Tuesday, November 23, 2010

Kuewtiow Kerang for dinner



That is our dinner for tonight. Walau pun perut masih sakit, ku gagahi jua untuk memasak. Seronok tengok husband makan bertambah-tambah, dengan berpeluh-peluh kepedasan =)

Ni memang kuewtiow kerang, tapi time beli kerang tadi yang ada cuma kerang-kerang comel. Yang besar dan gemok-gemok takde. So kerang-kerang sekalian bersembunyi disebalik kuewtiow dan sayur-mayur. Hanya nampak en.udang sahaja.

Need recipe? Private message me. Ceh.

seperti ingin berlari





Saya sakit perUt. Tengok gambar atas tu makin sakit pulak rasa. huh. Kawan baik saya dah datang. Setiap kali dia datang, mesti dia tak lupa tinggalkan kesakitan pada perut saYa.

Walaupun sakit, saya buat-buat lah sibuk supaya tak teringat kan sakit tu. Husband kata nak balik awal, risaukan saya katanya. Jadi disebabkan sakit, saya ingat nak masak simple je for dinner. Teringat kuewtiow basah dalam fridge, decide untuk goreng keowtiow jelah kan. Saya pun prepare lah bahan-bahan untuk masak sambil dalam kesakitan.

Saya rendam cili kering dalam air panas (untuk buat cili boh), saya bersihkan kuchai dah tauge, then saya nak basuh dan leraikan kuewtiow tu sehelai-sehelai lah. Bila saya ambil kuewtiow dari dalam fridge, kuewtiow tu dah melekat to each other. Keras pulak tu, bukan nya saya letak dalam freezer pun. Saya jadi nervous. Dengan perut sakit nyer. Dengan rasa nak term**tah nyer.

Then, saya dapat akal (ada mentol menyala atas kepala). Saya nak masuk kan kuewtiow tu dalam microwave lah, nanti mesti panas dan terlerai. Sebelum sempat saya masuk kan kuewtiow tu dalam microwave, saya dapat akal lain pula (mentol menyala dengan lebih cerah di atas kepala). Saya nak rendam kuewtiow tu dengan air panas lah.

Lepas dah rendam, kuewtiow tu ada yang terlerai tapi pecah-pecah dan pendek-pendek. Ada ke orang makan kuewtiow pendek ha? Pastu sakit perut lagi. Pastu dah tak dapat nak fikir (mentol atas kepala dah terpadam). Saya ambil kuewtiow tu dan letak dalam plastik sampah. Pastu pegi m**tah kat bilik air. Pastu rasa menyesal pegi buang sepeket kuewtiow.

Okie lah. Nak pergi kedai beli sepeket kuewtiow yang lain.
mode: sakit pewUt. shuuh.. GO AWAY, please!

Dinner dan Breakfast

My husband telah keluar bekerja, maka tinggal lah saya seorang diri di rumah. Selalunya selepas hantar husband ke stesen komuter, saya mesti akan singgah membeli sarapan di gerai berhampiran rumah but somehow hari ni, kedua-dua gerai yang menjual sarapan tutup. Maka mahu sarapan apa yer..?

Mula nya terfikir untuk menggoreng kuewtiow kerang, tapi bila fikirkan yang saya baru sembuh dari diserang GOUT terus cancel. Pesakit GOUT perlu kurangkan penggambilan uric acid yer adik-adik. Uric acid ni pulak banyak terdapat dalam makanan laut dan daging merah taw. Nanti later-later saya cerita tentang pengalaman diserang GOUT ini yer.

Jadi nya, mahu sarapan apa ni..? Perut pula sudah semakin lapar minta diisi. Masa kerobek-kerobek dapur, TING!! terjumpa leftover malam semalam. Terus dipanaskan dalam microwave dan tak sampai 3 minit dinner cum breakfast saya telah siap =)




Jemput makan semua. ngehee..

Monday, November 22, 2010

aduhai PTPTN..

Saya berhutang PTPTN sebab time belajar bayar yuran guna duit pinjaman itu. Tapi duit belanja makan dan minum zaman belajar my daddy yang support taw. Pinjam PTPTN pun setengah dari kawan-kawan lain, memang cukup-cukup bayar yuran je. Dah la yuran asrama Kolej Kediaman ke-12 um sangat lah mahal kan.

Boleh dikatakan every month, dapat je gaji terus ke website www.cimbclicks.com.my untuk bank in kan bayaran semula pinjaman tersebut. Hari ni pun buat perkara yang sama. Tapi selalu nya lepas bayar pinjaman dan beberapa bil lain terus je buka fb kan, arini sebab dah tak tahu nak buat apa kerana terlalu lapang, maka saya telah tergerak hati untuk melihat baki pinjaman saya tu.

Kira dah hampir 1.5 tahun membayar semula pinjaman PTPTN ni baru tergerak hati nak check balance. Teruk betul. Baru la tahu bahawa hampir rm45 setiap bulan daripada duit bayaran semula tu digunakan sebagai duit bayaran pentadbiran PTPTN. Memang sangat sh*t. Apakah mahal sangat ni? Let me do the calculation for you yer..

Katakan anda bayar rm50 setiap bulan. Setelah ditolak dengan duit bayaran pentadbiran, jumlah sebenar yang anda bayar setiap bulan hanyalah rm5!! RM5!! Kalau anda hutang rm18000 dan bayar rm50 je sebulan, hutang anda akan menjadi rm17995 dan katalah anda terlupa bayar satu bulan, maka hutang anda akan bertambah lagi rm45 di bulan yang anda lupa tu. Agak-agak nyer, bila la hutang tu nak habiskan.

satu soalan saya nak tanya, ni PTPTN atau Along?? huh. Tapi saya malas nak risau sebab kalau tak sempat habis bayar dan peminjam meninggal dunia, hutang tu diHALALkan. SO, dah terjawab mengapa orang sekrang tak suka membayar PTPTN?

Saturday, November 13, 2010

e-tukar

Nak tahu apa berita yang saya dapat bila melayari website e-tukar pagi ini?

Permohonan pertukaran ke W. Persekutuan Putrajaya tidak diluluskan.
Surat kelulusan rasmi akan dihantar melalui Jabatan Pelajaran Negeri.


Nasib baik lah saya mengambil tindakan bijak dengan makan sarapan terlebih dahulu sebelum melayari laman tersebut, kalau tidak sudah tentu hilang selera makan, kan?

Sekarang ni tak guna pun untuk menyanyi lagu-lagu sedih seperti HURT by Cristina Aguilera ke, terjun bangunan ke, mogok lapar ke.. Better saya pegi shopping or tengok movie kan.

Dunia belum berakhir (okie itu juga tajuk lagu). Masih ada peluang untuk buat rayuan dan yang paling penting hari bekerja saya tinggal kurang dari 5 hari and it is a blesS!! (ayat-ayat untuk sedapkan hati.huh.)

Thursday, November 11, 2010

Dari Johor ke Kuala Nerang, Kedah.

WOOAAH!! Follower saya dah mencecah 11 orang la. hik hik hik *gelak gedik. Kecoh bagaikan dah ada 11 000 follower. ngehehee.. Trimas pada anda-anda yang sudi follow blow ini yer. Ni yang membuatkan saya makin bersemangat untuk update ni ;p

Hari ni saya baru nak update tentang Cuti Deepavali. Cuti Deepavali hari tu, kami telah ke utara. Walau pun pada awal nyer agak kurang yakin memandangkan 80% kawasan di utara dilanda banjir. Setelah diyakinkan berkali-kali oleh parent-in-law bahawa kawasan yang ingin kami pergi itu tidak banjir, maka sampai juga kami ke KEDAH. Kami pergi untuk...

menyelamatkan BUDAK ini..





Lihat tu.. Setelah beberapa hari menjadi mangsa banjir, bila dijamu makanan, langsung terlupa toleh kanan kiri dan tanpa membasuh tangan terus je BUDAK itu makan. Mak mertua lalu pun mungkin tak sedar. Baju yang dipakai itu sudah 3 hari tidak dibasuh yer dengan alasan tiada air disebabkan banjir. eeuuww! ;p

On serious part, bukan lah nak pergi menyelamatkan my adik tu (walaupun memang betul my adik salah seorang mangsa banjir) tapi pergi memenuhi hajat seseorang yang sudah tidak sabar untuk bertunang. Betul-betul cintan mamat ni, "air bah sanggup keharungi".. kekeke.



Groom's (from JB) and Bride's (from Kuala Nerang)

Siapa mereka? Groom tu is actually my husband's cousin yer.

Apa yang saya suka tentang majlis pertunangan di Kuala Nerang, Kedah ini ialah setelah selesai upacara peminangan, diadakan pula bacaan surah Yasin bagi mendapatkan keberkatan. Lain daripada yang lain dan belum pernah saya experience lagi.

Part cuaca pula, sepanjang perjalanan ke Utara, tidak lah hujan sepanjang masa. Hujan renyai-renyai sahaja tetapi pancaran matahari memang langsung tidak terik. Tidak lah berpeluh-peluh dan hangit. Dan yang paling saya suka apabila ke utara ialah kerana dapat menikmati pemandangan hijau sebegini =)





Tenang rasa jiwa dan raga kan? =)

Mana saya? Mana saya??






Tetap nak interframe taw =)
p/s: itu je pic saya yang saya rasa agak chomel di situ (itu pun sebab bersebelahan dengan kanak-kanak itu, ayra). Yang lain semuanya..... nampak.... DEMOK. huh.

Tuesday, November 9, 2010

Megi Goreng

My momma tiada.. ke rumah my brother to look after Alya, my niece. Kat rumah ni tinggal lah me and my daddy. Kebetulan my brother, yang ada anak bernama Alya tu pun balik dari out-staiton di Penang dan singgah dulu at my parent's home ni sebelum pulang ke kL. Jadi, cuba teka siapa kah orang-orang yang berada di my parent house sekarang?

PANDAI!! ngehehehee..

Apa kaitan dengan Megi Goreng ni? Konpius ai..

Bila my momma tiada, automatically ai lah yang kena uruskan bab makan minum my daddy kan sebab ai perempuan. Menguruskan in the sense of my daddy beli lauk pauk tgh hari, ai cuma perlu masak nasi dan hidangkan lauk pauk. Then, malam pulak my daddy tanya nak makan di mana dan ai hanya perlu tolong suggest kan tempat best untuk dimakan. That easy. Tak masak pun sebab **L** sila isi sendiri tempat kosong tersebut yer. Dan one of the reason ai tak masak ialah, my dad hanya berselera makan if my momma yang masak. Wah. Alasan..

So, tonight my daddy ask me again, "Mahu makan apa?" Then, I said to him yang I tidak rasa mahu keluar so why not daddy and abang go ahead. Daddy said they wanna eat rice with siakap steam and ask me if I would like to have anything.

ME: err.. nak pesan.. nak pesan.. apa eh? haa! nak MEGI GORENG!
DADDY: nak MEGI GORENG? Lebih baik pegi dapur dan goreng megi sendiri..
ME: huwaa!!



Ai suka megi goreng yang begini. Kaler kehitam-hitaman dan tidak terlalu basah atau kering. Yummylicious nyer. Yang ini bukan lah pulak yang ai baru pegi masak tadi, it's from google ;p Anda-anda suka tak megi goreng? or pantang (diharamkan) makan megi di rumah?

Friday, November 5, 2010

away

Away for a while.. Mahu meredah air bah di utara..

Will be back soon with the updates, okie..



By the way, Hepi Deepavali to the Hindu's. So grateful to be Malaysian, Deepavali pun I cuti sampai tiga hari. wOOt. wOOt =)