Friday, October 14, 2011

Kad 001

Sekejap je masa berlalu kan..
Sedar tak sedar dah pun sampai ke bulan Oktober.
Sekarang ni di tempat kerja sedang agak busy dengan macam-macam perkara.
Antaranya ialah peperiksaan akhir tahun sedang berlangsung bagi pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 6 atas, performance review, pecutan akhir bagi pelajar tingkatan 5, slip berhenti sekolah bagi pelajar tingkatan 5, mengisi kad 001 dan macam-macam lagi.

Saya sebagai guru kelas tingkatan 5P sedang gigih mengisi kad 001 pelajar.
Kad 001 ni ialah sebuah kad yang berwarna biru dan setiap tahun guru kelas perlu isikan maklumat pelajar seperti tarikh memasuki setiap tingkatan, nama sekolah, nombor kemasukkan pelajar, jawatan yang disandang pelajar, kelab/persatuan/sukan, hobi, cita-cita, minat dan kecenderungan pelajar, sikap pelajar, markah peperiksaan pertengahan dan akhir tahun, tinggi dan berat, dan macam-macam-macam-macam lagi. PENAT oi.

Semua maklumat di atas perlu diisi oleh guru kelas di setiap akhir tahun di atas kad yang sama.
Dari kad tersebut, guru boleh monitor kebolehan pelajar, kecenderungan pelajar setiap tahun dari tingkatan 1 lagi.

So tadi ketika berjumpa dengan pelajar kelas 5P, saya minta mereka isikan di atas sekeping kertas tentang maklumat yang diperlukan dan saya akan menyalin kan semula maklumat tersebut ke dalam kad 001.
Apa yang mengejutkan saya ialah, pada tahun 2010 iaitu ketika pelajar saya berada di tingkatan 4, seorang daripada pelajar kelas 5P bercita-cita ingin menjadi...


BOMOH!!

macam tu pun ada??huh.

2 comments:

dEe said...

dia xtau nk jd ape kot.

OmbakBaik said...

salam...lame tak update blog n status kat fb...sehat tak amelia???