Monday, January 2, 2012

awak suka ADD MATHs tak?

Helo.. Assalammualaikum all ;)
Right now saya sudah berada di Ipoh, Perak.
Masih bersama sang suami tapi esok sang suami akan pulang untuk bekerja.
Masih belum ada rezeki untuk duduk bersama, masih perlu berjauhan dan masih perlu bersabar..

Selamat Tahun Baru Masihi 2012 kepada semua..
Semoga di tahun baru ni membawa kehidupan yang lebih bermakna kepada kita semua.

Already attend our first meeting last Thursday.
Sudah diberi tugas dan jadual waktu mengajar untuk tahun 2012.
Untuk tahun ni saya akan mengajar 4 kelas Matematik Modern Tingkatan 5 dan satu kelas Matematik Tambahan Tingkatan 5.
Terima kasih banyak-banyak kepada ketua panitia yang memberi kepercayaan kepada saya untuk mengajar pelajar tingkatan LIMA.
Tingakatan 5 = SPM. duhh..

Tahun ini adalah tahun pertama saya diberi tanggung jawab untuk mengajar subject add maths.
Perasaan saya adalah sedikit cuak. Add maths kot..
Ada ke siapa-siapa masa sekolah dulu suka add math?? Sila angkat tangan.
I take it positively.. At least ada sesuatu yang baru untuk saya explore.

Nampak tak add math di celah-celah mod math..? MA = Matematik MT = Matematik Tambahan



Pertama kali juga untuk tahun 2012 ini, saya tidak menjadi guru kelas. YEAY.
Tak perlu lah saya tergopoh gapah lagi dengan urusan-urusan guru kelas.
Tak perlu jadi ah long untuk mengutip yuran, tak perlu ambil kedatangan pelajar setiap hari, tak perlu mengisi surat amaran ketidak hadiran pelajar dan banyak lagi.
I am so HAPPY. hee..

once again, HAPPY NEW YEAR to all! semoga saya bersemangat untuk bekerja. hahaha.

No comments: