Hahaha.. Gelak dulu sebab tak mahu termenangis =)
Well.. Bila tengok perjalanan hidup, memang tak akan sama dengan orang lain..
dan ujian yang Allah berikan pun memang tak akan sama antara satu dengan yang lain.
tak elok kan untuk mengeluh atas apa yang telah tersurat dan tersurat kerana apa yang Allah rancang adalah yang terbaik untuk setiap mahluk nya..
Semalam kita baca blog seorang kawan kita yang baru berkahwin pada bulan june yang lalu..
Dia ceritakan tentang trip bulan madu nya ke pulau perhentian..
di akhir cerita, dia letak kan gambar pregnancy test yang tertulis '2-3 week'
best tak? mestilah best kan.. kerana Allah anugerahkan zuriat sebagai pengikat kasih.
Tadi kita buka website beautifulnara, katanya Ekin (mawi) pun sedang pregnant 7 minggu..
dan paling best, isteri abang nara (empunya blog) pun telah disahkan hamil.
Alhamdulillah.. mudah nya perjalanan mereka untuk mendapatkan zuriat..
Kita rasa gembira untuk mereka dan sentiasa berharap agar giliran kita akan sampai juga nanti..
akan terus berusaha dan terus menanti..
mesti ada hikmah kenapa Allah belum mahu beri kita zuriat.
Mungkin kita belum berdoa secukupnya. Mungkin kita belum bersedia..
tapi, tiada anak tak bererti kita tak bahagia kan..
diberi peluang merasai alam berumah tangga adalah satu nikmat yang tidak terhingga..
done.
Wednesday, July 13, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
setuju,,,terus kuat kawan..
u be2 sgt romantik kan sgt bahagie :D
the last one....so true. so just enjoy ur moment ye. life is short orang kata. terima se adanya.
Post a Comment