Tuesday, May 18, 2010

misi GEMOK

Hai all..

Nak cerita tentang hari ni yang GEMOK. Kenapa gemok ye..? Sebab hari ni saya makan banyak dan lebih dari biasa. Selalu nya, dekat tempat kerja, saya hanya akan turun ke kantin sekali sahaja tetapi hari ini saya telah ke kantin sampai TIGA kali. hah. Tak percaya?

Seawal pagi, saya telah ke kantin untuk sarapan. Niat di hati ingin membeli nugget tapi hari ini nugget tak de la pulak so saya pun telah membeli ini.......



NO.NO.NO. Saya tidak lah membeli sebiji berger begini, masih dalam mood berdiet. Saya berjaya memakan sekeping daging berger.. Selepas itu terus ke kelas.

Then,pada waktu student rehat, perut saya menyanyi la pulak kan.. Selalu makan sekali dh cukup, ni boleh lapar lagi. Saya turun sekali lagi ke kantin dan memakan ini pula...


Ye, saya masih berdiet karbohidrat. Jadi saya makan telur itu sahaja yer, say NO to rice. This time, kakak kantin tu sempat promote satu product jualan langsung pada saya. Tapi disebabkan kesuntuk kan masa, saya tak sempat nak dengar sampai habis penerangan kakak tu. Sory ye akak..
Waktu kedua terakhir sebelum balik, saya free.. Mulut saya tetap nak mengunyah, so saya turun buat kali ketiga nya. This time, kakak kantin tu pun dah pelik. Siap dia sound, "eh, cikgu hari ni dh 3 kali makan ni.." kikiki.. nak buat macam mana kak, perut saya menyanyi. Rasa nya dah baca bismillah.. Saya beli ini pula...

Hehehee.. saya makan 2 ketul je, xlah banyak sebegini yer =)
Saya ingatkan, balik rumah dah tak kan lunch. Sebalik nya, saya sempat makan ini pula...

Jangan tak percaya yer.. Memang banyak saya makan ini hari.. Sekarang ni pun dah mula terasa lapar semula. Ada apa yer untuk dinner? ;p
Thanx en.google for the pictures!



Sunday, May 16, 2010

Teachers' Day

Bersempena tarikh 16/May ini, saya ingin mengucapkan.........


HAPPY TEACHERS' DAY to me!!


Ini adalah kali kedua saya menyambut hari guru. Tidak seperti sambutan pada tahun lepas di mana me, fiance, my sis, dinie and shah went to watch live band at Concorde Hotel Kuala Lumpur, this year I celebrate it at home waiting for future parent in law to come tonight..hee..

Being a teacher is a GIFT, Good day gives you happiness.. Bad day gives you experience...

Tidak lupa kepada semua guru, bekas guru dan bakal guru, Selamat Menyambut Hari Guru. Today is our day so ENJOY!! =)



Tiada hadiah yang lebih bermakna selain daripada melihat anak didik berjaya dunia dan akhirat...
Tiba-tiba teringat lirik lagu allahyarham Sudirman.. 'aku bukan lah seorang perwira, gagah menghunus senjata.. tapi hati rela berjuang walau dengan cara sendiri demi cinta ini....'

Thursday, May 13, 2010

Antara white and off-white

Aduyai...

Hari ini memang sangat penat.. Selalu pergi kerja pukul 7.00am dan pukul 1.30pm dah balik rumah, tapi hari ini keluar bekerja pada 7.00am dan balik rumah pada 7.00pm. hah. Lama kan?

Actually waktu balik kerja adalah sama, tapi saya yang melencong... ke mana? JUSCO kerana hari ni ada J-card day for members =)

Memang pelik kan, shopping tengah-tengah bulan.. Tapi SALE punya pasal, buat-buat ada jelah duit. hehehee...

Dalam banyak-banyak benda yang saya beli, saya paling suka yang ini.........





Saya memang buat list sebelum bershopping dan yang ini memang termasuk dalam list. My solemnization shoes. Sangat suka design nya kerana simple but elegant, just like me. eheh. Dan warna nya juga adalah seperti yang saya mahu kan, off-white. Saya agak kurang gemar warna putih yang sangat putih. Putih yang seperti kain baju sekolah itu...

This is not from inside the JUSCO tapi dari kedai-kedai sampingan di luar JUSCO tu. Kedai-kedai luar ni pun semua buat sale jugak sempena J-card day hari ni. And for that shoes I got 20% off, kurang dari budget sebenar...

Di Chadstone ni agak banyak pilihan kasut berwarna putih dan off white begini yang susah nak jumpa di store lain (in Ipoh la). So bila dah berjumpa yang berkenan di hati, saya terus je grab kan..

Apa lagi yang saya beli? Nak tahu ke? hehee.. Yang lain-lain tu semuanya preparation untuk perkahwinan seperti night gown... ooPSsy!! ;p

Wednesday, May 12, 2010

Wishlist

Selamat hari Rabu, all.. =)

psst..psst.. you all perasan apa-apa yang baru tak kt my blog? disebabkan benda-benda yang baru tu lah graf untuk blogging ni naik sedikit dari dulu. At least, saya dah dapat tahu yang blog saya ada pengunjung. Credit to mr. Fiance yang tolong upload kan...

For today, saya nak share kan with you all... this....



taaadaaA!!


our 1st wedding gift
Diterima on Monday. Thank you to Cikgu Aziz (one of daddy's friend) yang kata nya tidak dapat menghadir kan diri on 29th/may sebab cucu nya pun kahwin pada hari yang sama.
Actually, saya tidak lah mengharapkan hadiah pada majlis resepsi saya. Yang paling bermakna adalah kehadiran rakan-rakan saya dan doa daripada semua orang demi kesejahteraan dan kebahagiaan rumah tangga yang baru dibina. Lagi pun, daddy selalu pesan, kenduri ni adalah untuk menjamu para tetamu dengan makanan yang lazat and don't expect anything in returns.
Tapi, kalau lah saya diberi peluang memilih hadiah perkahwinan, seperti dalam English custom where the bride can make a list and the friends will try to fulfill it, ala-ala macam dalam novel shopaholic tu... Saya nak.....
This is the list (wah! terlebey sudah!)
1. Stove (untuk memasak)
2. Rice cooker
3. Non-stick pan
4. Oven (boleh cuba baking macam zarin)
5. Dinner set
6. Tea set
7. Set mug
8. Set sudip and senduk
9. Set sudu
10. Coralle (I dunno the spelling, but this one I dah minta my sis)
11. bed fitted sheet
Itu jer, semua nya barang-barang memasak kan? kikiki.. Mommy pesan, kalau nak ikat suami perlu ikat perut nya dahulu =)

Sunday, May 9, 2010

Relaxing body and mind..

Seperti bakal-bakal pengantin yang lain, saya pun telah ke Jentayu spa untuk memanjakan diri disamping mengurangkan stress..

Ini adalah kunjungan pertama saya ke spa, harus lah berasa sedikit jakun kan.. Sebelum2 ni hanya buat facial sahaja. Agak susah untuk mencari proper spa di Ipoh, kerana kebanyakan spa adalah di rumah2 orang or di boutique pengantin. Jentayu spa ini baru sahaja di buka, very near to my house.

I did body massage, lulur/scrub, sauna, mandi susu, foot massage dan facial whick took about 4 hours to complete it. Part yang paling saya suka ialah lulur kerana semua bahagian yang berdaki degil akhirnya telah bersih dan kulit kelihatan gebu seperti baby =)

Part yang agak tidak suka ialah bersauna, punya lah panas kan.. berpeluh2 dan bila keluar dari sauna terasa agak pening dan dahaga. Saya hanya berjaya snap satu picture, itu pun gambar sebelum salin baju. Ingat nak ambil picture after finish everything tapi tempat2 tu pun dah agak messy since I dah guna kan nyer kan. hehehe..

Saya akan ke sini lagi, a week before my wedding =) Kali ini nak mandi bunga pula supaya masa kawin nanti kelihatan brseri2 seperti bunga. kikiki....


bilik menyalin pakaian

Tuesday, May 4, 2010

sayang, manja, darling or hubby..?

Salam all..
Sedar tak sedar, tinggal lagi 3 minggu dan 3 hari to our BIG BIG day. Which mean, less than a month! pufftt...
Semakin hampir, terasa semakin berdebar-debar.. is it a normal feeling? Atau saya yang melebih-lebih..?

Actually, apa yang berlegar-legar di kepala sekarang ialah, apa gelaran yang selayak nya untuk memanggil suami kita eh? Since skrang ni even dah bertunang pun, I still call his name jer. Cuma kadang-kadang bila mood romantic jer akan panggil sayang, beby, b, manja, darl ;p

Selepas kawen nanti kena panggil 'abang' ke? hehee.. Saya rasa sedikit ganjil sebab my mommy tidak panggil daddy begitu. Mommy panggil daddy as 'abah'.

Give me suggestion please...


my sayang

Sunday, May 2, 2010

Tiring WEEKEND

Post ini akan ditulis di dalam bahasa Malaysia keseluruhan nya =)

Cuti hujung minggu saya adalah agak memenatkan. Bermula dengan hari Sabtu, saya sekeluarga (me, mommy and daddy) telah mengikuti rombongan bertunang ke Manjung. Agak stress menaiki kereta neo abang saya kerana saya perlu duduk di bahagian belakang which is (ooPS, terguna perkataan English pula) agak memeningkan kepala kerana bahagian belakang yang sempit.

Saya telah memakan sebiji kek cawan yang comel dan telah merosak kan diet saya kerana saya sepatutnya tidak memakan karbohidrat. Anyhow (satu lagi perkataan english), saya tidak berasa menyesal kerana kek cawan itu adalah sangat sedap =)

Ahad pula, saya telah pergi berjumpa dengan bekas rakan sebilik sewaktu di uni dahulu untuk menempah tudung pernikahan. Seterusnya, kami ke butik pengantin untuk menempah pakej perkahwinan bagi kawan saya ini yang bakal berkahwin pada Oktober nanti. Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air. Disebabkan butik pengantin itu adalah butik pengantin yang sama dengan saya tempah, maka saya mengambil kesempatan untuk melihat bakal baju pengantin saya yang sepatutnya siap hari ini. Malangnya....

Baju saya itu masih belum siap sepenuhnya...

Yang bagus nya.. Saya masih berkesempatan menukar sedikit design baju tersebut =)

Okie.. Dah penat. Bila agaknya saya akan dapat merehatkan diri di spa??