Semalam petang, rumah kami didatangi oleh seorang tetamu.. Seorang tetamu kecik =)
Tetamu kecik ni ditinggalkan oleh umi nya yang perlu attend majlis berbuka. Tengoklah tu, betapa kusyuknya dia search games from google. En.suami berasa impress melihat budak kecik umur 5 tahun ini pandai menggunakan google. Zaman kami dulu, ketika berumur 5 tahun hanya tahu main aci kejar dengan rakan sebaya je =)
Sambil budak kecik itu bermain games, maksu nya sedang sibuk berkelentung kelentang di dapur untuk menyiapkan menu berbuka. Sesekali terdengar budak kecik tu merengek tak reti nak main games, so paksu lah yang tolong mainkan pulak. huh.
Sejam berada di dapur, saya dapat siapkan ini..
Udang lagi.. Kali ni dibuat masak sambal pedas. Sebenarnya agak terhangit sket sambal nya sebab saya terpasang api kuat. hehehee.. dan saya juga ada membuat ini..
Cili kicap itu untuk dimakan bersama-sama dengan ikan kembung bakar yang tiada di dalam gambar kerana tidak sempat nak snap picture dah kena marah dengan en.suami sebab tak sediakan nasi sedangkan waktu untuk berbuka dah sangat hampir tapi sibuk nak ambil pic makanan. muahahaha.. padan muka ku. Untuk sayur, saya goreng bendi jer.
Dan alhamdulillah, en.suami dan tetamu kecik tu makan macam berlawan-lawan. Habis lah nasi seperiuk yang saya masak untuk berbuka semalam. Walaupun tetamu itu tidak berpuasa pun. hehee..
Sebab nasi dah habis makan ketika berbuka, maka sahur hari ni ala Inggeris la konon.. Roti bakar with egg and cheese je. Sebenarnya saya plan nak masak mi goreng, tapi terbangun lambat. haish..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
ingatkan miya berbuka kat rumah kakak semalam :)
pandai damia makan itu semua ye!
kalau hasya sure nak makan nasi ngan sup je
Post a Comment