Wednesday, April 21, 2010

terlupa

Hai all...

Tadi semasa saya log in FB my fiance untuk mengutip hasil tanaman di barn buddy (yer.. saya yang tolong mainkan barn buddy fiance dan barn buddy utk akaun FB saya juga) ;p okie, selepas habis mengutip hasil di barn buddy, saya saja-saja lah buka inbox message FB fiance, nak tahu apa saya find out?!

Fiance ada berbalas-balas message dengan seseorang. Melalui message tersebut, saya telah mendapati yang fiance telah terlupa sesuatu. Dalam message tersebut, mereka ada menawar-nawarkan harga, jadi saya baca lah hingga ke message terakhir..

Orang yang fiance message itu ialah our official wedding photographer lah.. Dalam bab photographer ni memang saya serahkan 100% kepada fiance kerana dia lebih berseni drpd saya. So bila dia cakap kualiti gambar yang diambil oleh si azam ni menepati piawaian dia, maka saya turutkan sahaja. Saya hanya nak kan hasil yang terbaik kerana gambar ini akan kekal dalam masa yang lama.

Azam memberikan offer yang paling baik sekali memandangkan fiance adalah kenalan kepada Azam. Package yang azam tawarkan mengikut harga yang kami mampu bayar ialah begini:

Nikah + bride's side = sticky album +120x4r +8r
Groom's side = custom album
1 frame 8 x 12
Boleh perasan kan ada sesuatu yang kurang..? So lekas-lekas saya text fiance yang sedang bekerja dan tanyakan, 'awak.. kenapa dalam package gambar wedding kita tidak termasuk OUTDOOR???' fiance terlupa..... duHH..



semoga gambar wedding akan lebih cantik dari ini

No comments: