Hi.. I'm still on medical leave. Esok last day, then Wednesday perlu kerja seperti biasa. Excited. First time excited nak pergi kerja sebab dah jemu terperuk saja di rumah. Lagi pun, I sangat-sangat risau kan student Form 5 yang memulakan SPM hari ni. Semoga semua pelajar yang disayangi dapat menjawab dengan tenang dan baik ;) Doa saya sentiasa mengiringi kalian..
Hmm.. the latest activity yang I suka buat selain daripada Sim Social is reading kisah-kisah seram di forum. Macam menarik pulak baca kisah-kisah orang yang pernah diganggu makhluk2 alam lain ni. Ada yang memang menakutkan, ada yang seperti cerita rekaan dan tak kurang juga yang lucu. hehee.. Semua yang diceritakan tu menurut penulis adalah berdasarkan pengalaman sendiri.
Bila bercakap tentang pengalaman sendiri. I pun ada satu pengalaman yang agak ngeri la jugak. Perkara ni terjadi di rumah parent I di Ipoh ni. Rumah yang sedang kami diami sekarang. Perkara ni terjadi kepada me and husband..Nak tau ke kisahnya..? Nanti jangan takut pulak taw ;p
As usual, en.husband akan sampai di Ipoh hari Jumaat malam samada menaiki ets-train atau kereta. Hari kejadian, husband sampai ke Ipoh by ets-train dan isteri yang setia ni dah siap-siap tunggu di stesen keretapi Ipoh. Kami terus ke kedai makan untuk mengisi perut kerana parent I memang takde di rumah dan saya tak masak. Sampai ke rumah parent I lepas tu dah around 11pm.. Keadaan rumah macam biasa je. Tapi yang luar biasa nya I dan husband ada la bertegang urat sket malam tu so masing-masing sombong to each other.
Masuk je rumah, husband terus ke tempat menonton tV dan buka tV. I pun join sekaki walau pun masing-masing not talking to each other. Tempat menonton tV tu dekat sangat dengan tangga untuk ke bahagian atas rumah. Bila I nak berbaik with husband dengan bersembang-sembang, husband masih jual mahal sambil berpura-pura tidor. Tiba-tiba...
'DONG. DONG. DONG. DONG' bunyi yang sangat kuat seperti ada lembaga besar/gergasi kedengaran menuruni tangga rumah parent I tu. Tapi takde bayang langsung sapa yang turun. Tangga rumah ni ialah tangga batu, memang tak logik boleh berbunyi macam tu kalau ada yang naik atau turun. I terus melompat ke arah husband dan husband yang pura-pura tidor tu pun terus duduk. Memang seram.
En.husband nak sedapkan hati beritahu I mungkin ada orang masuk rumah dari atas. So dia pun berbekalkan pasu bunga di tangan sebagai senjata (hahaha) cuba nak siasat apa berlaku di bahagian atas rumah, I memang dah kecut perut habes tak kasi dia tinggalkan I sorang-sorang di bawah. So kami sama-sama naik terhendap-hendap. Tapi langsung takde siapa-siapa pun dan keadaan sama seperti sedia kala. Jadi bunyi apakah itu? Siapa yang turun tangga??
Malam tu daripada merajuk terus jadi best friend sebab masing-masing takut. hee.. but alhamdulillah, nothing happen sampai lah ke pagi. You all ada kisah seram tak? jeng.jeng.jeng..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment