Sunday, May 2, 2010

Tiring WEEKEND

Post ini akan ditulis di dalam bahasa Malaysia keseluruhan nya =)

Cuti hujung minggu saya adalah agak memenatkan. Bermula dengan hari Sabtu, saya sekeluarga (me, mommy and daddy) telah mengikuti rombongan bertunang ke Manjung. Agak stress menaiki kereta neo abang saya kerana saya perlu duduk di bahagian belakang which is (ooPS, terguna perkataan English pula) agak memeningkan kepala kerana bahagian belakang yang sempit.

Saya telah memakan sebiji kek cawan yang comel dan telah merosak kan diet saya kerana saya sepatutnya tidak memakan karbohidrat. Anyhow (satu lagi perkataan english), saya tidak berasa menyesal kerana kek cawan itu adalah sangat sedap =)

Ahad pula, saya telah pergi berjumpa dengan bekas rakan sebilik sewaktu di uni dahulu untuk menempah tudung pernikahan. Seterusnya, kami ke butik pengantin untuk menempah pakej perkahwinan bagi kawan saya ini yang bakal berkahwin pada Oktober nanti. Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air. Disebabkan butik pengantin itu adalah butik pengantin yang sama dengan saya tempah, maka saya mengambil kesempatan untuk melihat bakal baju pengantin saya yang sepatutnya siap hari ini. Malangnya....

Baju saya itu masih belum siap sepenuhnya...

Yang bagus nya.. Saya masih berkesempatan menukar sedikit design baju tersebut =)

Okie.. Dah penat. Bila agaknya saya akan dapat merehatkan diri di spa??

No comments: