Wednesday, January 18, 2012

Phuket Day 2

Emm.. Rasa nya saya perlu segera selesaikan posting tentang Phuket supaya tidak rasa seperti ada benda yang bertangguh..

So as I mention in Phuket Day 1, my husband diserang diarrhea/ cirit-birit pada malam yang pertama. Walau telah makan pil Chi Kit Teck Aun dan minum mineral water dengan banyaknya, husband masih kerap berulang alik ke tandas. Jadi kami merasakan bahawa untuk tour island pada hari kedua adalah agak tidak sesuai.

Selepas subuh, saya call the island tour agency to cancel my booking tapi wang pendahuluan sebanyak 300baht tidak dikembalikan. That morning, kami breakfast di hotel. Antara pilihan makanan yang boleh dimakan oleh muslim are cereal & milk, juices, salad, pancake, bread & spread and vege with butter rice. Selepas itu kami rehat-rehat sahaja di bilik melayan cirit-birit en.husband.

Memandangkan makanan di hotel kebanyakkan nya adalah tidak halal, we rent a motorcycle untuk memudahkan pergerakan mencari makanan halal. Menyewa motor adalah lebih murah iaitu 250baht sehari berbanding menaiki tut tut yang dikenakan bayaran 200baht sehala. Minyak motor telah diisi penuh dan kami perlu pulangkan motor keesokkan harinya degan full tank juga. If any accident happen, penyewa perlu menanggung segala kos kerosakkan.


Rasa romantik pulak naik motor berdua-duaan begini ;)

In the afternoon, setelah keadaan en.husband agak terkawal, we decided to go to Phuket Safari. Kami dapatkan brochure dan maklumat at resort reception desk. There's 3 pick up time daily. Samada sebelah pagi at 8.30am, afternoon at 12.30pm and 2.30pm. So we opted for 2.30pm. Bayaran untuk Phuket Safari bergantung kepada package. Kami pilih Safari Tour package A that include Elephant Trekking, Elephant show, Snakes Show and Monkey Show. Bayaran yang dikenakan ialah 1400baht/2 person. Bayaran termasuk pengangkutan pergi dan balik ke resort.

So, jom layan gambar ketika di Phuket Safari..

Bapak monkey sedang push up. hahaha. Sejurus selepas saya snap gambar bapak monkey ni, dia cuba terkam saya. Nasib baik tuan monkey pegang kuat rantai nya. Terkujat I.

Monkey kecik ni agak manja. Suka pegang-pegang orang..

Introducing Miss Marina, baby elephant. When the music is on, kepala Miss Marina pun terangguk-angguk ikut rentak lagu. Sangat comel.

Selain daripada menari ikut rentak lagu, Miss Marina ni pandai massage belakang manusia. In that picture, husband tengah di massage menggunakan belalai..

This is snake show. Dislike. Sebab saya sangatlah takut dengan ULAR..


Yang terakhir sekali, baru lah elephant trekking. Paranoid lagi. Takut terjatuh daripada gajah dan patah riuk. huh.

One thing yang saya perasan di Phuket, the really like to ask for money tips. Lepas satu-satu show, mesti mereka akan minta penonton derma sedikit tips.

Husband still not fully recover from diarrhea during day 2. Time balik dari Phuket Safari in the evening, hujan turun renyai-renyai. Kami terserempak dengan satu accident. Seorang pelancong berbangsa Inggeris yang menunggang motosikal tergelincir dan terjatuh dari motor nya..

Later that night, badan husband tetiba jer panas, dehydrated. Pil Chi Kit Teck Aun tak berikan kesan pada husband, masih lagi cirit birit dan muntah. Saya tanya pada front desk the nearest clinic tapi semua klinik di Patong Beach tutup around 6pm. Tak banyak pun private clinic, yang banyak di sana ialah farmasi. They suggested us to go to Patong Hospital. Dalam hujan renyai-renyai dengan menaiki motosikal, kami ke Patong Hospital. Tak pasal-pasal jer experience ke hospital di negara orang kan..

Hasil daripada Patong Hospital dan di charge 600baht sahaja. Selepas makan antibiotic, barulah reda cirit birit laki ku. hee..

That is all for Phuket Day 2. Will be continue..

No comments: