm.. cari lah sendiri yer, husband kita tak kasi reveal the url. sorry.. blog yang kita baca dan blog yang husband kita baca memang totally different. Sebab en.husband mucuk ilmiah sket dari kita. huh.

And... activity kita yang paling latest ialah...... The Sim Social!! Since kita dan deactivate facebook, kita main kat facebook si dia lah. hahaha. boleh gitu?

About the laparoscopic surgery that I've been talking lately, I've been diagnose by the dopter of having bilateral endometriosis. What is it about, you can always google right..? ;) according to Dr. Jaya Balan (an O&G specialist), that might be one of the reason why I did not conceive after one year of marriage. But I believe, that's because of Allah will ;) The endometriosis make my hormone imbalance and infertile. So, the dopter suggest me to remove the cyst before we move to another stage of medication.

This is one of the effort that we made and yang lain nya saya serahkan pada yang maha kuasa. After the surgery, dopter suntik kan ubat hormon supaya kita tak period for 3 month (meaning dalam masa tiga bulan ni kita memang tak akan conceive), to make sure the womb fully recover. Selain daripada tu, kita and husband, parent kita dan in laws kita semua berdoa sewaktu orang wukuf di Arafah tempoh hari. Semoga Allah perkenankan doa-doa kami ;)

and I have an appoinment with Dr. Jaya Balan this Friday to remove the plaster they have on me. hehee..

p/s: hopefully this post answer all the question that you might have in your head. Sebarang pertanyaan, do not hesitate to ask coz I dont mind to share ok..

cuti 2 minggu.

Hello all..
How's your day??
It's suppose to be WORDLESS WEDNESDAY..? Yes? No?
Hehee..

I'm at home. watching tV. surfing internet. watching tV again and surfing internet again.
Dopter gave me 2 weeks of mc after the laparoscopic surgery.
LAMA nya nak habeskan dua minggu ini..!
will start working on November 16th, 2011. Lama lagi tuh..

The dopter said laparoscopic is just a minor surgery.
In fact, ada patient yang discharge the same day of the surgery.
Saya pun konon-konon tak mahu lah admitted, nak balik jugak hari yang sama..
Tapi sebab mabuk dengan ubat bius, asyik nak muntah, asyik nak tidor.. Jadi terpaksa juga bermalam satu hari di Pantai Medical Hospital..

Dopter kata lagi, tak perlu makan berpantang..
Tapi mama saya kata, MINUM AIR GAMAT, TAK BOLEH MINUM AIS, TAK BOLEH MAKAN MAKANAN YANG GATAL, perlu makan berpantang. haish..
seksa taw bila tak dapat minum ais.
My mil pulak siap sediakan sup ikan haruan ;)
How sweet..

Dopter said we can have sexual intercourse like normal..
But, just imagine, perut I ditebuk tiga lubang dan dalam proses utk recover, ada mood pulak nak make love yer..? hikhikhik..
but I do miss husband so much...

Semoga Allah permudahkan semuanya.. thanx husband for the unconditionally LOVE. muahS.

Monday, October 31, 2011

Laparoscopic.

Admitted at Pantai Hospital Ipoh..
Sedang menunggu penuh saspen dan debaran untuk dibawa masuk ke operation room bila-bila masa dari sekarang.
saya TAKUTs..

p/s: ilya.. kita sihat-sihat ajer ;) thanx bertanyakan khabar yer..

Friday, October 14, 2011

Kad 001

Sekejap je masa berlalu kan..
Sedar tak sedar dah pun sampai ke bulan Oktober.
Sekarang ni di tempat kerja sedang agak busy dengan macam-macam perkara.
Antaranya ialah peperiksaan akhir tahun sedang berlangsung bagi pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 6 atas, performance review, pecutan akhir bagi pelajar tingkatan 5, slip berhenti sekolah bagi pelajar tingkatan 5, mengisi kad 001 dan macam-macam lagi.

Saya sebagai guru kelas tingkatan 5P sedang gigih mengisi kad 001 pelajar.
Kad 001 ni ialah sebuah kad yang berwarna biru dan setiap tahun guru kelas perlu isikan maklumat pelajar seperti tarikh memasuki setiap tingkatan, nama sekolah, nombor kemasukkan pelajar, jawatan yang disandang pelajar, kelab/persatuan/sukan, hobi, cita-cita, minat dan kecenderungan pelajar, sikap pelajar, markah peperiksaan pertengahan dan akhir tahun, tinggi dan berat, dan macam-macam-macam-macam lagi. PENAT oi.

Semua maklumat di atas perlu diisi oleh guru kelas di setiap akhir tahun di atas kad yang sama.
Dari kad tersebut, guru boleh monitor kebolehan pelajar, kecenderungan pelajar setiap tahun dari tingkatan 1 lagi.

So tadi ketika berjumpa dengan pelajar kelas 5P, saya minta mereka isikan di atas sekeping kertas tentang maklumat yang diperlukan dan saya akan menyalin kan semula maklumat tersebut ke dalam kad 001.
Apa yang mengejutkan saya ialah, pada tahun 2010 iaitu ketika pelajar saya berada di tingkatan 4, seorang daripada pelajar kelas 5P bercita-cita ingin menjadi...


BOMOH!!

macam tu pun ada??huh.

Monday, October 10, 2011

kerinduan

Merindui..
Cuba bertabah hati.. meredhai dugaan ini..
Pasti ada kemanisan di penghujungnya bagi orang yang bersabar..
Pasti ada hikmah atas ujian ini..
Allah has better plan for us..

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kau ampunilah dosa ku yg telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fisikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan


Ya Allah Sekiranya suami ku ini adalah pilihanMu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untukku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena


Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmatMu Ya Allah
sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu


Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akalku mengharungi ujianMu


Ya Allah Ya Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati suaminya
Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

present.

Ahh.. Finally, tamat sudah duty sebagai pengawas/petugas PMR.
Selepas ini sudah boleh mula bekerja seperti biasa ;)
It's October already kan?
There's someones birthday on 25th.hehehee..
Need to prepare present for that special someone..
Apa yang sesuai untuk si dia sebagai hadiah ye??

my other half


p/s: The right-side of the bed is EMPTY because he already went back to kL and working on normal shift. haish...

Sunday, October 9, 2011

sweet memories remain..

An enjoyable weekend at Cameron Highland ;)


Satu gambar dah cukup utk menunjukkan kegergasian ku. huh.

Friday, October 7, 2011

honeymoon..??

Hye.
Esok en.suami manis nak bawa kita ke sini..


Even sudah agak banyak kali ke Cameron highland, tapi saya tak peduli..
asalkan namanya bercuti saya sangat-sangat SUKA dan teruja ;)
Will be staying there for one night, amik angin, honeymoon lagi..
Hopefully it will be a good and nice trip for the two of us.
Sebab selalunya kalau saya over excited, mesti at the end akan turn out tak best.
Nanti kita amek gambar banyak-banyak okie.
Tapi tak janji nak upload kt blog..
semenjak kita dah jadi gergasi ni, agak kurang keyakinan diri nak menonjol di hadapan orang ramai. ahahaha.

Thursday, October 6, 2011

The Legend

Should I say more..?



Hepi Friday all!

Petugas/pengawas

Helo all.. Do you find your day interesting?

Mine sangat lah tiring and boorrrriiiinnnG. For the past few days (read: from Monday-Thursday), I was away from school. I was selected as petugas/pengawas PMR at other school. I did not apply for it. Siapa lah yang rajin sangat untuk bertugas as petugas/pegawas peperiksaan kan. Besides, I didnt teach form 3, so sangat lah menghairankan apabila nama saya terpilih untuk bertugas.

At first, when I received the surat lantikan, I feel okie to leave school for few days, berubah angin la konon. Then, bila dah mula bertugas, rasa sangat regret, eventhough we get allowance for the duty. I dont feel its worth it.

The main reason I said that is because it is tiring . Selalunya, hari-hari I akan balik from work at noon tapi bila bertugas for PMR ni, time balik ialah around 4pm. Need to work extra hours. Then, bila exam dah bermula, saya rasa agak buang masa untuk tunggu pelajar menjawab hingga tamat waktu menjawab. Seriouly, tak tahu nak buat apa dalam masa tersebut. Sangat RUGI masa. Petugas/pengawas peperiksaan tidak boleh menggunakan henset, tak boleh membaca soalan, bersembang, etc.etc. etc. So, asyik la pusing pusing pusing pusing satu dewan sampai kaki cramp. Tapi saya ada curi-curi potong kuku. ahahaha. Terseksa nya jiwa dan raga nak tunggu 2jam atau 1.5jam tamat. Rasa sangat rugi tak dapat ke sekolah untuk membuat ulangkaji bersama pelajar form 4 dan form 5. hurmm..

Just for information, PMR will end next Tuesday. Tak sabar untuk kembali ke tempat kerja sendiri ;)

Tuesday, October 4, 2011

Sedap kan??

I really admire this song since the first time hubby dedicated it to me 7 years ago..
Never get bored with Unintended no matter how many times I repeated it.




It was more special when my adorable husband sang it to me while playing the guitar.
My heart melt every time he did that ;)
Hopefully you guys will enjoy it.
Chiow.

p/s: me and the handsome guy is having a date. hiks.

Monday, October 3, 2011

warna warni.


Kamu kamu nampak tak imej di atas? Itu ialah toothbrush yer adik-adik..
Toothbrush di ATAS tu kaler apa yer??
Kuning?? Purple?? Hijau??
Pandai semua, toothbrush tu warna BIRU ;)

Cuba lihat pula imej di bawah.. Imeh di bawah juga ialah sebatang toothbrush yang berwarna....
Sila jawab semua. Warna PURPLE kan??
Pandai semua ;)


Berus gigi warna biru husband punya dan warna purple saya yang punya.
Tapi kenapakah semasa saya mandi selepas husband selesai mandi, saya dapati toothbrush ungu telah basah seperti digunakan?? manakala toothbrush biru masih dalam keadaan elok sejahtera.
Musykil neh..
Saya silap berus gigi atau en.husband comel rabun warna?? hiks.

sakit oi.

Hye. Hye.
Alhamdulillah, overall the check up turn out to be okie ;)
but.. but.. but..
It was painful!!

Samada sangat painful atau pun kita yang over-react sampai menjerit SAKIT.
Dan husband yang menunggu dah risau dah sebab boleh dengar suara kita jerit hingga ke luar.
Jenuh la dopter dan assistant nya suruh kita tarik nafas untuk reduce the pressure.
Mesti orang-orang yang tunggu giliran dah takut dah. hakhakhak.

Even dah sampai rumah pun, kita still boleh rasa kesan kesakitan tadi..
Macam mana nak jogging petang ni??
hurmm..

Dup. Dap. Dup. Dap.

Rasa nervous nya. berdebar-debar. gementar..
Jantung kita berdegup laju sangat, rasa macam boleh dengar bunyi degupan tu sampai luar. Tipu.
Memang lah tak boleh dengar degupan jantung tu, tapi kita memang tengah sangat berdebar.
Dup. Dap. Dup. Dap. Dup. Dap.

Ini bukan kali pertama kita ke hospital untuk buat check up.
Tapi medical appointment untuk hari ni adalah yang pertama kali kita kena lalui.
Belum pernah lagi check up begini sebab tu sangat berdebar dan takut dan malu ;(

Nasib baik en.suami kacak bergaya tu dapat luangkan masa untuk temankan kita.
Doakan kita normal aja okie tanpa apa-apa khabar buruk.
Kenapalah semuanya pada hari Isnin kan?

p/s: janganlah kita ada hypertension pula disebabkan debaran ini...

Saturday, October 1, 2011

Sperm vs Ovum

Hello all..
Before I start with the new post, let just ignore the two previous post okie.
Itu ditulis ketika emosi tidak stabil dan kemungkinan terlebih hormon progestron. hakhakhak.

Today is really a tiring Saturday.
Sabtu minggu pertama but we still have program at school.
Kena ke tempat kerja as early as everyday because we have LADAP (read: Latihan Dalam Perkhidmatan) and for today, the teachers need to learn basic skills for sports like basketball, hockey and etc. etc. etc..
Its quite interesting when doing the practical, terkenang zaman sekolah dulu masa aktif berbola keranjang, bukan mata keranjang yer..
However, I found out that I sepak takraw is the least feminine sport when you have to terkangkang-kangkang sepak bola tu. eeuww..

Tonight, will be going to in laws house and that's the routine for the time being..
Weekdays staying at my parent house and weekend at his parent's house.
Why going tonight??
Because he wanna watch Everton vs Liverpool. huh.
Sungguh tak faham kenapa lelaki suka menonton bola sepak.
Just like a gay, penyokong lelaki minat menonton pemain lelaki.
And the guys are watching the player catching for a ball, sama kan macam sperms berbutkan satu ovum ;p
till here..

Thursday, September 29, 2011

depressed.

derita.. mentally illnesS. should I go for a check up?

Monday, September 26, 2011

semuanya pada hari Isnin.

Motivation down hingga ke lantai..
Cuba untuk bertabah hati namun kadang kala kalah jua dengan emosi..

hepI MondaY all.

Sunday, September 18, 2011

garang tau..

Suami saya sejak akhir-akhir ni dah jadi garang.
Lepas tu dia asyik nak guna ayat "sebab pembawakan budak.."
Setakat yang saya tahu, saya belum lagi BAWA budak..
Mungkin dia yang bawa budak kot sebab perut sudah makin maju ke depan. hekhekhek.

alaa.. takde pulak picture terkini org yang pembawakan budak tu untuk dipaste kan di sini..

Wednesday, September 14, 2011

siang mengantuk malam berjaga

Lately, suami saya siang-siang pergi kerja sampai petang..
Balik rumah, di sebelah malam pulak ada conference call with US boses.
Kelmarin ada conference call, semalam pun ada, malam ni ada dan esok pun ada.
Last sekali, baru dapat tahu yang my husband need to work in US hour start from tonight until further notice.
He doesnt have to go to the office anymore.
He can work from home or specifically work from my parent house. wee!!

So, tak lama lagi boleh la saya nyanyikan lagu, "nenek nenek si bongkok 3, siang mengantuk malam berjaga.." kepada si dia kan ;p

Monday, September 12, 2011

Monday.

Helo.
I dah sampai Ipoh ni.
Seperti biasa, naik ETS pukul 9pm dari kl-central.
Memang normally, I akan tidor sepanang perjalanan. Tidor-tidor ayam.
Tapi tadi seriously tidor macam orang mabuk.
Dari mula train sampai hingga train berhenti saya tidor tak sedar diri ;)
Adakah ini disebabkan penangan laksa Kelantan yang dimakan sebelum perjalanan tadi?? hakhak.
Tapi seriously SEDAP bangat laksa Kelantan yang dimasak oleh beliau, sempat ke rumah Pn.Zarin untuk beraya petang tadi..

By the way, esok sudah kerja.. Walaupun rindu husband sangat tapi tetap perlu jalani hari dengan TABAH. Happy MondaY all!!

Friday, September 9, 2011

Christina Perri - Jar of Hearts Official Video

suka lagu ni semenjak kali pertama dengar..



Enjoy your weekend...

Thursday, September 8, 2011

should I tell him?

hye.
I do not contact my husband todaY since morning.
I'm not avoiding him but I just didnt feel like talking..
dan kebetulan pulak my cell phone kehabisan battery sebab saya lupa nak charge malam semalam.
I know, he tried to call me few times.
I know, he feels worry about me..

The think is, I went somewhere alone after work, without asking his permission..
and I'm not ready yet to tell him where did I go and who did I meet..
and I really not ready to tell him or anybody something that I know today..
something bad and sad..

who should I turn on to..? *crying.....

Wednesday, September 7, 2011

just STOP.

how much worse can it be huh?

Case 1
Semalam one of my colleague, beramah mesra with me..
She said my baju kurung on that day is beautiful. She like the colour.
Tapi for me, baju kurung tu biasa biasa aja.
Baju tu quite new since I gain weight after marriage sampai terpaksa buat baju baru. hakhak.
I told her that fact and she said, badan I tak nampak macam naik pun. Lied.
So, she suggested a tip. She said, nabi Muhammad ada berpesan, sekiranya mahukan badan isteri cantik (read: tidak gemok), jangan masuk kan mani husband ke dalam rahim isteri.
Saya yang jahil ni memang tak tahu ada ke hadis yang begitu so I just listen.
Then saya balas semula, I want a baby so my husband mani is important for me ;p
After that, bermula lah sembang-sembang yang kalau boleh I memang tak mahu bincangkan.
I know, she has a very good intention by suggesting this and that but I just dont feel comfortable to discuss about it.
Sudah ramai yang beri tips dan cadangan dan panduan sampai at one point, I feel sick about it.
I just don't wanna stress out myself.
I want it to be naturally. Yes, I memang ada usaha.
Tapi tak perlu untuk heboh kepada sesiapa kan?

Case 2
One of my colleague get pregnant. She just get married on May 2011.
I know it from one of my close friend.
I feel happy for her and Congratulate her todaY.
and she look back at me with a SYMPATHETIC look, which I really dont need.

How much worse can it be?
Like I always say to my dear students, 'the real life is really mean..'
I'm okay. but the people make me stress..
Kalau saya pregnant, alhamdulillah..
Kalau belum pun tak apa since I'm still young.
Sampai kadang kala nak jadi rude.
Please put some respect.
I just don't wanna talk about it anymore.
SAD.

Tuesday, September 6, 2011

Debaran.

hi all.
Kita rasa berdebar nak isi borang pertukaran..
You all agak-agak, this time permohonan kita berjaya x??

Wednesday, August 24, 2011

Price tag - shila Amzah



Do you guys LIKE it? The only thing I like is her hair fringe. ngehehee..

Monday, August 22, 2011

out of SHAPE.

Ai sudah takde mood mahu raya.
Sebab baju raya ai BURUK giler hokey..
Sebenarnya bukan kain tu yang buruk tapi design baju yang tailor buat yang BURUK.
Saya tak suka!!

Design baju raya saya bukan susah mana pun.
Baju kurung modern jer..
Tapi sebab tailor tu tak pandai jahit, dah jadi kembang semacam.
Menyampah.

Sebelum ni, I tempah baju pada my sis-in-law punya mom.
Tapi time I nak tempah hari tu, tukang jahit dia balik bangla.
So tak dapat la nak tempah pada her mom.
Then, my sis cadangkan satu kedai ni di Kompleks Campbell, opposite Sogo.
My sis puas hati dengan tempat ni.

So, I just try la kan.
My sis cakap, time ambil baju, if ada yang tak kena, that tailor akan betulkan.
So tadi time cuba baju tu, memang rasa tak kena.
Baju kurung modern yang out of shape.
I admit yang time ambil ukuran, my body was quite BIG.
Tapi dia cakap boleh betulkan on the spot.
I minta la dia kecilkan sket sebab obviously baju tu dah jadi besar gila.
I dah kecil sebab puasa. hikhikhik.

Tapi tailor tu cakap it will takes time.
Dia minta I betulkan di Ipoh jer. Wut the...
Bukan salah I ambil baju tu lambat.
Bukan salah I hantar tempah baju tu lambat..
In fact, I hantar tempah on April.
Baru hari ni siap.
GERAM.

So siapa yang nak pakai baju besar tu skrang?? cuba citer.huh.

p/s: harga tempahan sahaja rm300. Patut tak I marah?

Saturday, August 20, 2011

Kuewtiow Goreng Pedas

The recipe...

Bahan-bahan:
setengah packet kuewtiow (dileraikan dan dibasuh)
5 biji bawang putih (ditumbuk halus)
20 tangkai cili kering (dikisar halus bersama bawang besar dan belacan)
daun kuchai
tauge
udang sederhana besar
secawan isi kerang
sos cili (2 sudu)
kicap manis
serbuk ikan bilis Tumix

Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masuk kan bawang putih dan goreng hingga naik bau.
2. Masuk kan cili kering kisar dan goreng hingga masak dan pecah minyak. Tambahkan setengah sudu serbuk ikan bilis Tumix.
3. Masuk kan udang dan biar hingga udang masak.
4. Tambah kan 2 sudu sos cili dan kacau rata. Setelah itu, masuk kan kerang. Kerang tidak perlu dimasak lama.
5. Masuk kan kuewtiow, daun kuchai dan tauge. Gaul rata.
6. Tambahkan kicap manis secukup rasa dan gaul hingga kuewtiow masak. Siap dihidangkan =)

Done.

Untuk berbuka hari ini I masak nasi minyak. Digandingkan bersama ayam masak merah dan daging goreng ala 'Kaprau". This is my first time masak daging camtu. Resepi pun ambil dari blog jer..

Husband makan laju dan bertambah-tambah but why la, I tak lalu nak makan pulak ni?? Siap rasa nak muntah. wuwuwu...

Bersahur.

Helo.
Kalau dikira hari ni telah masuk 20 Ramadhan kan.
When I blogwalking, I can see ramai yang telah mula buat biskut-biskut raya.
But not for me.. Saya memang tak pernah lagi mencuba untuk buat biskut raya.
Dari dulu lagi, my mom akan order sahaja biskut-biskut raya dari kawan-kawan..
So, I pun tahun ini sama seperti tahun lepas, telah order juga kuih raya dari kawan-kawan. hee..

Pagi tadi you all bersahur apa?
As for myself, I akan bersahur during weekend sahaja.
Hari-hari lain saya akan bangun untuk minum air dan selepas itu sambung tidor.
Maklumlah, husband jauh. Jadi hanya perlu sediakan sahur semasa cuti sahaja ;)

As untuk hari ni, I masak kan husband kuewtiow goreng kerang.
Semalam bila sampai jer ke putrajaya central, terus ke pasar malam persint 2 untuk membeli stok barang-barang basah.
Kebetulan ada kerang di gerai makanan laut so I pun beli jelah.
The problem with kerang is when you wanna separate the shell.
I memang menyampah betul lah sebab kuku boleh jadi terhakis dan buruk. huh.
I learn somewhere, kalau nak senang kopek isi kerang, cucur air panas dulu atas kerang-kerang tersebut.
Once kerang dah mati, easier la untuk kopek isi kerang.
But not as easier as kopek kerang rebus yang memang dah sah-sah mulut dia ternganga jer.
Still effect my nails..

So, here is the picture..


I like this type of kuewtiow very much sebab rasanya tidak manis seperti char kuewtiow.
Kuewtiow yang saya masak ni memang ada element pedas di dalam nya. But not so pedas for my toungue.
Husband kata pedas. Daddy pun kata pedas. Tapi sedap. Kata mereka lah. hee..
Do you want the recipe?

Monday, August 15, 2011

Hanya Kerana Sushi.

Dari awal Ramadhan lagi I dah mengidam nak makan Sushi.
Tapi macam tak appropriate pulak nak berbuka dengan Sushi sahaja kan.
So hajat untuk memakan Sushi tu, terpendam jelah..

Yesterday, masa ke Jusco Ipoh seeking for Baju Melayu hijau puncuk pisang, terus laju melangkah ke Sushi King =)
We did not dine in, take away jer. Konon-konon untuk makan selepas terawikh.
Puas sangat hati saya bila dapat membeli ini...


softshell crab roll.

Hanya dengan harga rm6 untuk 2 set. Murah kan? Before this, satu set was rm5.
Kerana Sushi King tengah buat promotion sempena summer.
Dan ada lagi few types of Sushi yang I beli. Seronok.
Dalam kereta asyik pegang je plastic bag sushi tu. Macam lah pregnant pulak nya.

Bila dah balik rumah, tengok-tengok mummy masak banyak sangat juadah berbuka.
Oh NO. My mom buat mee rebus. Hidangan untuk nasi putih pula ialah gulai tempoyak ikan jelawat, ketam bercili dan kerabu pucuk paku.
Semuanya favorite I tu.
Dah mula risau takut tak termakan semua.hee..

In the end...
Kenyang sampai bersandar okie ;p

Tuesday, August 9, 2011

Janji

helo.
I feel quite happy today =)
Puan Pengetua sudi untuk meluluskan pertukaran saya. alhamdulillah..
Walaupun beliau seperti ralat hati untuk melepaskan saya, "I like the way you work", katanya.
Tapi janji tetap janji. Beliau tidak melepaskan saya dipertengahan tahun yang lalu dan berjanji untuk meluluskan sewaktu pertukaran akhir tahun ini.
"I'm happy to work here with you but I need to live with my husband", balas saya pula.
Maka, langkah pertama telah berjaya. Puan Pengetua mengotakan janji nya.
Sekarang bergantung kepada kelulusan dari JPN Perak dan kekosongan di tempat yang dipohon.
Kalian doakan saya okie. Di mana lagi tempat seorang isteri jika bukan di sisi suaminya..



That is husband's favorite magazine for now, MONOCLE. As for the wife, lagi prefer membaca komik.hee..

Saturday, August 6, 2011

Ramadhan ke-6 1432

Helo.
First of all, kita nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan. Terlambat siket je. ehee.
Sedar tak sedar, pejam celik, dah hari keenam pun penganut Islam berpuasa.
Tapi baru hari ni kita berpeluang masak juadah berbuka for the husband =)
Sebab last week, husband yang pulang ke Ipoh untuk menyambut puasa with the families.

So, untuk berbuka hari ni kita telah masak kan husband's favourite food.
Cuba teka apa dia..?

Ni kita kasi clue...


sayur sampingan for the main dish. Dah dapat teka tak??
Selain daripada timun, salad dan tomato, hari ni kita terlebih rajin untuk buat satu lagi jenis sayur sampingan for the main dish which is...


tauge ala-ala the chicken rice shop ;p
kita rajin nak buat pun sebab sangat senang, tak perlu letak atas stove pun. Beside, ada tauge yang banyak dalam fridge, lebihan buat masak mee goreng untuk sahur pagi tadi..
Kita google jer resepi nya. Not bad lah..

Then, petang tadi tiba-tiba jer husband cakap nak kuih. Kita suruh jer dia beli kat bazar, kan senang.
Tapi husband nak kuih yang kita buat. aii.. mengidam kah? ehehee..
Kita reti buat cucur udang je kot. Kuih yang fancy2 tu, mana lah reti. Tak pernah cuba langsung.
Publish status kt facebook, ada yang suggest kita buat agar-agar. So, cuba jelah buat.
Kalau perati betul2 ada picture agar-agar tu kt atas. BURUK giler kan? huh.

by the way, dah dapat teka apakah main dish nya?
Kita tak ambil la pulak gambar NASI AYAM itu. hehee.

Thursday, July 28, 2011

it is SAD if it's happen.

okie. mula mengetuk key-board.
Mahu cakap tentang isu yang langsung tiada kaitan dengan saya tetapi amat menarik perhatian saya.
Recently, I've read somewhere (gossip column) yang hubungan Khairul Fahmi Che Mat (goal keeper) with her fiance (Elia) berantakan.
Being me yang sangat sensitif dengan hubungan kasih sayang ni, I do feel really SAD for them.
Sedih sangat hingga asyik bercakap mengenainya with my sis-in-law, with husband. hee..
Siap search Elia's blog and read her post dan search for his facebook as well.

From the observation, I can see that they are very sweet couple..
He loves her and she loves him. So much. As much as we love our partner.
but they are too young.. too curious.. too fast.. so much in LOVE.
kadang-kala kita tak dapat jangka perkara yang akan berlaku even for tomorrow kan?
They said, he has an affair. SAD. SAD. SAD.
and I've read on beautifulnara that Elia did post something on facebook. Something like marah-marah kan someone yang dikatakan Khairul Fahmi.

In my oppinion, maybe tak perlu kot nak letak status facebook yang bukan-bukan kerana it can be see by the whole world.
Jika nak memulihkan keadaan, that's not the right way.. sebab macam akan getting worse jer..
Pasti akan melukakan hati pelbagai pihak dengan ayat dan kenyataan yang dikeluarkan.
Anyhow, saya harap mereka akan dapat perbaiki hubungan mereka.
Membina masjid adalah perkara yang baik dan pedih nya sesuatu perpisahan itu..
That's the price of being public figure kot..

hmm.. last but not least...
our beloved Eduardo falling from the apartment balcony again. Just for record, second time this year..
Husband jumpa di bawah aparment wihout any injuries. Thanks Allah =)

Friday, July 22, 2011

Jumaat

Jumaat.
Sebelum balik dari kerja tadi, sempat lagi say goodbye and HAPPY WEEKEND to few friends and colleagues sambil tersenyum-senyum.
Sebelum balik juga, sempat pula seorang colleagues menyambut kata-kata saya dengan ayat begini:

"she is happy because she's going to meet her husband today. Still young and still in love.. Besides, anak pun belum ada lagi.."

True. True. Dalam banyak-banyak orang di dunia ni, sayalah salah seorang yang sering menantikan hari Jumaat. Hanya untuk bersama-sama dengan kesayangan saya =)

Wednesday, July 13, 2011

belum cukup..

Hahaha.. Gelak dulu sebab tak mahu termenangis =)
Well.. Bila tengok perjalanan hidup, memang tak akan sama dengan orang lain..
dan ujian yang Allah berikan pun memang tak akan sama antara satu dengan yang lain.
tak elok kan untuk mengeluh atas apa yang telah tersurat dan tersurat kerana apa yang Allah rancang adalah yang terbaik untuk setiap mahluk nya..

Semalam kita baca blog seorang kawan kita yang baru berkahwin pada bulan june yang lalu..
Dia ceritakan tentang trip bulan madu nya ke pulau perhentian..
di akhir cerita, dia letak kan gambar pregnancy test yang tertulis '2-3 week'
best tak? mestilah best kan.. kerana Allah anugerahkan zuriat sebagai pengikat kasih.
Tadi kita buka website beautifulnara, katanya Ekin (mawi) pun sedang pregnant 7 minggu..
dan paling best, isteri abang nara (empunya blog) pun telah disahkan hamil.
Alhamdulillah.. mudah nya perjalanan mereka untuk mendapatkan zuriat..

Kita rasa gembira untuk mereka dan sentiasa berharap agar giliran kita akan sampai juga nanti..
akan terus berusaha dan terus menanti..
mesti ada hikmah kenapa Allah belum mahu beri kita zuriat.
Mungkin kita belum berdoa secukupnya. Mungkin kita belum bersedia..

tapi, tiada anak tak bererti kita tak bahagia kan..
diberi peluang merasai alam berumah tangga adalah satu nikmat yang tidak terhingga..
done.

Tuesday, July 12, 2011

BERSIH di Genting Highland.

Hehehee..
Sabtu yang lalu, time orang-orang kecoh dengan BERSIH 2.0. my husband and I went to Genting Highland =)
Maklumlah, 3 weeks in a row, saya kena bekerja on Saturday.
Jadi this week adalah weekend yang free, langsung ajak suami ke sana untuk berdua-duaan.
Bertolak from our place at noon.
Punya lah nak elak jam dengan avoid from entering kL kan, so we decided to use Batang Kali road instead of Karak.
Mesti ada yang tak tahu, kita boleh pergi Genting through Batang Kali kan?
Stranded jugak dalam jam di SKVE dari shah alam ke subang selama 2 jam kerana ada roadblock. Memang tension habes dah time tu.
Pak polisi duduk-duduk je dalam khemah, seronok agaknya tengok kereta yang queue panjang-panjang tu. huh.

Sampai Genting Highland pun dah agak petang.
Naik kereta je hingga ke peak sebab husband saya gayat orang nya, dia tak mahu naik kereta kabel walau dipujuk berkali-kali.
Kami tak buat any hotel reservation kerana terlalu yakin yang tak akan ramai orang since tengah BERSIH 2.0 kan and memang silap besar lah since all the hotels at the peak were fully booked.
Jadi hanya jalan-jalan dan makan-makan sambil menikmati angin sejuk at the peak.
Husband dah memang tak kan nak main all the games kan even the wifey tergedik2 nak main. huhuu..
Around 8pm, turun ke Gohtong Raya untuk servey hotel and lucky us, there is still available room at Hotel Seri Malaysia.
So merasa lah jugak tidor dalam cuaca sejuk walau pun tak sesejuk di peak =)
Dapat lah kami ber one night stand di sana. kekeke..

Thursday, July 7, 2011

NIDJI - Indahnya Cinta

Ookie.. I tengah suka dengar lagu ni sekarang =)
Enjoy the song and enjoy your day!

Tuesday, July 5, 2011

first daY

Hari ni I puasa untuk pertama kali, menggantikan puasa sebenarnya.
Sepatutnya my day 1 menggantikan puasa was semalam tapi tak bangun sahur.
Selalu nya masih larat berpuasa walaupun tidak bangun sahur tapi semalam lain sket.
Bila bangun jer dari tidor, tekak rasa amat kering.
Walau pun dah niat nak berpuasa ganti, laju je I buka fridge minum ice lemon tea before ke tempat kerja. hehee..

So, today happen to be my first day berganti puasa.
Another 7 days to go. Last minute betul.
Hari ni bersahur dengan minum air jer.
So, nafsu nak makan begitu membuak-buak skali.
Tengah confuse nak masak apa untuk berbuka sebab macam-macam nak makan. hee..
Padahal tengah diet kan.
Kalau boleh mahu kurangkan pengambilan karbohidrat.
Tapi tekak teringin sangat nak makan nasi lemak buatan sendiri.
Abes tu macam mana ni??

Tuesday, June 28, 2011

Telepati

pernah tak dulu-dulu masa bercinta, bila awak teringat akan si dia, tiba-tiba si dia pun call..?
pernah tak dulu-dulu masa bercinta, awak boleh agak bila si dia nak text, tengok kat henset, memang betul ada text dari si dia..
Pernah tak? pernah tak?
Seolah-olah macam telepati..
Seolah-olah macam bila kita rindu atau teringatkan si dia, maka nya si dia pun akan merasai yang sama..
tapi..
relevan lagi kah perkara-perkara seperti itu sekarang??

Friday, June 24, 2011

adoption-Isabella


hai all.. My name is Isabella but abang and kakak mia just call me Bella.
I'm just 4 month and still young.
I'm Bengal-spotted type and have been living with kakak mia for a month already.
I am female Bengal.
Eduardo is my fiance, that's what I heard from kakak and abang.
I still have to wait until October to meet my fiance. Such a long period of time..
that's all from me

love,
isabella

p/s: heheee..

sangat sakit.

This month is quite pelik sebab best friend kita datang agak lewat.
Lewat for me is pelik since my best friend always come on the same cycle.
Bila dah lewat sehari, kita pun berdebar-debar..
Bila dah masuk dua hari, terus pegi beli pregnancy test kit.
and the result is NEGATIVE.

Kita terus text husband supaya dia tak hope dan excited dah.
Masa text husband tu, kita okie jer.
Tapi once husband call, kita pun ternangis.
Dengan ayat "you dah tak sayang I.. "
ntah-apa-apa jer.
FREAK.

Husband pun dah tak larat nak layan kita, tambah2 la jika beliau di office time tu kan.
Kita minta husband belikan ovulation kit pulak lepas ni =)

p/s: best friend I dah datang setelah delay 3 hari dengan membawa segala kesakitan. DuhH..

Monday, June 20, 2011

ketinggalan




Hari ni ISNIN kan??
Yer.. yer.. Isnin malam dah ni..
tapi uniknya, husband kita ada kt sebelah ni. muehehehee..

Kisahnya begini..
Last weekend was my husband turn to come back to Ipoh.
Sebab kita kena kerja on last Saturday, ada hari sukan.
Rumah Oldham (merah) yang menang keseluruhan.
Rumah sukan I, Aziz (oren) dapat nombor last yer ;p
Okie.
Usually husband akan balik semula ke kL on Monday morning naik 5.30am train, ETS.
Tapi..
pagi tadi selepas alarm clock berbunyi, my husband pergi off kan alarm instead of snoozing it.
and.. saya sedar actually (this is a secret, don't tell him)
sengaja tak mahu kejutkan dia, supaya dapat spend longer time with him..

Kita pura-pura je cakap langsung tak sedar bila alarm berbunyi. hee..
Kitaorang terjaga semula dah pukul 5.40am and sah-sah ETS dah lepas kan.
Ketinggalan keretapi la..
So, husband yang dedicated ni tetap tak mahu apply leave, he was working from home today =)
I am hepI sebab dapat peluk dia lagi tonight =) =) =)
err.. hopefully esok tidak ketinggalan keretapi lagi!

Tuesday, June 14, 2011

FEVERISH.

saya demam dan selsema.
Mungkin berjangkit dari alya sebab last weken, saya babysit alya.
Tak suka. tak suka.
sebab kadang kala hidung kluar air yang tak dapat dikawal.
bila tidor, kena nafas ikut mulut sebab hidung tersumbat.
Lebih tak suka, sebab suami takde di sisi.
Time sakit kan seronok nak mengada-ngada ;p

hmm.. pastu kt tempat kerja mula lah ada yang bertanya "morning sicknesS ke?"
malas nak jawab.. senyum jelah.
ada pula yang bermulut lembik, suruh kita mandi bunga sebab dia kata kita dah setahun kawen tapi belum ada baby dan kita minta transfer tak dapat..
kita gelak-gelak jer.
Karut betul kan, asalkan kita dah usaha, selebihnya Allah lebih tahu kan.
Bak kata kawan kita, Allah dah tentukan rezeki untuk setiap orang =)

Kita ingat dah cukup kuat nak melawan kata-kata orang..
sekali bila balik rumah, terus menangis.
kelakar.

Wednesday, June 8, 2011

mandi dan wangi.

I am waiting for husband to fetch me, we are having lunch date =)
Mahu makan di mana ya?
Agak bosan ditinggalkan keseorangan di kala husband ke tempat kerja..
But this is better than living separately..

Lagi pun, I have him to accompany me..
This anak bujang =)


See.. sudah besar gumuk-gumuk kan? ;p
Baru je lepas dimandikan dan wangi!
Time ambil dari boarding kelmarin, masyaAllah punye lah busuk.
Seriously tak tahu kenapa boleh jadi busuk bila hantar boarding.
Tak akan antar boarding lagi next time..

Tuesday, June 7, 2011

pengsan.


Eduardo pengsan..
We sent him boarding for 4 days, balik je rumah terus jadi gitu.
Asyik tidor jer..
hmmm...

Monday, May 30, 2011

Loving you..



Rasa seperti baru semalam, tapi hakikat nya telah pun setahun..
That's how fast time flies..
It has been a year saya mendapat title PUAN.
Sepeti tidak percaya sebab masih terasa muda.
Bukan nak perasan, tapi kalau pergi berjalan-jalan with husband, masih ada yang menyangka kami ni pasangan bercinta.
Okie, memang hakikatnya saya sentiasa cintakan dia =)
Lelaki yang sentiasa saya mimpikan di waktu lena..

Dalam kesempatan ni, I would like to wish him HAPPY 1st ANNIVERSARY!!
Thank you for the unconditionally LOVE..
Terima kasih kerana selalu bersabar.
Terima kasih kerana sentiasa menjadi penguat semangat dikala saya benar-benar jatuh.
Terima kasih kerana tetap melayan saya seperti pasangan kekasih.
Thank you for being my best friend.
Terima kasih kerana selalu memahami.
Thank you for accepting me during my up and down.
Thank you for still loving me even with all my weaknesses..
Thank you for always being positive..
Thank you for accepting me...

Saya bertuah mempunyai awak sebagai suami..
Semoga ikatan cinta kita berkekalan hingga hujung nyawa..
Saya sedar dengan waras bahawa hanya cinta pada Allah yang kekal abadi tapi saya harap, saya tetap menjadi bidadari syurga untuk awak di akhirat kelak..
Love you, b.. To love someone else after you is impossible..

Thursday, May 26, 2011

Nightmare!

Once again...

Semakan Status Permohonan Pertukaran Guru Terlatih Antara Negeri
bagi Sekolah Rendah dan Menengah

No. KP : 84010608****
SITI AMELIA BT MOHD. ARIS
Bagi Sesi : JUN 2011

----------------------------------------------------------------------


Permohonan pertukaran anda ke W. Persekutuan Putrajaya tidak diluluskan.
Sila cetak surat di bawah dan kemukakan satu salinan kepada Pengetua/Guru Besar


TIDAAAKKKKKKKKK!!!!

Monday, May 23, 2011

STUDY mode? not.

I'm leaving Ipoh tomorrow. weehoo!!
I should be happy because I will be absent from work for 3 dayS!!
Isn't it a GOOD news?? =)

Me.. NOT only me but WE are heading to Pangkor. YeaY!!
not for a vacation nor holidayS, but for Kursus Induksi. urgghhH.

Seronok sebab dapat berjauhan or tinggalkan KERJA selama tiga hari berturut.
Tetapi TIDAK seronok kerana di hari terakhir kursus akan ada EXAM y'all!
Exam yang akan menentukan kakitangan kerajaan akan disahkan jawatan atau tidak.

Basically soalan exam ialah tentang perintah-perintah am, which you don't really wanna know if you are not a government servant.
Dan yang paling best, saya belum sempat study apa-apa pun. BEST kan? NOT.

Belum packing apa pun lagi. Antara check list ialah.. baju formal, baju kurung, baju formal, baju kurung, baju formal, baju kurung, baju batik. blerghhhh! We are going to stay on an Island but we are only allow to wear FORMAL?! aiiyoo..

wish me luck. tapi semua pun tahu yang LUCK tak kan datang bergolek tanpa usaha.
dan boleh la pulak time tengah nak study, I boleh membuak-buak nak tengok cerita ini..



if my husband is here, sure I dah ajak pegi tengok movie tonight. agagaga..

Wednesday, May 18, 2011

unlucky.

Quite stressful and disturbing.
Alangkah indah sekiranya tiba-tiba en.husband membuat kejutan dengan balik ke Ipoh untuk berjumpa saya hari ini..
DREAMING......................

UNLUCKY me..

Friday, May 6, 2011

so called NAP!!

Kita pernah dengar orang cakap, 'be careful with what you wishing for..'
Sebelum ni tak berapa faham, tapi bila dah mengalami sendiri baru sedar memang apa yang diperkatakan tu ada kebenaran nya.
Okie. I've written in one of the post that I wish I could take a nap during the day.
Istilah nap mungkin kurang sesuai kerana hari ini saya bukan take a nap tetapi tidor siang selama DUA jam!!

I supposed to be happy since my wish has been granted.
Tapi bila bangun jer dari so called nap itu, terus rasa pening kepala sampai sekarang!!
Bukan itu sahaja tetapi rasa lemau jer macam biskut yang dah masuk angin. huh.
SAD. SAD. SAD.

so dearie friend, careful with what you wishing for okie? =)

Thursday, May 5, 2011

Toasted twister and dinner.

I had KFC toasted twister for lunch.
And OH!! Sedap juga sekali sekala tidak memakan nasi untuk lunch.
Especially when you are having late lunch and bila pergi ke restoran melayu, semua lauk lunch sudah habis. tehehehee..

taken from google.

By the way, the toasted twister comes in set with the cheesy wedges and soft drink.
But I change the drink to ice milo and it cost me around rm9.60 including the tax.

AND............. For DINNER....
I have a date!!
with..... my dad!! ;p

Wednesday, May 4, 2011

My second job.

On this entry, I've mention yang I did double job kan..
The second job I did was actually not about MONEY..
And I did said yang kita tak sampai hati nak turn someone down kan..
Someone tu ialah orang yang offer kita with the second job.
He is one of my parent's friend.
Awal tahun ini dia buka sebuah tuition centre dan tentu you all boleh agak apa dia second job saya kan.

Since I respect him as one of my parent's friend, that's why I accepted the position.
And it's really not easy..
NOT. NOT. NOT. easy.
To be frank, dah tiga kali kita minta untuk berhenti tapi ditolak oleh owner pusat tuition tu. What should I do??

(a) Komplot dengan student untuk beritahu beliau that I'm not a good teacher.
(b) Dengan sengaja tidak datang ke pusat tuition pada hari yang sepatutnya.
(c) Pura-pura sakit during the tuition daY dan minta excuse untuk tidak mahu attend.
(d) Berdoa permohonan pertukaran diluluskan dan tidap perlu buat double job lagi.

Which one??

Tuesday, May 3, 2011

Chomel..??

ha~ha~di~ha~
banyak kan entry kita hari ini ;p
This time saja kita letak my latest picture taken during the kenduri.
Padahal, sekarang ni sangat benci nak upload picture kita samada di facebook or mana-mana sebab kita dah jadi GEMOK macam gergasi. MALU. oh.
Sadis nya life kita, tak dapat terima hakikat memiliki susuk tubuh yang GEMOK.
Sebelum ni memang tak KURUS pun. okie. okie.okie.

Memang the main point, nak tunjuk part kepala sahaja supaya bahagian yang gemok-gemok tu tidak kelihatan.
Bukan untuk tayang jerawat. BUKAN okie.
Bukan juga untuk tayang make up. Sebab memang tak reti make-up pun.
Kita sebenarnya nak tunjuk style hijab kita tu. hee.. *senyum sipu-sipu.


simple jer padahal, tapi sebab kawan kita suka and dia cakap nampak CHOMEL.
and.. actually, I learn it from Hana Tajima at youtube.
Suka sangat sebab style Hana Tajima is simple and applicable.
Cepat sumer, gi buka youtube!! =)

terjun dari tingkat TIGA- part II

Dah ada mood menulis semula. So kita sambung from previous entry okie..

My husband and I turun ke ground level to search for Eduardo. Kami pergi ke arah bawah balkoni rumah to make sure E-dodo tidak mati terhempas. I did ask one of the neighbour, tapi mesti lah our neighbour tak tahu Eduardo since he is indoor cat. Langsung tak pernah keluar rumah melainkan diangkat dalam carrier..

On the way there, tiba-tiba husband ternampak seekor kucing di bawah sebuah kereta dan tanya saya, "is it him..?" and I said, "yes, it looks like eduardo.." Ya Allah, bersyukur tak terkira kerana Eduardo still alive and did not escape. When he listen to us calling out his name, terus dia keluar dari kereta dan pergi ke arah my husband. Okie.. Eduardo love him more. FINE.

Effect from terjunan itu, muka E-dodo dah tak hensem, ada kesan luka. Mulut sakit kot sebab dah jarang berbunyi. Kaki terseliuh kot sebab dah jarang lari-lari kejar tikus mainan. Other than that, he's fine. Itu apa yang the Vet told us. For the time being, we feed him with the soft food and also ubat dan vitamin..

Mungkin E-dodo tak kan faham, but we love you dearly.. sila lah jangan terjun lagi from the balcony. We are trying to find you a female Bengal as your partner okie..

p/s: dear husband.. me and Eduardo love you dearly =) buy us a female Bengal please. please. please.

terjun dari tingkat TIGA.

Hujan. Siap dengan kilat dan guruh yang berdentum dentam.
Kita nak sangat tidor siang. Setiap pagi bila kita celik je biji mata dan realize yang hari tersebut hari bekerja, mesti kita terus aim yang balik jer dari keje tgh hari nnt, mesti nak tidor siang. Sebab kita tiap-tiap pagi rasa macam tak cukup tidur. haish..
Tapi itu cuma angan-angan, kenyataan nya sangat lah susah untuk ada masa tidor-tidor siang ni. Every day, even waktu bekerja dah habis, mesti ada juga kerja yang perlu disiapkan di rumah. Nak tidor siang pun rasa tak boleh nak lena kerana teringatkan kerja-kerja menunggu yang bagai tiada hari esok. ceh.

Our Eduardo dah balik ke rumah kami bersama saya on last Friday. Memang project mating tu dah gagal since dalam masa seminggu bersama the persian cat pun nothing had happened. Since it was a long weekend, immediately after we (me and my parent) arrived at our place untuk antar Eduardo dan fetch my dearly husband, kami-kami together with my sister's family terus ke Kuala Kelawang, Jelebu for a cousin's wedding. We stayed for a night at Kuala Klawang hotel since the wedding was on Saturday.

It was not about the wedding but about our poor Eduardo.. we get back to our house on Saturday evening after the wedding and found out that Eduardo was not at HOME. Sangat pelik to enter the house without Eduardo yang akan sentiasa tunggu di muka pintu. CEMAS okie.. mula fikir yang bukan-bukan.

Paling logic sekali ialah Eduardo terjun from the balcony since we always open the balcony for him to melepak-lepak there. But, our house is at level 3!! Tinggi nya Eduardo terjun. Belum sempat my husband rehat or tukar baju, I ask him together with me to find Eduardo at the ground level...

* rasa macam dah sangat panjang menulis, to be continue later... =)

Thursday, April 28, 2011

Draft.

Kadang kala, kita nak sangat update blog.. then bila kita start nak type, tetiba jer rasa macam I couldnt put it into words.. or kadang kala dah tulis pun few lines, then rasa macam mati idea.. so terus tak publish dan terperam je kt draft kan.. So, this time, kita nak share apa yang terperam dalam draft tu =)

"Macam nak share something..
but I am so sleepy.."

"Banyak nya perkara dalam kepala sekarang..
Penat nya bekerja, setiap hari pun rasa macam tak cukup tidor dan rehat..
Bila kita beritahu dia yang kita buat double job, dia gelak kan kita pulak.
Rasa macam mahu quit salah satu kerja tapi macam tak sampai hati nak turn someone down.
Lagipun, macam tolak rezeki jer kan?
Kenapa rasa macam menulis tapi tiada soul eh..??"

"Kadang aku tak mampu kuat lagi. Kadang ku cuba gagah kan diri..
Hidup bukan semudah lirik lagu Aishiteru, "bila kau rindu pejamkan matamu..Dan rasa kan a... a... ku...."
Allah tak akan menguji hambanya di luar kemampuan kan. Aku sedar dengan warasnya dan selalu ingatkan diri. Jauh dari suami adalah satu ujian dari Allah. Dan Allah hanya akan uji orang2 yang kuat kan.."

"What a Monday...
Sometimes I do feel that I'm having mood disorders. Ke sebab PMS or aging eh??"

Itu hanya a few jer.. banyak lagi actually.. Memang kita rasa kita tulis macam dah takde soul sekarang. Merepek jer. Atas faktor aging kah?? btw, kita tahu lagu Aishiteru tu pun sebab husband tag the video to my FB. Then, bila kita tanya dia, why he tag me. Husband cakap saja nak kasi kita dengar.
Guys with EGO. Susahnya dia nak mengaku yang lirik tu is how he feel about me. haish..

Wednesday, April 27, 2011

Are you Hygenic?

Eduardo is currently with me at my parent's place.
Hari ni E-dodo sangat lah sombong, langsung tak kasi saya pegang dia.
Reason: dia baru lepas jilat-jilat bulu. Feeling bersih dan hygenic abes lah tu.
Bila saya pegang, sanggup jilat-jilat semula body part dia yang terkena pegangan tangan I tu. Tangan kita BERSIH lah E-dodo.

budak yang perasan hygenic

E-dodo balik Ipoh pun for a reason.
We want him to mating sebab nampak macam dh remaja yang akil baligh.
So kita pinjam la a female persian cat from one of my relative..
Letak dalam sangkar berdua-duaan.
but..
but..
but..
teng.. teng.. teng..
The female cat sangat lah garang nya..
E-dodo pun sama naik garang jugak. Buat bunyi menderam macam nak gaduh tu..
So the first day, kita pisahkan diaorang.
Seorang (oopSy! seekor yer) kat sangkar belah atas dan seekor lagi di bawah..
Dengan harapan they can recognise each other and start dating.
Tapi hari ni sudah hari ke 5, masih takde perubahan.

Masih tak pernah nampak mereka bersama.
Masih tetap di posisi yang sama.
Seekor di atas dan seekor di bawah.
Padahal boleh je salah seekor nak naik atau turun berkenalan with each other kan..
Should I give up??
or maybe.. Eduardo is not ready to mate yet.
or... E-dodo doesnt like the persian cat..
or.. E-dodo is a FEMALE cat??? Jap!! nak pegi check. huh.

Monday, April 25, 2011

Conversation

Conversation 1
him: Hopefully awak dapat transfer this time..

me: Why? You miss me all the time is it..? (sambil senyum kambing)

him: It's quite sunyi without you at home. Eventhough you can be so annoying sometimes..

me: yer.. yer.. Berdoa banyak-banyak okie =)


Conversation 2
me: I'm applying for transfer and I hope you will approve it.

her: To where and why?

me: To *uTr****a because I wanna live with my husband.

her: how many years have you been teaching here?

me: It's my 3rd year.

her: oo.. not even FIVE years yet. What do you teach?

me: Mathematics Form 4 and Form 5.

her: Form 5.. it's quite difficult coz you teach form 5. Maybe I'll approve it for the end of the year.

me: hmm.......

her: Do you have child?

me: No. but that's one of the reason. I want a child so badly but our chances to get the baby is low since we are not living together.

her: I'll look through your application. I'll still submit it but just see how it goes.

me: thank you.

Mesti boleh teka kan conversation tu terjadi antara siapa. Pray hard.. Berdoa.. Semoga 'her' menyokong my application dan saya mendapat transfer dekat dengan 'him'. She is a woman, tak kan tak faham perasaanya berjauhan daripada husband kan..

Saturday, April 16, 2011

Danke Allah..

Ich bin mit einer erstaunlichen Mann, der mich am besten verstehen, die immer da sind, wenn immer ich ihn brauche und wer liebt mich bedingungslos gesegnet. Selbst wenn ich in meinen schlimmsten Zustand ..

Ich danke Allah fĂĽr dieses Wunder =)

Monday, April 11, 2011

Beyoncé - Halo

What a Monday.. Just cant keep going without him by my side..




Just like Beyonce said, "You're the only one that I want..Think I'm addicted to your light.."

Wednesday, April 6, 2011

hard to really understand.

siapa yang saya hendak tipu sebenarnya, diri sendiri atau orang lain? Pretending to be hepI and okay all the time but actually there's hurt and pain somewhere inside my heart..

I can keep my chin high and smile all day but cried inside. Sometimes people can be so MEAN. They purposely or coincidentally comparing without noticing that the other party feel hurt with the word they said.

Do they feel satisfy by hurting others??

Monday, March 28, 2011

dopter. oh. dopter.

Hari ini dopter beri cuti sakit SATU hari. SATU hari sahaja taw..

Last weken, saya sakit perut, muntah-muntah, cirit-birit dan fever. Bukan keracunan makanan. NOT. Mula-mula rasa perut kembung dan berangin jer. Sebelah malam nya pula dah mula cirit-birit dan berlanjutan hingga ke hari ahad.

Satu badan saya berbau minyak Afiat yang disapu husband, tapi angin degil tu tetap ada kt perut saya. Selepas breakfast, husband terus ajak ke klinik. Both tanpa mandi pagi yer ;p Dopter cakap perut saya berasid. Antara punca yang memungkin kan perut berasid ni ialah waktu makan yang tidak teratur, banyak makan makanan berminyak, berlemak, makanan yang terlalu pedas, makan waktu lewat malam dan makanan tidak sempat dihadam.

Waktu makan saya memang agak kelam kabut sedikit, I admit it. Selepas ni perlu lebih mengambil berat tentang waktu makan dan makanan yang diambil. Dopter tak benarkan saya minum susu atau soya untuk sementara waktu. Saya demam kerana dehydrated. Kan asyik cirit jer, mana tak hilang banyak air nya.

disebabkan saya asyik meloya dan muntah-muntah, my mother in law dah syak saya expecting pula. hehehee..

p/s:Masa mahu ambil ubat di kaunter klinik, pekerja tu sempat beritahu saya, "awak ni COMEL lah".. awww!! perli ke hape??

Friday, March 25, 2011

makan sedap-sedap.

alhamdulillah.. Saya bersyukur untuk dua perkara hari ini. Pertamanya, siapa tak suka hari JUMAAT kan?? =) untuk saya yang berjauhan ni, sentiasa menantikan Jumaat untuk bersama dengan kesayangans. They (read: husband and Eduardo) are coming to Ipoh this weekend. Seronot!!

Secondly, bersyukur kerana hari ini PAY day. Besar makna nya bagi orang-orang yang berkerja makan gaji =) For me, bila pay day je mesti teringin nak makan sedap-sedap. Mungkin bagi orang lain seronok nak bershopping but saya lagi suka dapat makan yang sedap-sedap. Makanan yang sedap-sedap ni tak semestinya mahal kan, asalkan dapat memenuhi our taste bud dengan benda-benda yang enak.

It is not difficult to please me.. Makanan sedap-sedap untuk saya senang sahaja. Antara nya ialah..


SUSHI. I loike shushi.. sangat lah YUMMEH!!



Saya paling suka shushi yang ada telur ikan kaler merah tu dan eel.. Tapi dekat sushi king, sushi yang ada eel tu dah tak halal sebab dicampur alkohol. SEDEY betul.

Fresh sea food pun sangat mengujakan. This one is the one yang kami pernah makan di Bagan Lalang. Sangat fresh, sangat omnomnomnom ;p

Okie. Sila bayangkan sahaja kerana pictures di Bagan Lalang semua berada di dalam laptop husband. muahahaha..

Last but not least, betul-betul kepingin untuk mencuba ini..

>

Siapa mahu IKUT?? Jom!!

p/s: pictures were taken from google.

Tuesday, March 22, 2011

Resepi Mi Hailam.

Since saya takde isu dan idea, hari ni saya suka-suka jer nak share resipi Mi Hailam yang my mommy perturunkan =) Sebenarnya untuk reference sendiri di masa hadapan supaya mommy tak bising-bising bila saya asyik tanya berkali-kali setiap kali nak masak.

Bahan A:
- setengah bungkus mi kuning dibasuh dan ditoskan.
- daging lembu dihiris.
- Udang.
- Tauge.
- Kicap manis.
- Sos tomato.
- 5 ulas bawang putih ditumbuk halus.
- Bancuhan tepung jagung.

Bahan B (perlu ditumbuk bersama):
- 4 ulas bawang merah.
- hujung sudu jintan manis.
- setengah sudu lada hitam.
- 2 kuntum bunga lawang.
- 1 batang kulit kayu manis.
- 3 hiris halia.
- 7 biji cili padi.

Cara-cara:
1. Panaskan minyak di dalam kuali.
2. Tumiskan bawang putih hingga naik bau.
3. Masuk kan bahan B seketika dan masuk kan secawan air. Biarkan mereneh.
4. Masuk kan daging, biar sehingga daging empuk.
5. Masuk kan udang, biar hingga masak seketika.
6. Masuk kan kicap manis dan satu sudu sos tomato.
7. Campurkan 2 sudu bancuhan tepung jagung untuk memekat kan kuah.
8. Masuk kan mi dan tauge, serta perasakan dgn garam. Angkat setelah mi masak.

Kalau nak tengok gambar, ada di previous entry =)

Monday, March 21, 2011

Kesayangans.

Before this, every single day I will only miss him...





But now, I also miss this creature.. so so so damn much!!





They are my KESAYANGANs and only God knows what they both doing without me.
p/s: Those picture were taken during our weekend gateways at Fraser Hills.

Thursday, March 17, 2011

mi hailam.



Since nobody bother to bring me fo lunch today, I forced myself to cook mi hailam. Bon Appetite all!!

berDOA.

Pray HARD everyone.. semoga my husband dapat cuti half day esok dan beliau dapat bawakan saya bercuti ke sini.....













Oops! Belum ada gambar kerana belum pernah pergi lagi ke situ. Tunggu later after the holidays yer =)

Monday, March 14, 2011

Who's next?


Dini's reception at Hotel Seri Malaysia, Ipoh



Kenapakah terngiang-ngiang LAGU orang kahwin di telinga saya ni?? Who's next yer..?

Friday, March 11, 2011

TAG by Niza.

5 nama samaran

-I call myself MIA since being able to talk at the age of 3 or 4.
-Teachers and primary school's friends know me as SITI.
-When I went to boarding school, everybody call me AMY.
-Only daddy and colleuges call me AMELIA.
-my cats know me as KAKAK ;p



5 tarikh penting

-Paling penting ialah tarikh due date setiap kerja yang perlu dilaksanakan.
-Tarikh setiap CUTI sekolah, public holidays, CUTI ganti and etc.
-Anniversary.
-Birthday husband.
-Birthday keluarga dan kawan-kawan.



5 perkara I buat semalam

-key-in exam marks into the system which I have to do it again today kerana sistem down semalam.
-attend meeting yang sangatlah lama nyer....
-Accompany my bff to the bridal and pasar besar mengambil bungaan yang ditempah.
-Teman sister-in-law beli ice-cream di 7eleven after dinner coz she's pregnant dan mengidam.
-Called husband to update and ask permission for everything I did above.


5 perkara buat saye gembira

-Melancong disamping makanan yang sedap.
-Being with husband.
-Family gathering and spending time with bff.
-Pregnant.
-SHOPPING.



5 perkara sebab jawab soalan
- one way of updating the blog.
- isi masa sementara menunggu Alya (my niece), wake up from her nap.
- being tag by Niza.
- none
- couldnt thing more.

p/s: thanx niza for tagging me =) and to everybody please feel free to do it yer.. HAVE a NICE WEEKEND!!

Thursday, March 10, 2011

nak beri atau tidak..?

My highschool bff is getting married. woohoo!! As a loyal friend of her, me willingly offering hands to help in anything.

My first task was quite challenging. I have to order/reserve fresh flowers for the hantaran since she work in kL but going to get marry in Ipoh. Bayangkan, she mms me the sample of hantaran that she has made earlier, so that I can identify the colour of roses that she wants. Lighting from camera kan selalunya akan buatkan the colour look different from the real thing.

Maka, teraba-raba lah I last week meredah pasar besar Ipoh untuk mencari bunga-bungaan yang diperlukan. Sambil pilih, sambil snap gambar, sambil mms her the picture, sambil bargain for the price, sambil talking to her on phone. Agak dekat 2 jam la jugak I kat situ kan.. I did that last Thursday.

So today is the time to take all the flowers that I've ordered. The wedding will be on Saturday. After work tadi, at around 2.30pm we planned to meet at pasar besar Ipoh. I did not park at the basement coz it's quite unsafe. Instead, I park at the parking lot at the back of the building.

Seperti kebiasaan mesti ada penjaga parking illegal yang akan 'tolong' guide the car to the parking. Kebiasaan nya juga, mesti orang-orang akan give some money to them. So, I'm thinking to myself.. NAK BERI KE TIDAK?? ok. decide. NO. Tidak mahu beri wang pada penjaga parking tu.

Cepat-cepat je keluar dari kereta dan lari-lari (baru sedar, mesti macam anak gajah aku lari tadi) masuk pasar to meet my bff. Tak sangka nya, even dah sibuk layan my bff yang masih pening-pening nak tukar bunga lain lah, I masih teringat kt si tukang parking kereta tu. Tak nampak pun macam drug addict. Ntah-ntah dia ada family kot. Ntah-ntah anak dia takde duit nak makan or pergi sekolah. Ntah-ntah dulu masa sekolah dia macam students aku sekarang ni yang asyik nak main je sbb tu tak dapat keje elok sket. Ntah-ntah anak dia belum bayar yuran sekolah macam students aku tu. KESIAN nya.... itu lah kata-kata hati I.

Then, mesti lah u all dapat agak apa I buat after dah pergi semula kat parking kan.. Tak salah kan berkongsi rezeki yang Allah beri =)

p/s:


ini lah dia bakal pengantin baru =) yang bertudung tu dah jadi pengantin lama. Terasa tua pula bila tengok gambar-gambar lama camni kan.

Wednesday, March 9, 2011

TIDAK boleh tahan..

Saya mampu bertahan dua hari jer.. Selepas dua hari, saya akan mula mengalami simptom-simptom seperti emosi kurang stabil, jiwa kacau, sentiasa berwajah serious dan lain-lain yang sewaktu dengan nya.

Gangguan jiwa yang lebih kronik mungkin akan berlaku sekiranya dibiarkan lebih dari seminggu. TERUK kan..?

NO. Tidak ambil dadah la.. Bukan juga sedang cuba untuk berhenti merokok. Mengambil ubat depression?? Salah tu.

Sebenarnya, saya tidak boleh tahan sekiranya berjauhan dari suami. Rasa sangat gelisah. Tapi CINTA kan perlukan perngorbanan. sila muntah sekarang ;p
Well.. I'm waiting for Friday, and always pray that MONDAY will never come...





this is US.

Tuesday, March 8, 2011

Kenapakah..?

Awak-awak semua pernah terfikir tak, KENAPA.......

(a) orang jahat memilih untuk menjadi jahat?

(b) bila kita telah memilih untuk melupakan sesuatu, tapi masih tetap mengingat?

Kenapa? kenapa? kenapakah..??

Monday, March 7, 2011

di dalam DILEMA.




nampak tak makhluk di atas tu..? COMEL kan?? tak comel ke..? ok fine.

Itu ialah Leo atau Eduardo atau ntah apa belum decide nama. Leo@Eduardo@ntah-apa-nama ialah seekor Bengal Cat. Have you heard about it? NO?? Me neither *sigh. Sila lah kita sama-sama google untuk tahu lebih lanjut tentang Leo@Eduardo@ntah-apa-nama itu. It's a HE. Walau pun Leo@Eduardo@ntah-apa-nama itu bukan kitten, but me and husband is planning to adopt him.

Masalah problem nya di sini, neither of us pernah membela seekor kucing Bengal. Before this, kucing-kucing yang I kenali hanyalah kucing kampung dan Persian cats. Yep, CATS with 'S'. Pernah ada sangat-sangat banyak Persian in my parent's house sebelum ni tapi sekarang cuma tinggal seekor. Yang lain-lain ada yang mati bersama tragedi tergantung diri sendiri lah, terminum air cat lah, terbelit pada wayar tV lah, mati semasa bersalin lah, mati sakit tua lah dan macam-macam lagi. Tak larat dah nak menangis every time mereka mati. At the end, banyak yang kasi pada relative untuk dibela and we have only one and macho Cing Olen =) Ini lah dia si tua Cing Olen manja-manja musyuk masham tu..



My husband sangat lah teruja untuk adopt si Leo@Eduardo@ntah-apa-nama tu but saya pula di dalam dilema. Husband nak adopt sebab dia rasa sunyi when I'm not around, at least if Leo@Eduardo@ntah-apa-nama ada di rumah kami, boleh la menjadi peneman. I'm okie with it at first. Tapi bila dah get to know Leo@Eduardo@ntah-apa-nama untuk sehari, rasa berbelah bahagi pula kerana si Leo@Eduardo@ntah-apa-nama itu suka bergurau kasar. Mula-mula nak manja-manja, then bila saya usap-usap kepala dan gosok-gosok bawah tengkok, dia pun nak gigit-gigit manja tangan saya. Ouch. Si Leo@Eduardo@ntah-apa-nama tu juga suka sangat show off kuku dia dan membuatkan saya cemas. Husband cakap, memang the nature of Bengal Cat is like that.

So how? Patut tak adopt him? Dah la my dad receive si Leo@Eduardo@ntah-apa-nama from the previous owner pun kerana the previous owner sudah tak mahu bela dia disebabkan pernah dicakar/gigit by him.. huhuu..

p/s: Do you have any suggestion for his NAME? Eduardo means a rich guardian, suit him tak agak nya ek..?