Tuesday, December 21, 2010

update Blog

hey all..
sila lah update blog-blog anda semua..
I am waiting to blog walking ni..
rindu taw..

Tuesday, December 14, 2010

mee udang

Saya pun dah konpius sejak bila blog ni dah jadi blog makanan. Asyik-asyik update tentang foods je kan?

Mungkin since holidays ni, saya ada sangat banyak masa lapang memasak untuk husband jadi update jelah tentang foods kan. Selain dari makanan, saya ada jugak pegi bercuti dan tgk movie, nanti bebila rajin i'll update okie.

Dinner malam ini ialah.. mee udang. Kali pertama cuba dan tak sangka menjadi =)



seperti biasa, if you need the recipe, do not hesitate to inform k? chill.

Thursday, December 9, 2010

Lemak putih bendi

Hai all..

Hari ni saya nak update my lunch. Not exactly my lunch but what I cook for my husband during today's lunch. I memang agak jarang memasak lunch during weekdays since husband kerja dan tak kan balik lunch di rumah. Mind you, jauh kot nak ulang alik dari kL central ke Kajang semata-mata untuk makan lunch kan?

So selalu nya I'll have brunch (breakfast + lunch) je when he goes to work but today is an exeption since I have to cook lunch also coz husband masuk kerja after lunch. Since I am so laisy-daisy untuk masak yang susah-susah dan suami pula bukan lah jenis yang cerewet untuk makan yang beriya2 jadi hari ni saya buat masak lemak putih bendi =) saya tak sure u all pernah makan atau tak but my mum selalu la jugak masak kan bendi macam ni..




Resipi nya pun I get it from my mom. Sangat simple dan memang sesuai la mommy gelarkan nya 'masakan orang pemalas'. kekeke. Ni kali pertama cuba taw dan husband said, 'santan nya macam cair jer'. True. true. I guna santan kotak dan seriously tak reti nak budget tapi rasa tetap sedap okie ;p Selain dari tu, I masak kan ikan kembung bakar dan cicah sambal kicap. See. Memang menu si pemalas kan?

Tuesday, November 23, 2010

Kuewtiow Kerang for dinner



That is our dinner for tonight. Walau pun perut masih sakit, ku gagahi jua untuk memasak. Seronok tengok husband makan bertambah-tambah, dengan berpeluh-peluh kepedasan =)

Ni memang kuewtiow kerang, tapi time beli kerang tadi yang ada cuma kerang-kerang comel. Yang besar dan gemok-gemok takde. So kerang-kerang sekalian bersembunyi disebalik kuewtiow dan sayur-mayur. Hanya nampak en.udang sahaja.

Need recipe? Private message me. Ceh.

seperti ingin berlari





Saya sakit perUt. Tengok gambar atas tu makin sakit pulak rasa. huh. Kawan baik saya dah datang. Setiap kali dia datang, mesti dia tak lupa tinggalkan kesakitan pada perut saYa.

Walaupun sakit, saya buat-buat lah sibuk supaya tak teringat kan sakit tu. Husband kata nak balik awal, risaukan saya katanya. Jadi disebabkan sakit, saya ingat nak masak simple je for dinner. Teringat kuewtiow basah dalam fridge, decide untuk goreng keowtiow jelah kan. Saya pun prepare lah bahan-bahan untuk masak sambil dalam kesakitan.

Saya rendam cili kering dalam air panas (untuk buat cili boh), saya bersihkan kuchai dah tauge, then saya nak basuh dan leraikan kuewtiow tu sehelai-sehelai lah. Bila saya ambil kuewtiow dari dalam fridge, kuewtiow tu dah melekat to each other. Keras pulak tu, bukan nya saya letak dalam freezer pun. Saya jadi nervous. Dengan perut sakit nyer. Dengan rasa nak term**tah nyer.

Then, saya dapat akal (ada mentol menyala atas kepala). Saya nak masuk kan kuewtiow tu dalam microwave lah, nanti mesti panas dan terlerai. Sebelum sempat saya masuk kan kuewtiow tu dalam microwave, saya dapat akal lain pula (mentol menyala dengan lebih cerah di atas kepala). Saya nak rendam kuewtiow tu dengan air panas lah.

Lepas dah rendam, kuewtiow tu ada yang terlerai tapi pecah-pecah dan pendek-pendek. Ada ke orang makan kuewtiow pendek ha? Pastu sakit perut lagi. Pastu dah tak dapat nak fikir (mentol atas kepala dah terpadam). Saya ambil kuewtiow tu dan letak dalam plastik sampah. Pastu pegi m**tah kat bilik air. Pastu rasa menyesal pegi buang sepeket kuewtiow.

Okie lah. Nak pergi kedai beli sepeket kuewtiow yang lain.
mode: sakit pewUt. shuuh.. GO AWAY, please!