Tuesday, January 25, 2011

Tidak semua orang..

... di dunia ini bernasib baik untuk diberikan pendidikan yang sempurna. Maksud pendidikan yang sempurna dalam konteks ayat saya di atas ialah berpeluang merasai alam pra-sekolah, sekolah rendah,sekolah menengah dan seterusnya ke peringkat pengajian tinggi. Ada sesetengah dari kita, hanya berjaya hingga ke sekolah menengah. Ada pula yang langsung tidak berpeluang menjejak kan kaki ke alam persekolahan. Agak SKEMA pula mukadimah di atas yer ;)

Ntah kenapa, hari ini rasa terpanggil untuk menulis tentang apa yang saya lihat dan observed. Saya, ye SAYA, seorang guru di sebuah sekolah Methodist, jika ada yang tidak tahu.. sekolah Methodist bukan lah sekolah bantuan kerajaan sebalik nya hanya dibantu sebahagian sahaja oleh kerajaan. Selebihnya ditanggung oleh pihak gereja dan melalui PIBG. Jangan pula ada yang kata saya ini terpesong nak masuk Kristian ke apa yer.. Latar belakang pelajar adalah pelbagai. Walau pun sekolah saya terletak in the middle of Ipoh, tidak semua pelajar berkemampuan, terutamanya bangsa MELAYU.

Pelajar di sekolah saya, masih perlu membayar yuran persekolah. Bagi saya dan kebanyakan dari kita, yuran sebanyak rm 112.50/ setahun, read it again SETAHUN bukan lah satu jumlah yang mustahil utk dibayar. Tetapi bagi pelajar saya (saya merupakan guru kelas pelajar tingkatan 5), kebanyakan dari mereka agak susah untuk menjelaskan yuran tersebut walaupun diberi tempoh masa dari Jan hingga Nov. Dari profil peribadi, majoriti pelajar kelas saya mempunyai ibu bapa yang berpendapatan kurang dari rm 1000/ sebulan. Pelajar saya merupakan pelajar art stream yang mana pelajar nya tidak mendapat banyak A atau tiada A langsung dalam PMR. Adakah faktor kemiskinan menyebabkan mereka lemah dalam pelajaran atau disebabkan oleh sikap mereka sendiri atau disebabkan oleh guru yang take them for granted??

Dalam kelas saya, 5P, pelbagai ragam pelajar yang boleh dilihat. Ada yang baik, mahu dengar kata, mahu mencuba bila disuruh buat latihan, ada yang berjaya selesaikan latihan, tetapi ada juga yang bila saya ajar lain tetapi dijawab lain. Ini berlaku kerana kadang kala, pelajar saya suka fikir yang susah-susah, tidak mahu menerima apa yang telah saya beritahu. Atau terlebih fikir hingga menyusahkan diri sendiri. Ada juga pelajar yang nakal, yang tidak ponteng sekolah tetapi ponteng kelas, yang tidur dalam kelas, membuat bising ketika pelajaran berlangsung dan sebagai nya. Pelajar nakal sebegini tentu sekali langsung tidak mahu mencuba apa-apa dan merugikan masa dan wang ringgit dengan datang ke sekolah.

Ntah dari mana datang kesedaran, ntah hormon apa yang terlebih menyebabkan saya rasa bersimpati dengan nasib mereka dan terfikir apa yang boleh saya lakukan selain daripada berkongsi ilmu dgn mereka.. walau kadang kala terguris hati dan tercalar perasaan dengan sikap pelajar, tetapi sebagai guru saya tetap doakan yang terbaik untuk pelajar saya. Bukan hadiah atau pujian yang seorang guru harapkan, tetapi semua pengorbanan akan rasa terbalas apabila mengetahui anak didik yang dicurahkan ilmu berjaya.

DONE and feel satisfy.

Thursday, January 6, 2011

Sepasu bunga dan sekeping kad..

Sepasu bunga dan sekeping kad yang dihantar terus ke pintu rumah. Isn't he sweet? =)







Thanx sayang for make up my day. Terima kasih Allah atas kurniaan ini..

Hari ini..

Pagi tadi ketika bersiap hendak ke sekolah, mama baru sudah solat subuh. Mama cakap, 'cuba pusing sini, mama nak tgk mata tu..' Saya terus jer berpusing memandang mama. Then mama cakap, 'mata kamu time bangun tidor memang sembab ke?'

'memang macam tu lah mama, lagi lah semalam tak boleh tidor setelah dikejutkan oleh panggilan dari suami pukul 12am.' Bila mama tanya kenapa suami telefon tetengah malam buta, langsung terkedu tak tahu mahu beri jawapan apa..

Di tempat kerja pulak, student sibuk tanya, 'betul ke, teacher? betul ke?' siap nak tengok ic bagai.. Staff-mate yang rapat pula kecoh bertanya, 'eh, mana bunga? belum sampai lagi ke?' Saya hanya mampu senyum sebagai jawapan kepada setiap pertanyaan..

Apa yang mereka-mereka ni kecohkan sangat ni? Kenapa saya tak jawab bila mama tanya kenapa suami call tengah-tengah malam, kenapa student sibuk sangat nak tanya ic, kenapa staff-mate tanya bunga..?

Actually, todaY is my BIRTHDAY =) my dear husband call tgh-tgh mlm semata-mata nak wish birthdaY. Sebab tu saya tak tahu nak beritahu apa pada mama. Tak kan nak kecoh-kecoh birthday kan, sedangkan mama terlupa. hehehee.. My student pulak sibuk nak make sure kan betul ke hari ni birthdaY saya. Ntah dari siapa mereka tahu, saya pun tak pasti. My staff-mate tanya bunga sebab since saya start bekerja, saya akan dapat bunga from husband yang dihantar ke sekolah on my birthdaY =) but this year, ntah ke mana bunga saya menghilang.....

Balik rumah, salin baju. Pakai t-shirt husband and his boxer. Miss him badly. The best present for me is to see him smiling and be in his arm. TITIK.

Wednesday, January 5, 2011

hupdate

nak update camni jelah lalalalala~~~