Wednesday, August 25, 2010

Trauma.

Hari ini I mengalami perjalanan balik kerja yang agak traumatic. Rasa trauma dan menggeletar sampai sekarang.

Kisahnya bermula apabila sampai waktu pulang dari kerja tadi, to be specific tengah hari tadi. Semasa sedang memandu, as usual saya akan call mommy untuk tanyakan jika ada barang yang dia hendak pesan minta saya belikan dalam perjalanan pulang ke rumah. Ketika sedang mendial, ketika kereta berhenti di salah sebuah traffic light yang lampunya merah (sambil perati kiri kanan takut ada abg polis), one of the car di belakang saya telah membunyikan hon. Hon yang amat panjang dan kuat.

Terkejut dengan bunyi hon tersebut, saya secepat kilat memandang ke belakang kerana terfikir kemungkinan berlakunya kemalangan. Tapi apa yang saya nampak ialah seorang pemuda lelaki sedang cuba melarikan diri setelah meragut, ye MERAGUT (you all tak salah baca) dari salah sebuah kereta yang berhenti di traffic light tersebut. Kiranya, dia buka pintu belah penumpang, ambil barang dari kereta tersebut dan lari. Sambil seorang lagi pemuda sedang menunggu dengan motorsikal di tepi jalan tersebut.

Pada mulanya saya tidak faham apa yang berlaku. Kenapa ada kereta yang HON? Kenapa ada sebuah motorsikal yang menderam (ram aka pulas minyak), rupa-rupanya baru saya perasan motor yang menderam tu memberi isyarat kepada kawan nya yang meragut supaya cepat dan setelah kawan nya berjaya meragut, mereka pergi dengan motorsikal itu yang dipandu sangat laju sambil melanggar lampu isyarat yang sedang merah.



Beberapa orang pakcik yang berada di tepi jalan cuna untuk mengejar motor tersebut tetapi tidak berjaya. Dan mereka memandang pada kereta saya kerana menyangka saya lah magsa rangut tersebut. Mana lah I tak terkejut. Depan mata sendiri tu. Memang kalau ikutkan handbag I dekat tempat penumpang sebelah pemandu tapi memang dah jadi habit yang saya akan pastikan pintu kereta dikunci sebelum memulakan perjalanan.

Yang sedihnya, peragut tersebut sama bangsa dengan saya. Dan seagama dengan saya. Tidak kah mereka punyai moral untuk menghormati bulan mulia ini? Mungkin betul kata mommy, itu lah yang terjadi bila moral sudah berada di tapak kaki. Kepada awak awak semua, sila pastikan keselamatan semasa menaiki kereta. Kalau yang ada anak, tolong jangan tinggalkan anak anda sendirian di dalam kereta. Sangat BAHAYA.

Apa yang saya ralatkan, akibat terlalu terkejut saya tidak terfikir untuk mengambil nombor plet motorsikal tersebut, tidak sempat untuk rakamkan gambar sebagai bahan bukti polis.

1 comment:

Lady of Leisure said...

ya ampun i slalu kalau naik kereta handbag memang letak bawah, kalau kunci takut dipecahnya pulak kan huhu