... di dunia ini bernasib baik untuk diberikan pendidikan yang sempurna. Maksud pendidikan yang sempurna dalam konteks ayat saya di atas ialah berpeluang merasai alam pra-sekolah, sekolah rendah,sekolah menengah dan seterusnya ke peringkat pengajian tinggi. Ada sesetengah dari kita, hanya berjaya hingga ke sekolah menengah. Ada pula yang langsung tidak berpeluang menjejak kan kaki ke alam persekolahan. Agak SKEMA pula mukadimah di atas yer ;)
Ntah kenapa, hari ini rasa terpanggil untuk menulis tentang apa yang saya lihat dan observed. Saya, ye SAYA, seorang guru di sebuah sekolah Methodist, jika ada yang tidak tahu.. sekolah Methodist bukan lah sekolah bantuan kerajaan sebalik nya hanya dibantu sebahagian sahaja oleh kerajaan. Selebihnya ditanggung oleh pihak gereja dan melalui PIBG. Jangan pula ada yang kata saya ini terpesong nak masuk Kristian ke apa yer.. Latar belakang pelajar adalah pelbagai. Walau pun sekolah saya terletak in the middle of Ipoh, tidak semua pelajar berkemampuan, terutamanya bangsa MELAYU.
Pelajar di sekolah saya, masih perlu membayar yuran persekolah. Bagi saya dan kebanyakan dari kita, yuran sebanyak rm 112.50/ setahun, read it again SETAHUN bukan lah satu jumlah yang mustahil utk dibayar. Tetapi bagi pelajar saya (saya merupakan guru kelas pelajar tingkatan 5), kebanyakan dari mereka agak susah untuk menjelaskan yuran tersebut walaupun diberi tempoh masa dari Jan hingga Nov. Dari profil peribadi, majoriti pelajar kelas saya mempunyai ibu bapa yang berpendapatan kurang dari rm 1000/ sebulan. Pelajar saya merupakan pelajar art stream yang mana pelajar nya tidak mendapat banyak A atau tiada A langsung dalam PMR. Adakah faktor kemiskinan menyebabkan mereka lemah dalam pelajaran atau disebabkan oleh sikap mereka sendiri atau disebabkan oleh guru yang take them for granted??
Dalam kelas saya, 5P, pelbagai ragam pelajar yang boleh dilihat. Ada yang baik, mahu dengar kata, mahu mencuba bila disuruh buat latihan, ada yang berjaya selesaikan latihan, tetapi ada juga yang bila saya ajar lain tetapi dijawab lain. Ini berlaku kerana kadang kala, pelajar saya suka fikir yang susah-susah, tidak mahu menerima apa yang telah saya beritahu. Atau terlebih fikir hingga menyusahkan diri sendiri. Ada juga pelajar yang nakal, yang tidak ponteng sekolah tetapi ponteng kelas, yang tidur dalam kelas, membuat bising ketika pelajaran berlangsung dan sebagai nya. Pelajar nakal sebegini tentu sekali langsung tidak mahu mencuba apa-apa dan merugikan masa dan wang ringgit dengan datang ke sekolah.
Ntah dari mana datang kesedaran, ntah hormon apa yang terlebih menyebabkan saya rasa bersimpati dengan nasib mereka dan terfikir apa yang boleh saya lakukan selain daripada berkongsi ilmu dgn mereka.. walau kadang kala terguris hati dan tercalar perasaan dengan sikap pelajar, tetapi sebagai guru saya tetap doakan yang terbaik untuk pelajar saya. Bukan hadiah atau pujian yang seorang guru harapkan, tetapi semua pengorbanan akan rasa terbalas apabila mengetahui anak didik yang dicurahkan ilmu berjaya.
DONE and feel satisfy.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
agak menyedihkan jika yg berperangai begitu bangsa kita kan...mgkin org kata duit punca dari segalanya..tapi sebenarnya USAHA dan SEMANGAT pun pnting dalam hal ini. Didikan dan asuhan yg main peranan dlm sebuah kehidupan. Jika kita dibesarkan dlm kelompok orang yg TAK ENDAH..begitu le nasib kita seterusnya. Saya berdpn dengan situasi di mana parent pelajar yg tak bape nak amik berat bab2 yuran. Sebab dia rasa tak bape penting. Suruh anak belajar tapi tak de usaha nk suruh anak belajar. Yg tahu..marah2 hentak2 klu result anak teruk. Emm sekadar pendpt dari saya :)
peace no war...
suka semangat CIKGU tu :)
truskan usaha tecer :D
dis yer ilya ade kene ajar satu kelas yang yg plg nakal kat skolah..situasi hampir sama ngan amy..naseb bukan form tecer kelas 3d tu..pendekatan ilya skang cuba selalu memuji muji mereka yg nakal dan malas2 ni..ade sket kemajuan bile wat cmtu..kemajuan nak cube ape yg cekgu ajar..mungkin bebudak ni kurang perhatian dan kaseh sayang..
Post a Comment