Tuesday, February 2, 2010

Misi menurunkan berat badan

Hari ini saya menerima kiriman post. Barang yang diterima ialah.....

...
...

...
...
...
...
...
...


formula 1 dan tea mix
Anda tahu apakah ini? hehehee.. Ini adalah salah satu projek saya untuk menurunkan berat badan. Produk yang bakal saya gunakan mulai esok ialah HERBA LIFE. Ia bukan ubat kurus tetapi lebih sebagai food replacement. Kita tidak perlu menyekat selera sebalik nya gantikan meal kita dengan mixed soy powder drink tersebut.

Aturan pengambilan ialah seperti berikut:

Sarapan ~ Shake herbalife
Lunch~ makan spt biasa
Dinner~ shake herbalife
atau
Sarapan~ Shake herbalife
Lunch~ Shake herbalife
Dinner~ Makan spt biasa
atau
Sarapan~ seperti biasa
Lunch~ Shake herbalife
Dinner~ shake herbalife
Setelah difikirkan berkali-kali saya akan menggunakan aturan yang kedua, iaitu dapat makan spt biasa pada waktu lunch. Tea mix tersebut pula boleh diminum pada bila-bila masa dan sekerap yang mungkin pada setiap hari. Tea hanya perlu dibancuh dengan air suam mengikut kepekatan dengan citarasa kita sendiri.
Manakala, mix soy powder itu pula perlu dibancuh dengan air sejuk dengan menggunakan shaker spt ini...

encik shaker
yang diberi secara percuma apabila kita membeli produk herbalife ini. Selain diminum begitu sahaja, mixed soy powder juga boleh dibancuh dengan air soya sejuk atau dibuat ais blended. Ikut selera masing2.. Mixed soy powder ini datang dengan pelbagai perisa, antaranya ialah coklat (spt yang sy pilih), strawberry atau tropical fruit..
Adakah bentuk badan saya yang montel ini akan menjadi kurus?? Nantikan yer.. hee....


4 comments:

sisdee said...

heheheh..ramai kata bagus herbalife nie ek :)

x pe tuk ksihatan gak kan :)

mia said...

@sisdee: semoga saya bleh menahan nafsu makan. hehehee...

eyoi said...

awakk, nak cikiiiit!

Madam Robert said...

jangan makan nasik!! tu je rahsia nye nk cepat kurus. hehe~ makan mi sup. (akak makan gak nasik sikit2..)