Sunday, December 21, 2008

Someone special who could it be..

I still have not decide what the title shud be. Just coming back from holidays and cousin's wedding. I meet someone during the olideys =)

Going to KL tomorrow by train. bye bye Ipoh.

Thursday, December 18, 2008

olideyz..

I'm not going to update my blog till next week since my family and I are going to olideyz. YEAY!! cuti. cuti. makan. makan. gumuk. gumuk. Dah beli swimming attire utk swim kt pool nnt wiv Damia =) by the way, I already know to appungkan badan tetapi secara berbaring la. En. Kahirul Anwar yang ajar kat PEE DEE aritu. YEAY!! YEAY!!

Dear shiha.. yes, hidup saya dipenuhi pelangi indah dan diwarnai oleh warna2 yang cantik. Saya akan biar kan pelangi itu sentiasa mewarnai hidup saya. Hidup dalam dunia saya dengan cara saya sendiri..

Kepada awak.. yerr awak.. bukan orang lain tapi awak.. Going to miss u. Terima kasih kerana memasuki dunia saya dan mewarnai nya dgn pelangi indah.. Warna-warna yang awak beri kan dlm lukisan hidup saya semuanya warna-warna yang cantik skali..

Lesson from a Donkey

Ceh!At first nak uat tajuk post ni sebagai "bila hati x dikandung badan.." tapi macam tiru tajuk post seseorang la pulak. ngehehee.. Dear reader, about the previous post, I actually cut and paste it from an email that dela had sent to me. I did not copy the whole paragraph but only the ending. But as I concern, ada yang berminat nak tahu dgn lebih mendalam so here it is..

TITLE: Lesson from the Donkey

One day a farmer's donkey fell down into a well.
The animal cried piteously for hours as the farmer tried to figure out what to do.
Finally, he decided the animal was old, and the well needed to be covered up anyway;
it just wasn't worth it to retrieve the donkey.


He invited all his neighbors to come over and help him.
They all grabbed a shovel and began to shovel dirt into the well.
At first, the donkey realized what was happening and cried horribly.
Then, to everyone's amazement he quieted down.

A few shovel loads later, the farmer finally looked down the well.
He was astonished at what he saw.
With each shovel of dirt that hit his back, the donkey was doing something amazing.
He would shake it off and take a step up.


As the farmer's neighbors continued to shovel dirt on top of the animal,
he would shake it off and take a step up.
Pretty soon, everyone was amazed as the donkey stepped up
over the edge of the well and happily trotted off!

MORAL :

Life is going to shovel dirt on you, all kinds of dirt.
The trick to getting out of the well is to shake it off and take a step up.
Each of our troubles is a steppingstone.
We can get out of the deepest wells just by not stopping, never giving up!
Shake it off and take a step up.


Remember the five simple rules to be happy:

1. Free your heart from hatred - Forgive.

2. Free your mind from worries - Most never happens.

3. Live simply and appreciate what you have.

4. Give more.

5. Expect less from people but more from God.


Saya harap xde siapa yang akan terasa since I really learn it from a DONKEY. The only Donkey I know is eeyore, Damia's toy =)

Wednesday, December 17, 2008

in the mood of blogging..

I'm just not a gud writer. I can't write like other blogger did. But today I would like to share my point of view. As many thing happen, I keep on asking myself is it the end of my life? I'm still young, there's many thing I should have explore but I waste my life by thinking of something that I should not thinking of. My life was blessed by many people especially my family. Maybe now is the best way to move to the better life. I should not just sit down and hope things goes my way. I must pun some effort to make things success.

This is my life. Saya yang berhak tentu kan hidup saya sendiri. I have choice and the decision is mine to make. Not by other people, not by the surroundings. As the youngest, I always have problem in decision making. I always as my family and my friends to decide for me but I am 24 now, going to 25. So I'm big enough to make my own decision. What I want in life.

Sometimes life was so hard. Not everybody like to see us happy. Maybe because they are not happy like us so they want us to be unhappy just like them. But life is for us to feel it. Make your life happy, don't be so negative about every single thing. Come on, WAKE UP!! Don't be so NEGATIVE ok? POSITIVE Amelia..

adakah ia melega kan..? urmm...

I learn this from a donkey

Remember the five simple rules to be happy:

1. Free your heart from hatred - Forgive.

2. Free your mind from worries - Most never happens.

3. Live simply and appreciate what you have.

4. Give more.

5. Expect less from people but more from God.

Tuesday, December 16, 2008

Menanti pasti

Ntah kenapa, sejak pertama kali terdengar lagu ni trus terjatuh cinta.. Dan slalu terngiang2 kat telinga. Cuba korang dengar kat radio nanti k? heheee..

Kegelapan malam ini menyesakkan jiwa
Tanpa bintang untuk aku mimpikan mimpimu
Aku… merindu indah bulan
Menyuluh kelam malam
Mengharap bintang akan bersinar

Kesepian hati ini mengundang derita
Penantian satu seksa bila tanpa balas
Aku… menanti kata hati
Darimu satu pasti
Mengharap mimpi akan hakiki

Cinta
Bisikkanlah asmaraku
Padanya gelora di kalbu
Hembusan nafas ini hanyalah kepadanya
Mencintai setulus hati

Cinta
Bukakanlah asmaranya
Padaku setia menunggu
Antara kau dan aku ada persamaan
Untuk cinta bersemi nanti

Andai ada di hatimu….
Ruang cinta itu
Kan ku simpan anugerah
Ke akhir hayatku

Menanti pasti….

Oops! Lupe nak inform, this song was sing by Datuk Hajah Datin Siti Nurhaliza

Monday, December 15, 2008

Karangan budak darjah 2

Setiap kejadian pasti diserta kan dgn hikmah yang x kelihatan pada awal nya tetapi akan disedari kemudian nya. Setelah diuji, baru lah aku sedar akan hakikat kehidupan ini. Bukan semua perkara akan sentiasa indah dari awal ke akhir nya. Kejadian yang menimpa kami sebenarnya mengukuh kan lagi hubungan yang telah terjalin hampir 5 tahun lama nya. Kami lebih memahami satu sama lain dgn baik dan perlu saling mempercayai satu sama lain melebihi daripada mempercayai anasir2 luar yang belum diuji kebenaran nya.

Selain itu, melalui pengalaman ini jugak kami dapat mengenal pasti siapa kawan, siapa lawan dan siapa musuh dalam selimut. Kami bertuah kerana dikelilingi oleh sahabat2 yang baik dan amat supportive. Tapi dalam football match, kami musuh! hua hua hua. GO GO LIVERPOOL!!! =)

aiyaa.. apa ni? mula2 punya la mcm karangan Kertas II paper Bahasa Malaysia SPM. Skali dah tukar topic lak. hehehee..

Moral of the story: Sayangi pasangan anda. Terima mereka dgn segala kekurangan dan kelebihan.

Chiow!

Friday, December 12, 2008

Apa yang tgh saya fikirkan..?

Bile dah siap kemas bilik, mandi kan damia, tlg mama kat dapur dan suap damia mkn so dah bleh rilex. Disbb kan blum keje, ada banyak bnda yang difikirkan semasa waktu lapang camni. Antaranya..

(i) Hmm.. nak kena g TESCO beli set pencuci muka. Dah x tahan guna pencuci muka mama sbb kulit jadi kering. Tapi kalau g TESCO kena bawa Damia. Pastu Damia mesti nak g main kat indoor games tu. Haish..

(ii) Bile nak dapat posting ni. Nak keje, nak dapat duit. First thing nak beli bile dah dpt gaji nnt ialah laptop baru.. Tp bile dah keje nnt mesti ada bnyk tanggungan kan? cth nya kena bayar bil for every month. haish..

(iii) En. Khairul Anwar tgh keje. Sian dia, mesti penat kan. Sampai kan aritu I call time midnight dia ngigau tgh uat PC support. haish..

Emm.. see! I dah dapat lupa bnda bukan2 yang jadi tu.. =)

Thursday, December 11, 2008

Mode: SAD

It's going to be tough after diz.. He'll start working tomolo after the raya haji break. I don't know what to expect. I just hope everything will be back to normal..

Right now, I just want to rilex my mind. I don't want to bother what he did in the past but what more important is I care for him. x salah memafkan dia. We are learned people..

To that gurl, please remember what you told me. Please don't do that ever again. EVER. You just get the chance went dinner with him but I am the owner of his heart..

He gave me a guardian angle, seekor beruang GUMUK! That is more like an anesthetic pill for me..

Fizikal nya tersenyum tapi dalam hati siapa yang tahu. I'm hurt and he's hurt too. we both HURT.

But i know, we've been love by many people expecially our friends.. Thank you guys..

Wednesday, November 26, 2008

mak..

Dalam hati rasa kosong. sepi. hampa. kosong. sepi.. jiwa merintih pedih..

mak..

I donno where to start and begin. yang pasti mak dah pergi. mak tidor dan x bgn2 lagi.. walau berjuta air mata yang tumpah, mak tetap x kan kembali.

Seawal 3pg mak bgn utk ke bilik air. bile selesai hajat, tiba2 mak rasa x daya nak kembali ke kamar tidor. sakit penat/mengah mak dtg lagi. mak melaung paggil cu. nasib baik cu terjaga dari tidor lalu memapah mak ke kamar tidor. selesai berbaring, mak langsung kaku x bergerak2 lagi. betapa mudah nya nyawa melayang dari jasad..semudah itu..

mia minta maaf sebab belum sempat bahagia kan mak.. mia minta maaf sbb jarang jenguk mak disebabkan kesibukan dunia. mia minta maaf x dpt tunaikan janji mia utk binakan sebuah rumah besar utk mak. terima kasih mak.. untuk kasih sayang yang melimpah ruah. untuk semangat yang mak slalu berikan dikala org lain mencemuh. mia tahu, mak bahagia di sana..

di kala ani buka dompet mak, betapa hancur luluh nya hati ni bila mia tahu yang gambar mia turut mak simpan dismping gambar2 org lain yang mak kasihi..

alfatihah untuk arwah mak yang selamat dikebumikan pada 24/november/08..

Saturday, November 22, 2008

Kucing oren

Emm..menyampah nye guna dial-up ni, punye la lmbat nak loding siap sempat aku main game zuma dulu.isk..

Semenjak cuti panjang ni, aktiviti kt umah selain drpd uat keje2 umah ialah membelek kekucing ku seramai 4 ekor tu. Masa memula blk ipoh mcm agak pelik sbb asyik x jumpe kucing oren. Yang lagi 3 ekor tu ada tp kucing oren tu mesti xde. So disebabkan terlalu ingin tahu, aku pun tanya la kt en.mohd aris, jawapan nya ialah "kucing oren tu ada pagi2 sbb nak makan.." so dgn jwpn tu, the next morning aku pun x tidor slps subuh sbb nak sgt jmpe dgn kucing oren.

Mmg benar kata pakcik aris, kucing oren tu mmg ada sambil mengiau2 kat aku minta makanan. Aku pun amik dan dukung dia sambil bertanya, "kucing oren g mana sblm ni? asyik xde kat umah je.." pastu aku siap membebel kat dia sbb dia kotor so aku ckp ngn dia, "kucing oren jgn g jln tgh ari ni, kakak nak mandikn kau.." x sangka lak dia paham arahan aku so tgh hari tu dia mmg ada berkesidaian je kat bwh kete waja pn.siti armiza. tu port dia la tu.

Tengah hari tu, dgn semangat waja aku pun dukung dia g masuk bilik mandi. baru je masuk dia dah mula mengiau. kuat nak mampus bergema satu bilik air tu. aku dah mula cemas. tapi aku xleh la nak tunjuk cemas depan dia kan. aku mmg taw yang kucing oren ni x suka mandi even persian. x macam mendiang armando dulu yang x takut air. wuwuwuwu.. i miss armando!!

so dgn berani-berani takut (ada ke perkataan camtu?), aku pun memulakan pemandian. kucing oren dah mula x tentu arah bile kena air. aku pun takut gak, dah la kucing oren ni bapak kucing. besar dan berat pulak tu. macam mana kalau aku di apa2 kan? aku pegang tengkuk dia, "chill.. chill.. kucing oren.." tapi dia masih x tentu arah.. aku shampoo and dia senyap sekejap. bila time nak bilas, mungkin kucing oren dah rasa x selamat. mungkin dia rasa aku akan lemaskan dia. lalu...

zap!! dia cakar nya lengan aku. hampeh! tapi at last, aku berjaya gak mandikan kucing oren tu. skrang ni dia dah rajin duk umah sbb dah wangi..

Friday, November 21, 2008

kecewa =(

ME mmg peminat abes The Amazing Race Asia (TaRA). Smlm pusingan akhir bagi TARA season 3. apa yang mengecewakan team yang aku sokong which is Malaysian team (Ida & TAnia) x menang. KECEWA nya! dan rasa down sgt bile team Hong Kong yang mana dah lewat 4 jam disbabkan kena penalti bleh plak menang USD100 000. GERAM! sampai aku x lena tdor duk memikirkan bnda ni. Tapi yang si Ida & TAnia ni pun nampak mcm dah hilng focus dek kerana terlalu excited dapat berada dlm 3 team terakhir. Nway, CONGRATS to Hong Kong!
x lama lagi, ME and partner lak akan join TARA. tunggu kemunculan us okie..

Tuesday, November 18, 2008

Liverpool~

ookie.. I decided to be a die hard fan of Liverpool from today onwards. GO GO LIVERPOOL!! hehee.. why out of sudden?? B'coz, en.khairul anwar yang suruh. ngehee.. By the way, I've been to Liverpool once tp lagi lama stay at Manchester. nanti bebile free, I'll upload the photos. daa..

Desperate..

Hye.. currently, me in Ipoh. Doing nothing. nothing. nothing.. Cooking for dinner and lunch, doing laundry. a pathetic housewife. Currently, me DESPERATELY need work and money. Tolong la KPM antar posting cepat2 sket. x sanggup lagi menjadi penganggur. I think, I need to print advertisement..

NEED A TUTOR FOR MATHEMATICS? WANT TO GET A's IN UPSR and PMR FOR MATHEMATICS SUBJECT? FEEL FREE TO CONTACT ME:

so cmne, okie ke iklan cmtu..? kalau korang ada keje kosong tolong la promote k? please.. please.. please.. jadi pembantu peribadi pun xpe or pembantu rumah..??

Wednesday, November 12, 2008

Thought..

Dah abes satu bab dalam hidup aku.. I should plan my life. Sewing is good.. Vacation sound perfect! money?? yeah, I need money to survive. What should I do to gain money? Options that i have:

  • Be a tuition teacher
  • Learn sewing
  • Bussines ( but what bussiness??)
  • Sales girl at Bata reatil outlet

Hmm..Give me idea guys.. So what if I LOVE pink!!

Monday, November 10, 2008

mencelah BEDAH..

Korang pernah dengar or baca x term MENCELAH BEDAH ni? memula saya dengar adalah bile puan Siti Armiza sebut tp ingatkan dia sesaje je sedapkan ayat tapi rupa2 nya hari ni baru la I find out itu adalah term utk maksud potong jalan atau menyelit. Tapi bukan potong jalan or menyelit kat jalan raya tu taw.ish..ish.. dah macam-macam term ada ek.. yang saya taw, bedah tu gelaran utk my BFF. hehee..

Asam Pedas untuk keluarga..

Semalam (Sunday) he came to setiawangsa to return my kancil. i asked him to come for luch at my sis house and i promise him to cook his feveret dish which is asam pedas. Sebenarnya, I only cook bile ada mood dan x semua benda I can cook or pernah try memasak. Asam pedas adalah antara dish yang saya x pernah cuba masak. Tapi disebabkan him sgt suka asam pedas, so aritu time tgk tv adalah pulak rancangan memasak yg tunjuk cara masak asam pedas and I simply copy the recipe to my handset. hehee.. Dan pertama kali nya dgn jaya nya (jaya kah?) I cuba masak asam pedas utk him and my sis.. At first, rasa asam pedas tu macam terpahit. Punya lah nervous time tu so I simply campurkan lagi air. Pastu letak gula sikit. I letak gula sbb teringat kopi yang pahit kena letak gula so why not asam pedas terpahit kite letak gula jugak.hehee.. Bile i tanya my sis, dgn selamber dia bleh jwb "hai.. pandai-pantai lah alter kan.." cis! pastu I ask him utk rasa. Dia cakap, "ookie, tapi kurang masin la awak.." hmm.. Rasa kurang yakin dgn jwpn dia so saya nekad tambahkan gula lg sket dan tambah air asam jawa. Hasilnya.. teng.teng.teng. Thumbs up oleh him dan kakak. YEAY!! so kira boleh pakai jugak lah recipe kat tv tu kan? TENKIU chef! =) I'll give you all the recipe, incase you want to try..

ASAM PEDAS IKAN SEMILANG
Bahan-bahan:
(a) Dikisar bersama:
  • bawang merah 4 ulas
  • bawang putih 3 ulas
  • halia 4 hiris
  • sebatang serai
  • sehelai daun limau purut
  • sesudu lada hitam
  • sedikit belacan

(b) Dikisar bersama:

  • 15-20 tangkal cili kering

(c) Bahan-bahan mentah:

  • seekor ikan semilang yang dipotong-potong
  • sebatang serai
  • bunga kantan
  • daun kesum
  • bendi
  • air asam jawa

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak di dalam periuk. Setelah minyak betul2 panas, masuk kan bahan-bahan kisar (a). Tumis hingga naik bau. Masuk kan serai yang dititik dan bunga kantan.
  2. Selepas itu, masuk kan bahan kisar (b) dan tumiskan hingga pecah minyak. Selepas itu, boleh masuk kan air asam jawa dan tambahkan dua cawan air.
  3. Setelah mendidih, masuk kan ikan dan garam, gula secukup rasa.
  4. Masuk kan dau limau purut dan daun kesum. Biarkan mereneh selama 15-20 minit.

Selamat mencuba!! =) oops! tapi kan, dia comment yang asam pedas kite kurang pedas. haish.. first time buat la katakan..

Saturday, November 8, 2008

It's a MAD, MAD, MAD Madagascar!!

Hahaha.. still remember Alex the lion, Marty the zebra, Melman the giraffe and Gloria the hippo?? They hits again!! =)
Last nite, after having dinner ( dia cakap nak mkn ikan besar) with him, we decided to go to watch movie. So we went to KLCC. Dalam 5 pilihan citer kt skrin tu, we choose Madagascar 2.
Since my dear little niece is so addicted to Madagascar, it's almost every day she will repeated watching the dvd so I have no problem to recall the story. Dan bile dpt the midnight ticket, I was like.. "YEAY!!"
As expected, it's a mad, mad, mad madagascar but this time they are not in Madagascar anymore. They were really in the WILD at Africa, where they meet their species. The best part, of course time flight tu jatuh menjunam disbbkan kehabisan fuel. And not to forgotten, the Skippers (penguin) who navigate the plane.
Congaratulation to Pixar and Dreamworks.. bile la agaknya Malaysia nak uat citer animasi yang sehebat Madagascar ni yek??

Monday, November 3, 2008

kepala ku yang berserabut~

ookie.. i know and realize that this is the 3rd entry of the day. maybe this one is more sincere than those two previous one. Saya btul2 tgh serabut. Sangat serabut just like my physical now yang sgt berserabut. dgn muka x siap, rambut yang agak kusut masai. Otak i pun dah x berapa dapat nak focus and fikir dgn baik..
ada banyak bnda yang perlu saya fikir kan dan pertimbangkan baik2.. esok, kena balik ipoh. pagi2 hari lagi dah kena blk ipoh coz from ipoh, need to go to kedah. KEDAH?? yes, Kedah. I need to attend KPM interview for the second time. Dah la jauh nak mampus. Pesal x suruh interview kat sabah je. geram btul! well, i'm not prepare yet for the interview. Bile nak buka buku jer, ada bnyk la perkara2 lain yang berbangkit dan juga komitmen2 lain. aii.. hidup ku..
nak g interview ni, cik siti amelia sila lah jgn lupe bawa dokumen2 penting yer seperti sijil2, sumer nya mesti dah siap difotostat dan disah kan yer.. Pastu sila lah pakai pakaian yang kemas dan kasut bertutup. oo.. nak kena sah kan la.. so kena la fotostat siap2 kt kl arini supaya puan siti armiza dpt sah kan. kan?? so lpas ni kena call mama utk tanya ttg sijil2 yang nak kena fotostat. tapi kalau nak tepon mama skrang, mama x blk skolah lg la. nnt terpaksa cakap dgn tuan hj aris pulak. xpelah, tggu mama blk umah dulu la..
emm.. my enset lak kaputt. ntah la kenapa, di saat2 genting ni bnyk btul la dugaan nya. xleh nak antar msg and xleh nak call out tp line ada. pastu kalau msk kan simkad kt enset puan siti armiza, bleh lak antar msg ngn call out. so salah enset ke simkad? xkn nk kena beli enset baru pula. huwaa!! saya mana la ada duit.. macam diserang virus je enset tu. SERABUT nya!!
ookie, esok blk ipoh.. babai kl..

Cuti Hujung Minggu~Sunday

On Sunday lak, en.Khairul Anwar @ Uncle Eyoi, emm.. my niece damia, yang pggl Uncle Eyoi. haish.. jeles pulak dgn Damia, bile jmpe en.Khairul Anwar, dia la yang plg manja lebey. Siap nak kiss la, nak dukung la..

oopS!! terlari dari topic pulak. en.Khairul Anwar smpi from ipoh at about 4p.m. Dia ajak g gunting rambut so kami berdua pun ke saloon. hasilnya ialah seperti di atas. Sebelum ni my hair sgt la panjang smpi ke pinggang and skrang dah x berapa panjang =) suka suka..rambut baru tu. hee..
so till here..papai..

Cuti Hujung Minggu~Saturday

On last weken, saturday and Sunday, i've planned to stay at home to do some revision. Miss Hardini dah suruh free kan that Saturday utk spend with en.Ayap dan En.hasmiron but when Saturday come, I purposely cancel kan that plan. Tp hasil nya x berjaya nak larikan diri dari mereka setelah en.Ayap berjaya bwat ayat2 sedey yang saya dah xdpt lari drpd berkata, "ookie, i join.." haish.. so, inilah hasil nya..


We went to En.Hasmiron's house at Pandan Indah. Makan2, pastu tgk TV, tgk lak DVD, pastu tgk gambar2.. Sembang2 dan makan lagi.. mana la aku x gemuk, asyik la dijamu mkn. hehehee.. salahkan org pulak.. Rumah en.Hasmiron sgt la best sbb ada swimming pool tp disebabkan kami x bawa baju salin so xdpt la swimming. reti swimming ke pun? ngehehhee.. yang penting, I dah reti apungkan badan. yeay!!
Setelah beberapa kali didesak, akhirnya barulah miss hardini nak blk umah. itu pun setelah lebey 5 jam kami melepak di rumah en.hasmiron. To en.Hasmiron, mekaceh yer atas layanan dan makanan =) lain kali kitaorg nak dtg swimming lak kt umah you.hee..
Yang kelakar nyer, time kitaorg sembang, en.ayap pun join sembang tp bile tanya apa dah jd kat citer Hindustan dlm tv tu pun dia dpt jwb. boleh x? mmg 2 in 1 la en.ayap ni. hebat btul!hehhehee..
Owh! kitaorg siap sempat g shopping barang2 utk rumah baru miss Hardini kat carrefour. Dapat la jugak me and en.ayap tgk rumah baru miss hardini. Paling best kt rumah miss hardini ada katil and tilam baru from IKEA. I mmg mengidam lama dah tilam sultan tu. jeles btul! mmg sgt empuk la.. x sabar nak tdor umah miss hardini tp maybe next time kot sbb i kena blk umah jugak mlm tu utk continue revision yang terbengkalai. hee..
the next day.. nak taw apa jd next day?? to be continue.. daa..

Friday, October 31, 2008

x tentu arah~

Sedey nya.. ptg ni dia nak blk ipoh after working. nak itot!! Dia sengaja nak tggl kite sesorg kt sini. wawawa..!!
Kite dah 3-4 kali buka buku tp still x start baca lg. Kejap2 check kena baca lg baper chapter, kejap2 buka blog, pastu g bilik en.seman cari gado. Memang kite dah xde keje, pastu jd x tentu arah. Kakak kite pun dah bising x tlg dia kira kan markah test student dia. Kakak cakap kite kasi janji manis je. huhuhuu..
Oh! Skrang ni musim kwn2 kite kawin ngn bertunang kot.. so TAHNIAH kpd miss shiha yang akan bertunang pada 27/disember. She already ask me to tempah baju and masa engagement day dia nnt i have to jaga her looks and appearance. She'll get marry on March tp masih blum ditetapkan tarikh. But of course x akan clash dgn tarikh our friend which is Miss Marshitah yang akan menamatkan zaman bujang nya pada 13/March. So baper bnyk baju nak kena tempah ni? Pastu apa tema kaler kenduri korang yek?
Kepada en.khairul anwar, tlg sediakan buget utk baju2 kite yek? kekekeke.. emm.. tu baru dua kenduri, umai nye kenduri xtaw lg bile. My abang and najhan punye kenduri will be on end of january and early of February. Sis ena punye kenduri pun on March. BANYAK nye kenduri!! nak kena cari prezen lagi..I x keje lagi la u all..!
Kepada bakal2 pengantin, CONGRATULATIONS!! di saat anda mengendong anak nnt, saya masih bebas bergaya.ngehehee. kidding! jgn lupe pegi kursus kawen yer..
OopS!! saya patut nya baca buku la..haish..

Thursday, October 30, 2008

Sama tp tidak serupa..

Amy Mastura and Coco Lee

Chaka Khan and Sharifah Aini

Siti Nurhaliza and Katie Holmes

Dayang Nurfaizah and Beyonce

Era Fazira and Jeniffer Lopez

Farah Wahida and Kajol

Jacklyn Victor and Janet Jackson
Faizal Tahir and Tom Welling
Do you think they look the same?? hehehee..

OK ker..??

emm.. atas kritikan ramai org, maka aku pun menukar kaler background blog ni. so ookie ke kaler pink muda tu? sbb sebenarnya, my taste of colour is more to pastel colour. i don't like bright colour.. okie x ni??
so..got to go, nak menumpukan sepenuh perhatian ni =)

Wednesday, October 29, 2008

mencintaimu..


Cinta..? seringkali kita berbicara tentang cinta. Apakah yang ada pada cinta? and what is LOVE actually..? Ada yang kata cinta itu suatu perasan yang suci, mahal dan telus. Sejauh manakah suci, mahal dan telus nya cinta itu? And for me, definition cinta tu terlampau luas. Cinta adalah suatu perasaan halus yang wujud dalam diri dan menunggu masa untuk diletuskan. Of course, cinta abadi hanya untuk yang maha Pencipta.

Saya ingin meluahkan rasa cinta saya pada dia. Saya cintakan dia. Cinta, kasih dan sayang saya hanya untuk dia seorang. Dia bukan sekadar teman istimewa, malahan dia lah sahabat, rakan karib, pendengar setia dan juga penasihat peribadi saya. Saya berani kata bahawa dia lah punca kekuatan saya. Di saat saya keseorangan dan perlukan seseorang, dialah peneman saya. Apabila saya menangis, dia pinjamkan bahu nya dan mententeramkan saya. Ada kalanya apabila saya rasa ingin lari dari semua org di keliling saya, trus saya fikirkan dia dan batal kan niat utk lari jauh..jauh dari semua..

Pernah x kita terfikir bahawa, cinta x semesti nya memiliki? Saya cintakan dia tapi andai ditakdirkan dia bukan utk saya dan ada seseorang yang lebih baik dari saya mengambil alih tempat saya untuk dia, semestinya saya akan rasa sakit.. sakit seperti runtuhnya langit di atas kepala tp.. saya perlu bersedia kerana kemungkinan nya ada. cinta x semestinya memiliki..

Saya cintakan dia atas segala kekurangan dan kelebihan yang dia miliki. Saya ingin mencintai dia di saat susah dan senang. Saya berdoa semoga saya lah tulang rusuk kiri nya. Apa yang lebih saya harapkan, dia membalas cinta saya..

awak..I love you more than words could say..





Bukan majlis Pertunangan saya =)


Pada 26/oct yg lalu telah sempurna lah majlis pertunangan kekanda aku bersama gadis pilihan hatinya, najhan azima. Alhamdulillah.. setelah kami sekeluarga menunggu sekian lama, akhirnya abang aku bertemu jua dgn pilihan hati nya. Lama taw, umur dia dah 32 thn baru nak bertunang. Umur najhan ni pulak sebaya dgn umur aku, so patut kah aku memanggil nya KAKAK?? haish.. agak berat la jugak. dan bwat masa skrang aku blum lg practice pggl dia KAKAK..hee..
Barang hantaran dari pihak lelaki bertemakan hijau dan dari pihak najhan bertema pink kaler. so cantik x barang hantaran yang ibunda ku gubah kan tu?
emm..so, how do i feel..? frankly, i do feel hepi for my abang. Lepas ni, xde la dia nak kawal ketat lagi pergerakan adinda nya ni sbb dah ada org lain yang dia kena amik berat kan. lagi.. i do feel stress and tense jugak.. sbb at my age, najhan pun dah nak kawen but aku still not working yet, apatah lg nak kawen kan? tambah2 lah sumer geng2 rapat masa matrik dah bertunang. hmm.. tertekan lah jugak..
lastly, mekaceh pada yang sudi hadir utk memeriahkan majlis especially pada kwn2 ku yg di dlm gambar itu kerana didera mengangkat brg2 hantaran.hehee.. kami sumer masih blum bertunang yer..


Wednesday, October 22, 2008

HISTORY~yang sering kite lupakan

salam.. hari yang menggembirakan.. gembira tanpa sebab. diakui, saya mmg mempunyai masalah jiwa/emosi yang serius. kadang-kadang gembira, sedey, marah, x tentu arah dan macam2 mood lg yang variasi. sumernya x boleh dijangka kan.. mengikut perubahan angin barat daya kot. hehee..

so, arini jom kite mengenal sejarah. agak BORINGGGG..kan? tapi..ada sesuatu yang menarik ttg sejarah pertabalan sultan negeri perak yang ramai x tahu.. emm, actually saya mmg suka sejarah berbanding geography masa kt skolah dulu. tapi apa yang saya nak kongsikan ni bkn lah dari sejarah yang kite blajar kat skolah dulu tp melalui research yang dibuat oleh one of my uncle.

di negeri perak ada beberapa stage masa pertabalan sultan antaranya ialah istiadat pertabalan jin yang hanya ada di negeri perak. jika nak baca lebih lanjut, bolehlah layari http://www.geocities.com/aizaris/tabaljin2
menurut apa yg uncle saya cerita, adat pertabalan ni merujuk kpd sejarah yg berlaku di zaman dulu kala. di mana ketika melaka dijajah oleh british, raja pada masa tersebut melarikan diri ke johor dan kemudian ke indonesia. ketika di Indonesia raja tersebut memperolehi 2 org putera. salah seorang nya kembali ke tanah melayu dan secara tepat lg ke negeri perak. semasa dlm perjalanan untuk memasuki negeri perak melalui jln air, berlaku lah ribut dan kapal baginda tidak dapat meneruskan perjalanan utk memasuki negeri perak. pada masa tersebut lah wujud jin dan mengarahkan baginda menjatuhkan mahkota baginda ke dlm air lalu jin tersebut menolong baginda memasuki negeri perak. disebabkan oleh peristiwa ini lah, negeri perak tiada tengku mahkota kerana kemungkinan tengku mahkota negeri perak ialah jin tersebut.. emm.. boleh percaya ke eh?

i told one of my sister's friend about this. he is perakian. dia bleh uat lawak lak. dia cakap negeri perak xde tengku mahkota sbb orang perak sebut tengku mahkota ialah tengku mahkot* so paham2 sndri lah yer..

Monday, October 20, 2008

NERVOUS~rasa yang x menentu

elo! emm.. apa eh? macam xde apa nak citer cuma ada terasa seperti ingin mendelete kan saje blog ni. kenapa ye..? sbb saya buta IT. sbb saya rasa blog saya x best, x menarik dan membosankan. sbb rasa blog org lain lagi hebat2..
BUTA IT.. mungkin x ramai yg tahu, sbenarnya sy mula2 ditawarkan oleh UM utk pengajian teknologi maklumat. selepas matrik di penang, isi borang IPTA dan xtaulah IT tu pilihan keberapa and tetiba dapat. i'm more to medic tp disebabkan pointer yg bukan 4.0, sy x ditawarkan bidang perubatan. haish..hampanya..tp actually sy ditawarkan bidang dental di Indonesia. hasrat ke indonesia terpaksa dibatalkan atas halangan family sy..
so berbalik kepada IT..sy BUTA IT.. pengetahuan saya ttg IT sgt terbatas. sy hanya tahu few basic things and lebey daripada basic things, sy terpaksa merujuk kpd en.khairul anwar which is sometimes memalukan kerana sy kerap bertanya soalan yg bodoh2 belaka..
saya berada selama setahun di fakulti sains komputer dan teknologi maklumat sblm bertukar ke jurusan sains dan pendidikan. i wasted a year!!
so..saya rasa nervous..rasa yang x menentu.. patutkah saya mendeletekan sahaja blog yg baru msk second post ini?

Friday, October 17, 2008

EXCITED!!

emmm..
diz is my first trial of writing blog after a long time ago..
i can't help of being excited. YEAY!! hehee..
at least, i have something to do in my free time..
so, welcome to all of you and welcome to my WORLD..
ookie, jom try post! =)