Helo..
For dinner tonight, I made two type of nasi goreng.
Nasi goreng cina for him..
Simple je nasi goreng cina ni. Kita tumis bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk halus dalam minyak yang panas. Then tumis bersama bawang besar dan cili hidup yang dihiris nipis. Masuk kan nasi putih sejuk, perencah nasi goreng cina Seri-Aji dan gaul rata. Kita pecahkan sebiji telur ke dalam nasi goreng tadi dan akhir sekali kita masuk kan daun bawang yang dipotong panjang-panjang. Hidang panas-panas. Berselera husband makan ;)
Kita goreng pula nasi goreng udang for me..
Nasi goreng udang ni pun sangat lah simple. Cara yang sama seperti nasi goreng cina tadi cuma instead of letak telur, kita letak kan udang. Dan daun bawang yang dipotong panjang-panjang tu, kita gantikan dengan sayur sawi. Disamping tu, kita gunakan juga perencah nasi goreng udang Seri-Aji. Mudah, cepat dan kenyang.
Kita bukan lah terlebih rajin untuk masak sampai dua jenis nasi goreng malam ni. Mulanya hanya mahu masak nasi goreng udang. Tapi my husband sekarang makan berpantang. Kalau dulu pantang jumpa sahaja, semua pasti makan. Sekarang kita pun naik pening bila dia sangat menjaga permakanan. Semua ni disebabkan oleh result darah yang diterima semasa husband sakit dahulu- kadar kolestrol dan uric acid dalam darah my husband melebihi dari normal.
Pening. Pening. Pening taw nak fikir hari-hari apa yang sesuai dimasak untuk si dia tu. hee..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment