Helo people.
It's already end of January!
Lately, I rasa macam my cooking skill tidak sebagus dulu.
Mungkin disebabkan jarang memasak..?
Atau tidak masak bersungguh-sungguh dan sepenuh hati..?
Atau kerana kita hanya sering memasak di dalam Sim Social..?
Tapi tak kira lah ada skill atau tidak, bila bersama si dia, saya memang PERLU memasak.
Si dia memang mahu makan masakan kita.
Jarang sangat si dia mahu layan kita makan-makan di luar sebab bila I tiada, si dia hari-hari makan di kedai. Dah JEMU katanya.
Jadi, pada hari Ahad yang lalu, sebelum pulang ke Ipoh by Choo Choo train, sempat I masak kan nasi ayam untuk si dia.
Emm.. Tak lengkap sebab tiada salad.
Untuk Nasi Ayam tu, kita gunakan perencah Mak Nyonya jer. Senang sangat.
Untuk ayam pula, I just guna setengah ekor. Rebuskan sekejap bersama air, hirisan halia dan garam.
I blend bawang merah, bawang putih, halia dan serai untuk diperapkan pada ayam yang telah direbus sekejap tu, bersama kicap manis dan sos tiram. Bila nak makan, goreng ayam yang telah diperap tu sampai masak.
Untuk sup, I gunakan air rebusan ayam, campurkan dengan kiub ayam Knor dan lada sulah.
Untuk kicap, I just ambil kicap yang diperap bersama ayam dan didihkan atas stove.
Untuk sambal pula, kita blend cili merah, bawang putih, gula, sos tomato dan jus limau nipis, didihkan juga atas stove.
Done. Kami berdua makan sampai habis setengah ekor ayam hanya semasa lunch. hee..
Malu pulak, kami berdua kuat makan.
Rasa berbaloi lah memasak bila si dia makan sungguh-sungguh ;)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
yep bile selalu makan di luar memang jemu pon..smpai kekdang tatau la nk ode ape..masak yg simple2 kat rumah da rase sedap sgt kan..
nasi ayam nampak enak..tringin juga nk merase
@ilya: kalau nak merasa kena la ke Kajang =) amy jarang masak di rumah Ipoh. hehee..
Post a Comment