Saturday, September 26, 2009

missing you..

I miss u badly and it's really hurt...

Thursday, September 10, 2009

Hanyut dalam emosi

Hari ni hujan. Dekat luar hujan renyai-renyai tapi dalam rumah hujan berderai-derai. Mata bengkak, hidung dan pipi jadi merah.. Setelah sekian lama aku mengelak kan diri daripada lalu di kawasan rumah emak tapi hari ni aku tak dapat lari. Aku rindu emak. Terlalu amat rindu. Aku elak kan diri daripada lalu di hadapan rumah emak supaya aku tak terlalu mengingati dia.

Hari ini, adik kepada emak yang aku panggil Tok Gigi telah pergi mengadap Ilahi. Aku sengaja melengah-lengah kan masa utk pergi melawat jenazah kerana aku tak mahu hanyut dalam emosi. Aku tetap juga terpaksa melewati halaman rumah emak. Aku menangis. Aku sedih. Aku hiba.

Aku sedih kerana aku belum sempat membinakan sebuah rumah untuk emak seperti janji ku seusia 4 tahun. Mak pergi dahulu..