Monday, March 28, 2011

dopter. oh. dopter.

Hari ini dopter beri cuti sakit SATU hari. SATU hari sahaja taw..

Last weken, saya sakit perut, muntah-muntah, cirit-birit dan fever. Bukan keracunan makanan. NOT. Mula-mula rasa perut kembung dan berangin jer. Sebelah malam nya pula dah mula cirit-birit dan berlanjutan hingga ke hari ahad.

Satu badan saya berbau minyak Afiat yang disapu husband, tapi angin degil tu tetap ada kt perut saya. Selepas breakfast, husband terus ajak ke klinik. Both tanpa mandi pagi yer ;p Dopter cakap perut saya berasid. Antara punca yang memungkin kan perut berasid ni ialah waktu makan yang tidak teratur, banyak makan makanan berminyak, berlemak, makanan yang terlalu pedas, makan waktu lewat malam dan makanan tidak sempat dihadam.

Waktu makan saya memang agak kelam kabut sedikit, I admit it. Selepas ni perlu lebih mengambil berat tentang waktu makan dan makanan yang diambil. Dopter tak benarkan saya minum susu atau soya untuk sementara waktu. Saya demam kerana dehydrated. Kan asyik cirit jer, mana tak hilang banyak air nya.

disebabkan saya asyik meloya dan muntah-muntah, my mother in law dah syak saya expecting pula. hehehee..

p/s:Masa mahu ambil ubat di kaunter klinik, pekerja tu sempat beritahu saya, "awak ni COMEL lah".. awww!! perli ke hape??

No comments: