Thursday, September 2, 2010

gossip

Hai..


nak jugak letak gambar kan, so thanx google.

I bukan nya nak menyibuk ke apa kan. Tapi hari ni I rasa terpanggil untuk menulis tentang gossip seorang artis ni. Baru-baru ni I ada terbaca di satu ruangan blog gossip tentang seorang artis perempuan bukan Islam yang kononya akan menamatkan zaman single nya dengan anak seorang usahawan terkemuka Malaysia yang beragama Islam. If u are a gossip columnist reader, mesti tahu siapa yang I maksudkan. Kalau u all tak tahu siapa, cepat-cepat buka ruangan gossip. SEGERA! ;p

After reading through all the article, ramai lah yang nak komen di ruangan komen tu kan. Hampir kesemua nya tidak bersetuju dengan pilihan anak usahawan terkemuka ni. Macam-macam alasan yang mereka tulis antaranya, biasalah mereka menuduh si artis bukan Islam ni hanya nak kikis harta. Ada jugak yang kata, artis bukan Islam ni belum tentu ikhlas untuk convert ke agama suci Islam.

My point of view senang je, sapelah kita ni untuk nilaikan keikhlasan hati seseorang kan. Sebab ikhlas tu sendiri umpama semut hitam yang berjalan di atas batu hitam di malam yang gelap. Boleh nampak ke?

Dan yang paling penting sekali, dalam Islam juga ada menyebut yang lelaki yang baik hanyalah untuk perempuan yang baik dan begitulah sebalik nya. Jadi kalau dah memang itu jodoh mereka, maksudnya mereka memang padan to each other. Kalau ada masalah sekali pun, anak usahawan ternama tersebut sudah cukup dewasa dan matang untuk tangani nya bak kata orang tua-tua ikut rasa binasa, ikut hati mati.. Cinta itu tidak buta, tetapi manusia lah yang buta kerana tidak pandai menilai cinta.

ok, dah rasa lega dan puas hati dapat meluahkan apa yang dirasa. PEACE! =)

3 comments:

zarin said...

hehe betul tu miya...owh kak ina baru tau siapa mereka mereka itu..hehe itupun abg kamal bgtau semalam

Alyza Fisol said...

kdg2 niza sndri tak paham ape yg diaorg tak puas ati smp ckp org tu tak ikhlas la ape la...mcm diaorg tu perfect sgt...kdg2 yg mengata tu lg truk dr org yg dikata...hmmm...

mia said...

@k.ina: eh, abg kamal pun layan gossip ke? boleh geng dgn mia. hehehee..

@niza: tulah kan.. bila jadi public figure, ramai je yg x puas hati..