Monday, November 10, 2008

Asam Pedas untuk keluarga..

Semalam (Sunday) he came to setiawangsa to return my kancil. i asked him to come for luch at my sis house and i promise him to cook his feveret dish which is asam pedas. Sebenarnya, I only cook bile ada mood dan x semua benda I can cook or pernah try memasak. Asam pedas adalah antara dish yang saya x pernah cuba masak. Tapi disebabkan him sgt suka asam pedas, so aritu time tgk tv adalah pulak rancangan memasak yg tunjuk cara masak asam pedas and I simply copy the recipe to my handset. hehee.. Dan pertama kali nya dgn jaya nya (jaya kah?) I cuba masak asam pedas utk him and my sis.. At first, rasa asam pedas tu macam terpahit. Punya lah nervous time tu so I simply campurkan lagi air. Pastu letak gula sikit. I letak gula sbb teringat kopi yang pahit kena letak gula so why not asam pedas terpahit kite letak gula jugak.hehee.. Bile i tanya my sis, dgn selamber dia bleh jwb "hai.. pandai-pantai lah alter kan.." cis! pastu I ask him utk rasa. Dia cakap, "ookie, tapi kurang masin la awak.." hmm.. Rasa kurang yakin dgn jwpn dia so saya nekad tambahkan gula lg sket dan tambah air asam jawa. Hasilnya.. teng.teng.teng. Thumbs up oleh him dan kakak. YEAY!! so kira boleh pakai jugak lah recipe kat tv tu kan? TENKIU chef! =) I'll give you all the recipe, incase you want to try..

ASAM PEDAS IKAN SEMILANG
Bahan-bahan:
(a) Dikisar bersama:
  • bawang merah 4 ulas
  • bawang putih 3 ulas
  • halia 4 hiris
  • sebatang serai
  • sehelai daun limau purut
  • sesudu lada hitam
  • sedikit belacan

(b) Dikisar bersama:

  • 15-20 tangkal cili kering

(c) Bahan-bahan mentah:

  • seekor ikan semilang yang dipotong-potong
  • sebatang serai
  • bunga kantan
  • daun kesum
  • bendi
  • air asam jawa

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak di dalam periuk. Setelah minyak betul2 panas, masuk kan bahan-bahan kisar (a). Tumis hingga naik bau. Masuk kan serai yang dititik dan bunga kantan.
  2. Selepas itu, masuk kan bahan kisar (b) dan tumiskan hingga pecah minyak. Selepas itu, boleh masuk kan air asam jawa dan tambahkan dua cawan air.
  3. Setelah mendidih, masuk kan ikan dan garam, gula secukup rasa.
  4. Masuk kan dau limau purut dan daun kesum. Biarkan mereneh selama 15-20 minit.

Selamat mencuba!! =) oops! tapi kan, dia comment yang asam pedas kite kurang pedas. haish.. first time buat la katakan..

No comments: