Wednesday, September 1, 2010

My Sunday

Hi all.. maka hari ini secara rasmi nya berakhir lah sudah hari cuti-cuti malaysia saya. Hari ini sangat penat hokey sebab malam tadi sampai pukul 1am dari KL dan pagi ini terus kena bekerja.

Ahad lalu sangat seronok sebab en.suami kasi cuti memasak. En.suami menganjurkan majlis berbuka puasa bersama-sama x-coursemate semasa belajar dahulu. Bagai pucuk dicipta, ulam mendatang lah kan. Seronok lah I tak perlu memasak =)

Kami berbuka puasa di JM Bariani, Bangi. Kepada sesiapa yang familiar dengan Bangi mesti tahu di mana. To be specific di seksyen 9, Bandar Baru Bangi. Sangat dekat dengan Arianni dan Bangi Kopitiam. Ini antara gambar yang sempat diambil oleh en.jep, one of husband friend.



Pilihan makanan pun banyak. Bukan hanya nasi beriani gam dengan pelbagai jenis lauk tapi ada jugak nasi putih dengan lauk ketam dan udang. Ada soup ekor yang I tak sempat nak ambil. Ada grilled lamb yang I ulang ambil dua kali. Ada sate. Ada kuih muih. Ada otak-otak. Ada mi bandung johor dam macam-macam lagi. Sebenarnya I nak sangat makan mi bandung tu, tapi terasa segan dengan kawan-kawan en.suami since I rasa macam I yang paling banyak makan on that day. kikiki.

Tempat makan memang selesa cuma ruang mengambil makanan tu agak sempit. Surau pun disediakan cuma kapasiti orang yang boleh sembahyang dalam satu-satu masa hanya 2 orang je..

Then, disebabkan gathering mestilah they all nak melepak-lepak lagi kan. So for dessert, kami memakan ini pula...



Seriously I tak ingat apa nama ice-cream ni tapi dekat tajuk dia adalah perkataan PEANUT. Memang full of nuts dan sedap, kena dengan my taste lah kiranya tapi tak kena dengan taste si dia sebab si dia tak suka peanut. Puas lah I makan sorang-sorang kan. Tempat kami makan ice-cream ni ialah di sini...



memang sangat full of ice. Macam-macam jenis ice-cream ada. Kalau you all lalu dekat seksyen 9 tu mesti boleh nampak kedai ni sebab kedai ni satu-satu nya kedai yang fully warna HIJAU. Sampaikan mangkuk ice-cream pun kaler hijau kan.

Then, tidak cukup dengan itu kami bergambar pula di Putrajaya. Wajiblah bergambar kan, untuk rujukan next year. Sebab ada yang dah berkahwin dan beranak sorang, tahun depan mungkin dah beranak 2 orang. Ada yang dah berkahwin tapi belum punyai beby, next year mungkin dah dapat sorang (refering to diri sendiri). Ada yang dah bertunang, tahun depan mesti dah berkahwin dan yang single, paham-paham sendiri jelah ek =)

Inilah gambar si jejaka-jejaka. Semuanya masih bujang kecuali sorang yang bujang lagi 3. En.suami yang cakap camtu yer..



Ini pula gambar kami beramai-ramai. Yang ada beby semua dah balik awal tak sempat bergambar. Jelita kan kami-kami yang para gadis itu?. muahahhahaha...



Majlis masih belum habis yer. En.suami dan beberapa orang rakan sempat lagi melepak di mamak sebelum balik ke rumah. I memang terus pengsam malam tu. Tak sahur pun sebab terlalu penat. En.suami sahur sorang-sorang..hee..

4 comments:

Alyza Fisol said...

pasni jgn segan2 nk mkn kalo melepak ngan kitaorg...we all ok je...sbb mmg masing2 kuat makan...cuma aritu tak tunjuk je...hahaha...

Lady of Leisure said...

huwa teringinnnya nak try ice room nih..

mia said...

@alyza: jadi segan sebab orang lain dh stop makan dah tapi mia je macam x reti-reti nak benti. hehee..

@lady: jom. jom. I pun nak pegi lagi lain kali =)

Alyza Fisol said...

ala...kitaorg tak ksah pn...jgn segan2...hehe...