Salam jumaat semua. Masih bersiaran di tempat yang sama, my bedroom. uhuh.
Dah blogwalking, I am YOUR silent reader so be careful ;p rata-rata post hari ni semuanya berkenaan hari jumaat yang mulia. Hari Jumaat ini mmg mulia tapi nasib memang tak menyebelahi saya dari pagi lagi..
Bermula dengan kelewatan bangun pagi menyebabkan parking feveret saya di tempat kerja telah diambil oleh orang. Parking feveret saya ialah di bawah pepohon nak rendang.. Saya suka parking di bawah pokok kerana waktu balik keje saya ialah di tengah hari yang rembang, jadi bila saya memakir di bawah pokok, xlah terasa sgt seperti masuk ke dalam oven kan. hihii.. Sebelum itu kereta yang dipandu saya hampir dilanggar oleh seorang staff yang dgn kusyuk nye reverse secara laju tanpa menyedari bahawa kereta saya ada di belakang kereta nya. Bila saya bunyikan hon, saya pula dimarah nye kerana kata dia, kereta dia ada sensor. Saya hanya cuba menyelamatkan keadaan, kalau dah berlanggar nanti kan lebih susah dan payah.huhuu..
Kemudian setelah routine kerja bermula, saya berasa sangat sakit hati dan pissed off dengan perangai client2 saya yang langsung tidak tahu menghormati orang yang lebih tua. Moral untuk meneruskan pengajaran menjadi lebih rendah dari lantai. Memarahi sudah tidak memberi kesan pada mereka atau adakah saya tidak cukup garang? Hendak sentiasa melaporkan kepada guru disiplin pula berasa tidak sampai hati melihat anak didik dirotan. Hendak dinasihati bagai kan air disiram ke daun keladi. Jadi hanya amaran dan amaran dan amaran yang dapat diberikan..
Pulang dari sekolah, langsung menelefon my mom bagi menyatakan hasrat untuk ke kL bagi menempah baju pernikahan. Kenduri nya hanya 6 minggu dari sekarang tetapi baju nikah masih belum diusik. Sebaik saja meluahkan isi hati, terus dileteri oleh mommy kerana sikap last minute on making decision. Kenapa x beli sahaja ticket tren/bus sedari semalam? kenapa x pegi saja ke kL after working time? kenapa perlu tunggu sampai SABTU?? aduhai la mommy.... saya perlu check availablity ticket terlebih dahulu....
Lantas ke ktmb bagi urusan pembelian ticket tren. Tidak mungkin fiancee membenarkan memandu seorang diri ke kL. Tiba di parkir ktmb, seorang kakak telah menanti dengan resit. Duhh.. Sejak bila pulak kena bayar parking di ktmb ini?? nasib. nasib..
Last but not least, hari ini mmg bukan hari saya kerana setelah menunggu agak lama dgn queue yang tidak berapa panjang, tetapi dgn kerenah orang ramai yang membuatkan jurujual ticket di kaunter pun berasa runsing, saya tidak berjaya mendapatkan ticket ke kL utk hari ini. Maka nya esok sahaja lah ke kL.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment