Saturday, February 11, 2012

Handsome kah?

Helo..
I di rumah emak mertua di Tasek.
Sambil melayari internet, sambil layan emak dan ayah menonton tV Al-Hijrah.
Nama rancangannya I kurang pasti.
Tapi ada ustaz dari kumpulan Rabbani dan ada Yasin (penyanyi) tu.
en.Husband sudah keluar ke mamak. Menonton bola kata nya.
Semalam sampai jer di stesen keretapi Ipoh, terus dia hulurkan 3 pack Kinder Bueno.
Jadi, rasa merajuk dan nak lari tu hilang serta-merta. muahahaha.
Pandai jugak si dia memujuk yer ;p

Eh. Back to story, tadi I cakap pada ayah dan emak, "handsome pulak Yasin tu yer.."
Emak cakap, "Dah berambut pendek, sebab tu nampak handsome.."
Ayah pulak tanya, "Amelia cakap handsome ke tak handsome..?"
kikiki.. HANDSOME. Seriously I rasa Yasin nampak handsome dalam rancangan tV Al-Hijrah itu.

Apa definisi HANDSOME pada awak semua yer?
sebab kecantikkan tu sangat subjektif kan..?
Ada yang kata, lelaki berkulit gelap nampak handsome..
Ada yang kata, lelaki tinggi dan tegap nampak macho ;)
Saya nak kongsi apa yang membuatkan seseorang nampak HANDSOME di mata saya..

Dulu, when I was younger, saya suka melihat lelaki yang cute.
Contoh-contoh lelaki cute di mata saya ialah seperti Zamani (Slam), Brad Pitt, Takuya Kimura dan lelaki-lelaki yang sama species dengan mereka.hee..
Selain dari muka mereka yang cute, saya mudah tertarik dengan lelaki yang mempunyai bakat seperti ahli sukan atau lelaki yang pandai bermain music instrument.
Bila nampak jer lelaki yang agak sportman, terus jadi cair..
Bila tahu jer, lelaki tu berbakat dalam music, terus histeria (tipu)..
Bila tengok jer, lelaki ni pandai sangat dalam education tapi bukan nerd, terus rasa nak bercinta. hahahaha.
Tak matang nya dulu-dulu. kikiki.

Now, bila dah meningkat dewasa dan menjadi lebih matang (matang la sangat kan..), definisi handsome tu dah berubah sket.
Berubah sket sahaja taw. hee..
I masih suka lelaki yang cute macam si dia sayang tu..
Tapi I sudah tidak pandang sportman or musician or genius..
I prefer someone religious.
Contohnya, Yasin dalam tV al-Hijrah nampak sangat handsome kerana selain dari cute, dia juga terlibat dalam program yang berunsur keagamaan.
Terus dari cute, jadi HANDSOME ;)

Sejuk sangat hati bila pasangan kita cute dan taat perintah Allah.
Sayang awak, Khairul Anwar yang cute ;)

No comments: