Hari ni hujan. Dekat luar hujan renyai-renyai tapi dalam rumah hujan berderai-derai. Mata bengkak, hidung dan pipi jadi merah.. Setelah sekian lama aku mengelak kan diri daripada lalu di kawasan rumah emak tapi hari ni aku tak dapat lari. Aku rindu emak. Terlalu amat rindu. Aku elak kan diri daripada lalu di hadapan rumah emak supaya aku tak terlalu mengingati dia.
Hari ini, adik kepada emak yang aku panggil Tok Gigi telah pergi mengadap Ilahi. Aku sengaja melengah-lengah kan masa utk pergi melawat jenazah kerana aku tak mahu hanyut dalam emosi. Aku tetap juga terpaksa melewati halaman rumah emak. Aku menangis. Aku sedih. Aku hiba.
Aku sedih kerana aku belum sempat membinakan sebuah rumah untuk emak seperti janji ku seusia 4 tahun. Mak pergi dahulu..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
u still can bina her "rumah", darling...
sebarkanlah ilmu yg baik yg telah diperturunkannya, bersedekahlah untuknya agar "rumah" yang sedang dihuni, dan yg akan dihuna menjadi "rumah" yg terbaik untuknya.. :)
Post a Comment