Thursday, November 11, 2010

Dari Johor ke Kuala Nerang, Kedah.

WOOAAH!! Follower saya dah mencecah 11 orang la. hik hik hik *gelak gedik. Kecoh bagaikan dah ada 11 000 follower. ngehehee.. Trimas pada anda-anda yang sudi follow blow ini yer. Ni yang membuatkan saya makin bersemangat untuk update ni ;p

Hari ni saya baru nak update tentang Cuti Deepavali. Cuti Deepavali hari tu, kami telah ke utara. Walau pun pada awal nyer agak kurang yakin memandangkan 80% kawasan di utara dilanda banjir. Setelah diyakinkan berkali-kali oleh parent-in-law bahawa kawasan yang ingin kami pergi itu tidak banjir, maka sampai juga kami ke KEDAH. Kami pergi untuk...

menyelamatkan BUDAK ini..





Lihat tu.. Setelah beberapa hari menjadi mangsa banjir, bila dijamu makanan, langsung terlupa toleh kanan kiri dan tanpa membasuh tangan terus je BUDAK itu makan. Mak mertua lalu pun mungkin tak sedar. Baju yang dipakai itu sudah 3 hari tidak dibasuh yer dengan alasan tiada air disebabkan banjir. eeuuww! ;p

On serious part, bukan lah nak pergi menyelamatkan my adik tu (walaupun memang betul my adik salah seorang mangsa banjir) tapi pergi memenuhi hajat seseorang yang sudah tidak sabar untuk bertunang. Betul-betul cintan mamat ni, "air bah sanggup keharungi".. kekeke.



Groom's (from JB) and Bride's (from Kuala Nerang)

Siapa mereka? Groom tu is actually my husband's cousin yer.

Apa yang saya suka tentang majlis pertunangan di Kuala Nerang, Kedah ini ialah setelah selesai upacara peminangan, diadakan pula bacaan surah Yasin bagi mendapatkan keberkatan. Lain daripada yang lain dan belum pernah saya experience lagi.

Part cuaca pula, sepanjang perjalanan ke Utara, tidak lah hujan sepanjang masa. Hujan renyai-renyai sahaja tetapi pancaran matahari memang langsung tidak terik. Tidak lah berpeluh-peluh dan hangit. Dan yang paling saya suka apabila ke utara ialah kerana dapat menikmati pemandangan hijau sebegini =)





Tenang rasa jiwa dan raga kan? =)

Mana saya? Mana saya??






Tetap nak interframe taw =)
p/s: itu je pic saya yang saya rasa agak chomel di situ (itu pun sebab bersebelahan dengan kanak-kanak itu, ayra). Yang lain semuanya..... nampak.... DEMOK. huh.

3 comments:

zarin said...

siapa "adik" miya tu?
tk teruk sgt eh banjir? adik kak ina kat hospital alor star, dia kata masa tu hospital pun dah naik air dah

mia said...

@k.ina: itu adik erul yang bongsu, study kt KPTM, Mergong (Alor Star). kitaog kluar tol Pendang then trus ke Kuala Nerang (x ikut Alor Star). Sangat hulu okie, dah sempadan thailand dah. Dan tak banjir. Alor Star memang banjir.

OmbakBaik said...

DEMOK...debab+gemok ker??chumilss je cmtu :D