Monday, November 22, 2010

aduhai PTPTN..

Saya berhutang PTPTN sebab time belajar bayar yuran guna duit pinjaman itu. Tapi duit belanja makan dan minum zaman belajar my daddy yang support taw. Pinjam PTPTN pun setengah dari kawan-kawan lain, memang cukup-cukup bayar yuran je. Dah la yuran asrama Kolej Kediaman ke-12 um sangat lah mahal kan.

Boleh dikatakan every month, dapat je gaji terus ke website www.cimbclicks.com.my untuk bank in kan bayaran semula pinjaman tersebut. Hari ni pun buat perkara yang sama. Tapi selalu nya lepas bayar pinjaman dan beberapa bil lain terus je buka fb kan, arini sebab dah tak tahu nak buat apa kerana terlalu lapang, maka saya telah tergerak hati untuk melihat baki pinjaman saya tu.

Kira dah hampir 1.5 tahun membayar semula pinjaman PTPTN ni baru tergerak hati nak check balance. Teruk betul. Baru la tahu bahawa hampir rm45 setiap bulan daripada duit bayaran semula tu digunakan sebagai duit bayaran pentadbiran PTPTN. Memang sangat sh*t. Apakah mahal sangat ni? Let me do the calculation for you yer..

Katakan anda bayar rm50 setiap bulan. Setelah ditolak dengan duit bayaran pentadbiran, jumlah sebenar yang anda bayar setiap bulan hanyalah rm5!! RM5!! Kalau anda hutang rm18000 dan bayar rm50 je sebulan, hutang anda akan menjadi rm17995 dan katalah anda terlupa bayar satu bulan, maka hutang anda akan bertambah lagi rm45 di bulan yang anda lupa tu. Agak-agak nyer, bila la hutang tu nak habiskan.

satu soalan saya nak tanya, ni PTPTN atau Along?? huh. Tapi saya malas nak risau sebab kalau tak sempat habis bayar dan peminjam meninggal dunia, hutang tu diHALALkan. SO, dah terjawab mengapa orang sekrang tak suka membayar PTPTN?

1 comment:

OmbakBaik said...

emi nampak nye kita buat mende yg same time cuti ni..ilya pinjam penuh 28000 ...setiap bulan bya tak miss ..pentadbiran je 6o ringgit..da dekat nak 3 tahun..tak berubah sgt pon bayaran..masih byk jugak perlu dibayar