Sunday, August 15, 2010

Rendang Udang

kenapalah gambar BLURR ni??

Untuk berbuka semalam, ini adalah salah satu menu yang saya masak kan untuk suami selain daripada bebrapa jenis lauk lagi. Gambar tu agak kabur dan nampak tidak menyelerakan kan? kan? Itu gara-gara menangkap gambar guna blackberry husband lah tu.. Tak kisah lah gambar blurr pun asalkan suami kata sedap =)

Decide untuk masak rendang udang ni setelah membelek-belek resepi di dalam buku Rasa edisi Mei 2010. Dalam Rasa, resepi ni dinamakan Udang semanis ibu. Bukan nya apa, setiap kali membeli udang mesti akan dimasak sambal atau goreng berkicap so kali ni sempena Ramadhan buat kelainan sedikit dengan memasak udang rendang.

So saya nak kongsikan resipi ni dengan awak awak semua, incase awak buntu nak memasak apa untuk berbuka nanti. Oh, saya memang suggest lah untuk mencuba resipi dari buku Rasa ni sebab dah banyak resepi yang saya cuba dan semua nya menjadi =)

Bahan A:
Udang (saya gunakan 11 ekor untuk kami berdua makan)
Pati santan (saya gunakan santan kotak 3 sudu makan)
Rempah kari ikan
Minyak masak
Garam

Bahan B:
Bawang merah-5 biji
Bwang putih- 3 biji
Halia- 3 hiris
Cili merah- 2 biji
Jintan Putih
Kerisik

Bahan C:
Bawang merah- 4 biji
Bawang putih- 2 biji
Kulit kayu manis- 1 batang
Bunga lawang- 2 kuntum
Bunga cengkih- 3 kuntuk

Cara memasak:
1. Kisarkan kesemua bahan B kecuali kerisik. Rumah saya belum ada blender jadi saya tumbuk.
2. Gaulkan bahan kisar, kerisik dan rempah kari bersama udang. Perapkan selama 10 hingga 15 minit.
3. Kemudian bawang merah dan bawang putih dalam bahan C ditumbuk halus dan ditumis bersama kesemua bahan C dengan minyak masak yang panas hingga kekuningan dan naik bau.
4. Masuk kan udang yang telah diperap tadi dan kacau selama 5 minit.
5. Masuk kan pati santan dan kacau sehingga pekat.
6. Akhir sekali, perasakan dengan garam secukup rasa.

Senang dan sangat simple kan? Untuk berbuka hari ini, saya masih belum fikirkan menu. Suami ajak berbuka di luar sebab malam ni saya perlu pulang semula ke Ipoh. Di mana yer yang sedap untuk Iftar area KL?

Ok, till here. Saya nak perapkan ayam berempah untuk suami bersahur semasa ketiadaan saya nanti. Nak resipi ke? ;p

4 comments:

zarin said...

hah! ada resepi...buleh k ina cuba kihkih betul tu miya, kalau udang je mesti sambal, masak kicap je yg slalu di buat kan!

mia said...

@k.ina: saya budak baru belajar.. hehee..

Lady of Leisure said...

sedap nampak and lain dari yang lain..
:)

mia said...

@lady: you masak lagi lah nampak sangat menarik =)