Monday, March 28, 2011

dopter. oh. dopter.

Hari ini dopter beri cuti sakit SATU hari. SATU hari sahaja taw..

Last weken, saya sakit perut, muntah-muntah, cirit-birit dan fever. Bukan keracunan makanan. NOT. Mula-mula rasa perut kembung dan berangin jer. Sebelah malam nya pula dah mula cirit-birit dan berlanjutan hingga ke hari ahad.

Satu badan saya berbau minyak Afiat yang disapu husband, tapi angin degil tu tetap ada kt perut saya. Selepas breakfast, husband terus ajak ke klinik. Both tanpa mandi pagi yer ;p Dopter cakap perut saya berasid. Antara punca yang memungkin kan perut berasid ni ialah waktu makan yang tidak teratur, banyak makan makanan berminyak, berlemak, makanan yang terlalu pedas, makan waktu lewat malam dan makanan tidak sempat dihadam.

Waktu makan saya memang agak kelam kabut sedikit, I admit it. Selepas ni perlu lebih mengambil berat tentang waktu makan dan makanan yang diambil. Dopter tak benarkan saya minum susu atau soya untuk sementara waktu. Saya demam kerana dehydrated. Kan asyik cirit jer, mana tak hilang banyak air nya.

disebabkan saya asyik meloya dan muntah-muntah, my mother in law dah syak saya expecting pula. hehehee..

p/s:Masa mahu ambil ubat di kaunter klinik, pekerja tu sempat beritahu saya, "awak ni COMEL lah".. awww!! perli ke hape??

Friday, March 25, 2011

makan sedap-sedap.

alhamdulillah.. Saya bersyukur untuk dua perkara hari ini. Pertamanya, siapa tak suka hari JUMAAT kan?? =) untuk saya yang berjauhan ni, sentiasa menantikan Jumaat untuk bersama dengan kesayangans. They (read: husband and Eduardo) are coming to Ipoh this weekend. Seronot!!

Secondly, bersyukur kerana hari ini PAY day. Besar makna nya bagi orang-orang yang berkerja makan gaji =) For me, bila pay day je mesti teringin nak makan sedap-sedap. Mungkin bagi orang lain seronok nak bershopping but saya lagi suka dapat makan yang sedap-sedap. Makanan yang sedap-sedap ni tak semestinya mahal kan, asalkan dapat memenuhi our taste bud dengan benda-benda yang enak.

It is not difficult to please me.. Makanan sedap-sedap untuk saya senang sahaja. Antara nya ialah..


SUSHI. I loike shushi.. sangat lah YUMMEH!!



Saya paling suka shushi yang ada telur ikan kaler merah tu dan eel.. Tapi dekat sushi king, sushi yang ada eel tu dah tak halal sebab dicampur alkohol. SEDEY betul.

Fresh sea food pun sangat mengujakan. This one is the one yang kami pernah makan di Bagan Lalang. Sangat fresh, sangat omnomnomnom ;p

Okie. Sila bayangkan sahaja kerana pictures di Bagan Lalang semua berada di dalam laptop husband. muahahaha..

Last but not least, betul-betul kepingin untuk mencuba ini..

>

Siapa mahu IKUT?? Jom!!

p/s: pictures were taken from google.

Tuesday, March 22, 2011

Resepi Mi Hailam.

Since saya takde isu dan idea, hari ni saya suka-suka jer nak share resipi Mi Hailam yang my mommy perturunkan =) Sebenarnya untuk reference sendiri di masa hadapan supaya mommy tak bising-bising bila saya asyik tanya berkali-kali setiap kali nak masak.

Bahan A:
- setengah bungkus mi kuning dibasuh dan ditoskan.
- daging lembu dihiris.
- Udang.
- Tauge.
- Kicap manis.
- Sos tomato.
- 5 ulas bawang putih ditumbuk halus.
- Bancuhan tepung jagung.

Bahan B (perlu ditumbuk bersama):
- 4 ulas bawang merah.
- hujung sudu jintan manis.
- setengah sudu lada hitam.
- 2 kuntum bunga lawang.
- 1 batang kulit kayu manis.
- 3 hiris halia.
- 7 biji cili padi.

Cara-cara:
1. Panaskan minyak di dalam kuali.
2. Tumiskan bawang putih hingga naik bau.
3. Masuk kan bahan B seketika dan masuk kan secawan air. Biarkan mereneh.
4. Masuk kan daging, biar sehingga daging empuk.
5. Masuk kan udang, biar hingga masak seketika.
6. Masuk kan kicap manis dan satu sudu sos tomato.
7. Campurkan 2 sudu bancuhan tepung jagung untuk memekat kan kuah.
8. Masuk kan mi dan tauge, serta perasakan dgn garam. Angkat setelah mi masak.

Kalau nak tengok gambar, ada di previous entry =)

Monday, March 21, 2011

Kesayangans.

Before this, every single day I will only miss him...





But now, I also miss this creature.. so so so damn much!!





They are my KESAYANGANs and only God knows what they both doing without me.
p/s: Those picture were taken during our weekend gateways at Fraser Hills.

Thursday, March 17, 2011

mi hailam.



Since nobody bother to bring me fo lunch today, I forced myself to cook mi hailam. Bon Appetite all!!