1 Ramadhan tu kan semalam. Maka nya semalam adalah hari pertama berpuasa pada Ramadhan tahun ini. Semalam, bila buka surat khabar je mesti nampak iklan mcD lah, KFC lah, buffet ramadhan lah, semua nya nampak sedap dan menyelerakan. Belum kira keteringinan yang macam-macam untuk berbuka tu. hehee..
Seperti Ramadhan tahun-tahun sudah, keluarga saya agak jarang ke bazar Ramadhan. My mommy prefer untuk masak kan sendiri, lagi sedap kata nya. So semalam pun sama seperti Ramadhan yang lalu, mommy masak untuk keluarga.
Antara yang mommy masak ialah kerang masak lemak, asam pedas ikan pari, ikan temenung bakar cicah budu dan gulai lemak bayam bersama petai. Waktu berbuka tu, saya tidak lah haus sangat tapi memang membara untuk menjamah masakan mommy. Jadi bila azan berkumandang, kami sekeluarga menjamah kurma dan minum air terlebih dahulu.
Saya orang pertama buka periuk nasi untuk mencedok nasi dan alangkah hampa nya kerana periuk nasi itu KOSONG. Kami terlupa untuk tanak nasi lah. kuang. kuang. kuang. Sadis betul.
Maka nya makan nasi hanya selepas solat maghrib. hee.. To all of u, jangan lupa masak nasi okie. Untuk sahur dan untuk berbuka juga. Selamat berpuasa! =)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment