Tuesday, January 31, 2012

awak.. suami.


Rindu awak.. sangat.
Saya hanya nak jadi isteri awak yang solehah dunia dan akhirat.
Esok Rabu, lusa Khamis, then Jumaat nanti boleh peluk awak kuat-kuat ;)

Nasi Ayam on last Sunday

Helo people.
It's already end of January!
Lately, I rasa macam my cooking skill tidak sebagus dulu.
Mungkin disebabkan jarang memasak..?
Atau tidak masak bersungguh-sungguh dan sepenuh hati..?
Atau kerana kita hanya sering memasak di dalam Sim Social..?

Tapi tak kira lah ada skill atau tidak, bila bersama si dia, saya memang PERLU memasak.
Si dia memang mahu makan masakan kita.
Jarang sangat si dia mahu layan kita makan-makan di luar sebab bila I tiada, si dia hari-hari makan di kedai. Dah JEMU katanya.
Jadi, pada hari Ahad yang lalu, sebelum pulang ke Ipoh by Choo Choo train, sempat I masak kan nasi ayam untuk si dia.

Emm.. Tak lengkap sebab tiada salad.

Untuk Nasi Ayam tu, kita gunakan perencah Mak Nyonya jer. Senang sangat.
Untuk ayam pula, I just guna setengah ekor. Rebuskan sekejap bersama air, hirisan halia dan garam.
I blend bawang merah, bawang putih, halia dan serai untuk diperapkan pada ayam yang telah direbus sekejap tu, bersama kicap manis dan sos tiram. Bila nak makan, goreng ayam yang telah diperap tu sampai masak.
Untuk sup, I gunakan air rebusan ayam, campurkan dengan kiub ayam Knor dan lada sulah.
Untuk kicap, I just ambil kicap yang diperap bersama ayam dan didihkan atas stove.
Untuk sambal pula, kita blend cili merah, bawang putih, gula, sos tomato dan jus limau nipis, didihkan juga atas stove.

Done. Kami berdua makan sampai habis setengah ekor ayam hanya semasa lunch. hee..
Malu pulak, kami berdua kuat makan.


Rasa berbaloi lah memasak bila si dia makan sungguh-sungguh ;)

Monday, January 30, 2012

NIGHT TRAIN

Helo all. I’m on my way back to Ipoh by ETS choo choo train. This time I’m alone.. I do not fond night train even though agak kerap jugak lah I travel sebelah malam dengan ETS. You can hardly see anything outside since di luar sangat lah gelap, while di dalam train sangat terang dengan semua lampu dipasang di dalam setiap coach. I feel nauseas by only sitting and not able to look anything outside. Ala ala mabuk gitu. Kalau pandang ke tingkap, I can see my own reflection clearly. Tak ke mabuk camtu? Lupa pulak nak makan ubat mabuk kenderaan..

Usually, I akan naik 6.30pm train from Kajang to Ipoh. Kali ni, I bought last minute ticket dan hanya ada from KL Central to Tapah at 9.00pm. Yes, to TAPAH. It’s not a typing error. I dapat ticket tu pun sebab ada orang yang tak jadi naik and return the ticket to the counter. Nanti sampai Tapah, I turun dan nangis sorang-sorang. Hahaha. Tadi time the ticket collector datang, I told her yang I nak tambah perjalanan ke Ipoh and I need to pay extra 4 ringgit. The problem solved. Takdelah I kena tendang keluar train kat Tapah Road nanti yer.

Hmm.. let see, apa yang orang-orang dalam night train ni selalu buat while waiting to reach their destinantion. Like me, I’m typing to my netbook. Orang sebelah saya pulak tengah cuba online by using her phone. I can see a man buffer her nails. And just right now, a friend of that man potong kuku dalam train. Hehee.. Two Chinese lady tengah enak enak ketiduran. A couple next to me is discussing something, I guess they are discussing about their study since they are holding some kind of lecture notes. And most of people are sleeping.. Sedap kan tidor sejuk-sejuk begini ;)

So, apa yang you all selalu buat bila terpaksa travel during night time??

p/s: baru je sampai stesyen Kuala Kubu Bharu. Lambat lagi baru sampai stesyen terakhir- IPOH.

Saturday, January 28, 2012

Tamat CUTI.

Helo. Salam malam Sabtu ;)
Husband kita tengah galak menonton Liverpool vs Manchester United di ESPN.
Kita pulak langsung tak minat nak menonton bola.
Jadi sambil tunggu football match tu habis, kita serfing internet..
Sambil tu main Sim Social, sambil blogwalking, sambil call mak mertua, sambil lipat-lipat kain, sambil main Sudoku di blackberry.
Tapi tak abes-abes jugak lagi match tu. huh.

Esok sudah mahu pulang ke Ipoh. Sedey.
Sudah habes cuti seminggu.
Oh. Nak pergi packing barang lah.
bye.

Tuesday, January 24, 2012

Nasi Goreng for dinner.

Helo..
For dinner tonight, I made two type of nasi goreng.
Nasi goreng cina for him..


Simple je nasi goreng cina ni. Kita tumis bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk halus dalam minyak yang panas. Then tumis bersama bawang besar dan cili hidup yang dihiris nipis. Masuk kan nasi putih sejuk, perencah nasi goreng cina Seri-Aji dan gaul rata. Kita pecahkan sebiji telur ke dalam nasi goreng tadi dan akhir sekali kita masuk kan daun bawang yang dipotong panjang-panjang. Hidang panas-panas. Berselera husband makan ;)

Kita goreng pula nasi goreng udang for me..


Nasi goreng udang ni pun sangat lah simple. Cara yang sama seperti nasi goreng cina tadi cuma instead of letak telur, kita letak kan udang. Dan daun bawang yang dipotong panjang-panjang tu, kita gantikan dengan sayur sawi. Disamping tu, kita gunakan juga perencah nasi goreng udang Seri-Aji. Mudah, cepat dan kenyang.

Kita bukan lah terlebih rajin untuk masak sampai dua jenis nasi goreng malam ni. Mulanya hanya mahu masak nasi goreng udang. Tapi my husband sekarang makan berpantang. Kalau dulu pantang jumpa sahaja, semua pasti makan. Sekarang kita pun naik pening bila dia sangat menjaga permakanan. Semua ni disebabkan oleh result darah yang diterima semasa husband sakit dahulu- kadar kolestrol dan uric acid dalam darah my husband melebihi dari normal.

Pening. Pening. Pening taw nak fikir hari-hari apa yang sesuai dimasak untuk si dia tu. hee..

Monday, January 23, 2012

need a break?

Hye.
We've been here yesterday ;)


Staying there for only one night.
Untuk relax. Untuk berdua-duaan. Untuk merasai kesejukan di puncak.hee..
Nothing much that we did, rather than jalan-jalan di sekitar first world plaza.



Then, pergi makan-makan..
Then, at the very last minutes, decided untuk try the indoor park games.
Teringin nak main outdoor games tapi rasa macam dah too old for that. hahaha.
Terpaksa berpuas hati je dengan indoor games yang kebanyakkan nya ialah family rides or children rides.
Since belum ada rezeki untuk dapat child, kami cuba lah dulu all the rides inside the indoor park.
Bila dah ada anak nanti boleh datang semula bawa anak. kot..

kami naik this floating thingy yang round slowly inside the indoor park.




All the pictures above were taken on the floating ride.

Then, naik bumper car sampai DUA kali sebab husband I rupa-rupanya tak pernah naik bumper car masa kecik-kecik dulu. Enjoy giler pakcik tu dapat main bumper car yer..
Since the queue was not so long, boleh la I layankan naik bumper car sampai dua kali.



Sempat juga naik indoor express ride ni. Even at first husband refuse to join, but I manage to persuade him. hehehee..


It's just a short break but we really enjoy spending time with each other..
so, where's next desnination??

Friday, January 20, 2012

Choo Choo Train

Oola~~
My husband and I are inside the choo choo train ni.
Dalam ETS sudah ada wifi okie ;)
So kalau sesiapa yang sudah jemu duduk-duduk sahaja tu, boleh la serfing internet.

Kepada anda-anda yang ingin pulang ke kampung sempena cuti perayaan tahun baru cina ni, semoga selamat sampai ke destinasi.
Kami berdua terbalik pulak, dari kampung, ingin pulang ke Kajang ;)
Esok husband dah rancang nak pergi somewhere.
Somewhere yang dekat-dekat jer..
Tak perlu naik flight bagai..
Just a short break from the normal stressful life.

Harap-harap sempatlah update tentang Phuket Day 3 and Phuket Day 4 sebelum update tentang short vacation ini pula yek.
Oh. Saya cuti seminggu hokey. Happy Holiday to all.
Nak ang pow.Eh.

Wednesday, January 18, 2012

US Hour.

Oh. Husband kita ada di Ipoh sepanjang minggu ni.
Perlu bekerja disebelah malam (work from home), ikut masa US.
Emm.. perasaan nya sama macam duduk berjauhan.
Sebab si dia tu sibuk sangat.
Siang siapkan kerja dan sebelah malam conference call dengan orang-orang US dan Brazil tu..
Bila husband bekerja, si isteri terkulat-kulat seorang.

Tapi tak perlu kot nak complaint banyak-banyak.
Tugas suami untuk bekerja mencari nafkah.
Tugas isteri pula ialah tolong HABIS kan duit suami??
Yes? No?
hahaha.

Phuket Day 2

Emm.. Rasa nya saya perlu segera selesaikan posting tentang Phuket supaya tidak rasa seperti ada benda yang bertangguh..

So as I mention in Phuket Day 1, my husband diserang diarrhea/ cirit-birit pada malam yang pertama. Walau telah makan pil Chi Kit Teck Aun dan minum mineral water dengan banyaknya, husband masih kerap berulang alik ke tandas. Jadi kami merasakan bahawa untuk tour island pada hari kedua adalah agak tidak sesuai.

Selepas subuh, saya call the island tour agency to cancel my booking tapi wang pendahuluan sebanyak 300baht tidak dikembalikan. That morning, kami breakfast di hotel. Antara pilihan makanan yang boleh dimakan oleh muslim are cereal & milk, juices, salad, pancake, bread & spread and vege with butter rice. Selepas itu kami rehat-rehat sahaja di bilik melayan cirit-birit en.husband.

Memandangkan makanan di hotel kebanyakkan nya adalah tidak halal, we rent a motorcycle untuk memudahkan pergerakan mencari makanan halal. Menyewa motor adalah lebih murah iaitu 250baht sehari berbanding menaiki tut tut yang dikenakan bayaran 200baht sehala. Minyak motor telah diisi penuh dan kami perlu pulangkan motor keesokkan harinya degan full tank juga. If any accident happen, penyewa perlu menanggung segala kos kerosakkan.


Rasa romantik pulak naik motor berdua-duaan begini ;)

In the afternoon, setelah keadaan en.husband agak terkawal, we decided to go to Phuket Safari. Kami dapatkan brochure dan maklumat at resort reception desk. There's 3 pick up time daily. Samada sebelah pagi at 8.30am, afternoon at 12.30pm and 2.30pm. So we opted for 2.30pm. Bayaran untuk Phuket Safari bergantung kepada package. Kami pilih Safari Tour package A that include Elephant Trekking, Elephant show, Snakes Show and Monkey Show. Bayaran yang dikenakan ialah 1400baht/2 person. Bayaran termasuk pengangkutan pergi dan balik ke resort.

So, jom layan gambar ketika di Phuket Safari..

Bapak monkey sedang push up. hahaha. Sejurus selepas saya snap gambar bapak monkey ni, dia cuba terkam saya. Nasib baik tuan monkey pegang kuat rantai nya. Terkujat I.

Monkey kecik ni agak manja. Suka pegang-pegang orang..

Introducing Miss Marina, baby elephant. When the music is on, kepala Miss Marina pun terangguk-angguk ikut rentak lagu. Sangat comel.

Selain daripada menari ikut rentak lagu, Miss Marina ni pandai massage belakang manusia. In that picture, husband tengah di massage menggunakan belalai..

This is snake show. Dislike. Sebab saya sangatlah takut dengan ULAR..


Yang terakhir sekali, baru lah elephant trekking. Paranoid lagi. Takut terjatuh daripada gajah dan patah riuk. huh.

One thing yang saya perasan di Phuket, the really like to ask for money tips. Lepas satu-satu show, mesti mereka akan minta penonton derma sedikit tips.

Husband still not fully recover from diarrhea during day 2. Time balik dari Phuket Safari in the evening, hujan turun renyai-renyai. Kami terserempak dengan satu accident. Seorang pelancong berbangsa Inggeris yang menunggang motosikal tergelincir dan terjatuh dari motor nya..

Later that night, badan husband tetiba jer panas, dehydrated. Pil Chi Kit Teck Aun tak berikan kesan pada husband, masih lagi cirit birit dan muntah. Saya tanya pada front desk the nearest clinic tapi semua klinik di Patong Beach tutup around 6pm. Tak banyak pun private clinic, yang banyak di sana ialah farmasi. They suggested us to go to Patong Hospital. Dalam hujan renyai-renyai dengan menaiki motosikal, kami ke Patong Hospital. Tak pasal-pasal jer experience ke hospital di negara orang kan..

Hasil daripada Patong Hospital dan di charge 600baht sahaja. Selepas makan antibiotic, barulah reda cirit birit laki ku. hee..

That is all for Phuket Day 2. Will be continue..

Monday, January 16, 2012

my Monday.

Today is a busy day for me. Right after work, me and husband rush to the veterinary because Eduardo fell from our third floor apartment once again. This time his injury is quite bad. He couldn't raise up the back part of his body. He still manages to walk but walking like a dwarf. Could you imagine that..?

Our poor Eduardo. Walau pun dalam keadaan sakit begitu, masih mampu mengiau kuat bila terbau kucing betina yang lalu berhampiran.. Our poor Eduardo, bila selalu disalah erti kan sebagai garang. Sanggup muka comel begitu dikatakan garang ;p



After the visit to the veterinary, it's my turn to go for a second check up after the laparoscopic surgery at Pantai Hospital Ipoh. Alhamdulillah, selepas di scan oleh Dr. Jayabalan there's no more cyst on my ovaries. The next step that Dr. Jayabalan suggested us is to x-tray the womb on March before continue with IUI.

I've been injected with LH hormone immediately after the laparoscopic surgery to stop my menstrual for three month. Meaning I'll be having back my menstrual on March, just then I will continue with the x-tray and IUI. There are few symptom happen to me after the injection of the LH hormone seperti sentiasa rasa panas.. Panas yang berpeluh-peluh. Even dalam aircond pun boleh berpeluh sometimes. And I think I've been quite emotional. Walaupun sebenarnya without the injection of LH hormone pun saya selalu emosi. hahaha.


Later after the appointment, on the way back home, I have things in mind.. I feel scared.. The 'what if..' question keep on coming to my mind. What if the IUI do not succesS? What if the cyst reoccur? I keep on telling myself, I shouldn't be afraid because I know this is just a temporary world. This life is just like a scene in a drama or film. Hidup di dunia ni hanya sebagai persediaan untuk di akhirat nanti. So I shouldnt be worry..

but I couldn't stop from the tears coming down on my cheeks. I feel relief when I realize that he was holding my hand and the word 'I love you' coming out from his mouth..

Friday, January 13, 2012

Syukur

Pada awal tahun begini, saya yang telah dilantik sebagai guru kelas 5A (menggantikan seorang guru yang bersalin) sedang giat mengisi buku kedatangan pelajar. Semua maklumat terkini pelajar perlu dilengkapkan seperti nama, alamat, nama bapa, no telefon, pekerjaan bapa dan gaji.

Hari ini, saya bertanyakan pelajar tentang pekerjaan bapa dan gaji. Saya kira pekerjaan dan gaji seseorang adalah agak peribadi maka saya panggil seorang demi seorang ke meja guru, supaya rakan lain tidak mendengar perbualan kami.

Setelah selesai bertanyakan kepada pelajar 5A yang 19 orang kesemuanya, saya berasa amat bersyukur atas banyak perkara. Pernahkah kita bersyukur dibesarkan oleh kedua-dua ibu DAN bapa atau pernahkah kita bersyukur yang anak-anak kita dibesarkan oleh kita DAN suami sedangkan ada antara pelajar saya hanya dibesarkan oleh ibu ATAU bapa sahaja disebabkan oleh faktor penceraian atau kematian salah seorang ibu ATAU bapa. Lebih menyedihkan, ada yang terpaksa tinggal bersama nenek, ibu saudara atau kakak disebabkan oleh ibu dan bapa bekerja di luar daripada Ipoh.

Pernahkah kita bersyukur dengan gaji yang kita terima setiap bulan? Atau kita asyik mengeluh tidak cukup wang setiap bulan sedangkan ada antara bapa kepada pelajar saya yang tidak bekerja dan tidak mempunyai gaji. Bapa kepada sebilangan pelajar pula hanya berpendapatan dalam lingkungan rm1000. Bandingkan gaji anda dengan mereka.

Sedang kita enak menikmati makanan yang lazat, ada antara pelajar saya yang tidak pernah merasa makanan mewah seperti kita. Sedang kita seronok bercuti, ada antara pelajar saya yang tidak pernah keluar dari Ipoh. Sedang kita sibuk hantarkan anak ke kelas tuisyen, ada antara pelajar saya yang terpaksa menolong keluarga bekerja.

Masih tidak BERSYUKUR lagi kah kita??

Thursday, January 12, 2012

mendung

Rasa moody.
Rasa gloomy.
Rasa sedih.
Rasa merajuk.
Menjeruk rasa.
Hari ni hari yang tidak BEST untuk saya.
No specific reason.
Hormone kot..

Penat.
Penat. Penat sangat.
Tak baik mengeluh kan.
Mencari rezeki tu dapat pahala kan?
Ya Allah ampunkan aku kerana tidak bersyukur..

Nak menangis sangat.
Sudah hujan lebat dalam hati.
bye.

Tuesday, January 10, 2012

Limited

emm.. teringin sangat nak update pasal Phuket Day 2.
Tapi semenjak dah mula bekerja ni, masa amat limited.
Walau pun bekerja hanya separuh hari, tapi ada kerja yang perlu dibawa pulang dan disiapkan di rumah..

Hopefully, saya akan dapat curi sedikit masa nanti untuk menulis tentang Phuket Day 2 ;)

Wednesday, January 4, 2012

Melayang jauh

Hati siapa yang tak risau bila the other half tiba-tiba tak sihat..?
Lebih rasa perit apabila the other half tu tiada di depan mata..
I feel hopelesS.. Nothing much that I can help from here..
Hanya mampu berdoa.. Hanya mampu beri kata-kata semangat..
Rasa terbang semangat.. Jasad di sini tapi fikiran melayang nun jauh pada si dia.

Semoga si dia cepat sembuh.
Sedih rasa hati bila dengar suara yang tak bermaya..
Semoga Allah permudahkan semuanya..

Phuket Day 1

On 2/December/2011, me and husband travel to Phuket Thailand for a holiday. The reason why we chose Phuket is because I really love beautiful beaches. I booked the Air-Asia flight ticket on February sebab masa tu Air-Asia sedang buat promotion. Harga yang saya dapat untuk 2 return ticket bersama luggage was around rm500. Pada saya itu dah cukup murah as compare to MAS flight ticket.

One week before the departure date, we make the self check in through the Air-Asia website to get the boarding pass. Kalau check in awal dapat duduk depan memandangkan saya tidak beli seat dan saya hanya bayar untuk satu luggage sahaja that can carry up to 15kg. Antara benda yang saya bawa selain daripada pakaian ialah 6 botol mineral water, ubat-ubatan seperti pil cirit-birit, panadol, ubat tahan muntah dan saya juga membawa makanan ringan. Disebabkan 6 botol air itu, the weight of the luggage exceeded more than 15kg. Kan dah kena bayar lebih..

Kami sampai di LCCT satu jam sebelum penerbangan. Disebabkan kesuntukan masa, maka tak dapatlah kami jalan-jalan di sekitar free tax zone LCCT.

muka teruja si dia sewaktu di LCCT ;)

The journey to Phuket from LCCT took only 1 hour and 15 minutes. Entah kenapa, saya langsung tak berasa tenang di sepanjang penerbangan. I just feel insecure. Rasa macam gayat, macam plane tu nak jatuh ke bawah jer. Dulu-dulu naik flight hingga 12 jam ke London tak pula rasa macam ni. Jadi disepanjang penerbangan tu, saya asyik la berdoa semoga selamat sampai. Paranoid. Adakah kerana terlalu banyak menonton Air Crash Investigation di NGO?? heh.

makanan si dia sewaktu di dalam air-plane.

Kami selamat mendarat di Phuket International Airport pada pukul 1pm waktu tempatan. Beza waktu hanya 1 jam. Malaysia awal sejam dari Phuket. Setelah melalui imigresen check, kami terus mencari agent airport transfer yang telah di tempah online di phuketshuttle.com dengan bayaran 700baht (rm70) sehala ke Patong beach. Perjalanan dari airport ke Patong Beach was about 45 minutes.

We check in at Coconut Village Resort around 3pm dan disambut oleh welcome drink. Jarak dari resort ni ke pantai hanya 5 minit perjalanan dengan berjalan kaki. Memang agak dekat. Sebab tu saya pilih untuk tinggal di sini selain drpd banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati di Patong Beach. Selepas je check in, husband kelaparan. Jalan mudah pada waktu tu ialah dengan memakan maggi in cup. Try to find kettle to boil water tapi rupa-rupanya untuk standard room, no kettle is provided. Sadis sungguh. Jadi request jer kt front desk and mereka hantar satu jug air panas.

Petang-petang sket, kami pun berjalan ke pantai disamping mencari-cari kedai yang menjual makanan halal. Sepanjang berjalan-jalan tu, memang agak banyak bertembung dengan anjing which I hate the most. Kata seorang pekerja hotel (muslim), makanan halal banyak di kawasan masjid. So gigih la kami berdua mencari masjid berpandukan direction pekerja hotel tersebut. Dah lenguh berjalan tapi masih belum nampak masjid tapi ternampak ini..

ada tanda HALAL kan.

So our dinner that night was at Dubai Restaurant. The food was okie. Boleh pilih untuk makan makanan Arab or Makanan Thai and even western pun ada ;) Selepas makan-makan, sambung jalan-jalan di Bangla Road kerana waktu malam di sana adalah sangat meriah. Disamping tu, kami nak cari package Island Hoping untuk keesokan harinya.

night life in bangla road.


Memang sangat meriah waktu malam di sepanjang Patong Beach. Ada banyak bar, pub and night club yang of coz kami tak masuk. Ada pilihan untuk menonton carbaret show seperti di atas, ping ping show (free show 18sx), Muay thai dan banyak lagi. Semua tu agak tak sesuai la untuk kami yang muslim ni. Jadi kami jalan-jalan sambil tengok orang dan barang-barang..

Sebelum kembali ke resort, sempat lah kami book package Island Hoping for the next day. Dan sudah dibayar deposit 300baht. Tapi sebagai manusia kita hanya merancang kerana malam pertama tu, husband mula cirit-birit..

will be continue in Phuket Day 2..

p/s: tak banyak gambar kita dapat tunjuk sebab kita malu-malu kucing. hakhak.

Monday, January 2, 2012

Negara Gajah Putih

I just realize that sepanjang December 2011 yang lepas, hanya 3 posting jer yang saya buat kan.
Dalam satu daripada posting tu, saya ada cakap nak pergi somewhere kan..?
Dan saya tak buat pun lagi posting tentang tempat yang saya pergi tu kan..?

Somewhere yang saya dan en.husband saya pergi tu ialah ke sini..

This is Patong Beach.

We have been to Phuket, Thailand and we stayed at Coconut Village Resort, Patong Beach, Kathu, Thailand.


Ini adalah lawatan pertama saya ke negara Asia.
Pertama kali juga saya travel menaiki Air Asia.
Emm.. jujur nya saya rasa agak gayat travel by Air-Asia Flight.
Mungkin perasaan saya jer kot.. atau mungkin saya gediks lebih.heh.

Kami ke sana selama 4 hari 3 malam.
Hari pertama ialah pada 2/dec/2011 dan hari terakhir pada 5/dec/2011.
Banyak sangat pengalaman pahit manis di Phuket.
Ada yang pahit kerana pertama kali ke negara Asia dan tak banyak panduan di blog untuk first timer seperti kami.
So from time to time, saya akan post kan tentang perjalanan kami di sana ok?

Till we meet again ;)

awak suka ADD MATHs tak?

Helo.. Assalammualaikum all ;)
Right now saya sudah berada di Ipoh, Perak.
Masih bersama sang suami tapi esok sang suami akan pulang untuk bekerja.
Masih belum ada rezeki untuk duduk bersama, masih perlu berjauhan dan masih perlu bersabar..

Selamat Tahun Baru Masihi 2012 kepada semua..
Semoga di tahun baru ni membawa kehidupan yang lebih bermakna kepada kita semua.

Already attend our first meeting last Thursday.
Sudah diberi tugas dan jadual waktu mengajar untuk tahun 2012.
Untuk tahun ni saya akan mengajar 4 kelas Matematik Modern Tingkatan 5 dan satu kelas Matematik Tambahan Tingkatan 5.
Terima kasih banyak-banyak kepada ketua panitia yang memberi kepercayaan kepada saya untuk mengajar pelajar tingkatan LIMA.
Tingakatan 5 = SPM. duhh..

Tahun ini adalah tahun pertama saya diberi tanggung jawab untuk mengajar subject add maths.
Perasaan saya adalah sedikit cuak. Add maths kot..
Ada ke siapa-siapa masa sekolah dulu suka add math?? Sila angkat tangan.
I take it positively.. At least ada sesuatu yang baru untuk saya explore.

Nampak tak add math di celah-celah mod math..? MA = Matematik MT = Matematik Tambahan



Pertama kali juga untuk tahun 2012 ini, saya tidak menjadi guru kelas. YEAY.
Tak perlu lah saya tergopoh gapah lagi dengan urusan-urusan guru kelas.
Tak perlu jadi ah long untuk mengutip yuran, tak perlu ambil kedatangan pelajar setiap hari, tak perlu mengisi surat amaran ketidak hadiran pelajar dan banyak lagi.
I am so HAPPY. hee..

once again, HAPPY NEW YEAR to all! semoga saya bersemangat untuk bekerja. hahaha.