Wednesday, September 22, 2010

Nak tengok gambar RAYA aii??

Okie.. I nak share few pictures hari Raya with you all.. Bukan nya banyak pun, tiga keping je. Takpe kan? =)

This year, kalau you all notice is my very fIRST year beraya with my husband, as a wife lah kiranya kan. Sangat lah seronok...?? kot.. hehehee.. since this is the first year, husband cakap wajib beraya di rumah parent husband dahulu. Btw, rumah mak I dan rumah mak husband is in the same city, so takde hal sangat lah. Kami sibuk ulang-alik jelah to both house kan.

Since hari Raya petama di rumah husband, maka pictures di bawah ni ialah semua nya di sekitar rumah husband dan kampung husband (rumah atuk dan opah).

Gambar pertama ialah gambar wajib kot stiap kali raya. Mesti nak buat gambar potret like this one kan. Lagi-lagi lah bila dah berkeluarga besar macam di bawah. So itu semua adalah family baru saya =)



Then, after solat sunat Aidilfitri semua bergegas ke kampung atuk dan opah, but me and husband sempat jugak lah singgah sekejap at my parent house untuk bermaaf-maafan.
Merasa lah I beraya di desa, memang habis satu kampung we all round. perut pun dah jadi rojak sebab makan sangat banyak jenis makanan. See, laki bini yang dah kekenyangan. muehehee..



I sangat lah seronok dapat beraya di kampung, so banyak lah gambar-gambar yang diambil bersama-sama dengan adik-adik hencem I ni.. Jangan lah tertipu, kampung husband I bukan kat Cameron Highlands, kt New Zealand lagi lah bukan. hee.. but the view is very nice kan? Dah balik dari ambil-ambil gambar kt sini, balik rumah baru lah mak cakap yang tempat kami pegi tu 'keras'.



Sebab sekarang ni masih lagi dalam bulan Syawal, kiranya belum terlambat lagi untuk saya ucapkan Selamat Aidilfitri kepada seluruh umat Islam =) Semoga semuanya bergembira..

Tuesday, September 21, 2010

Ini bukan POST tentang raya.


sangat rindu kamu


Teringin sangat nak beby hokey.. tapi masih belum ada rezeki lagi.

Teruskan USAHA!! =) Disamping berdoa, kerana....

" Berdoa itu bukan untuk memberitahu Allah apa yang kita pinta, kerana tanpa diberitahu pun Allah sedia mengetahui. Doa itu lebih kepada pengabdian seorang hamba kepada Tuhan nya.. "

Tidak pernah suka kepada hari IsniN. Sedang mode merindui...

Sunday, September 5, 2010

Keletihan

adehh.. sangat penat hokey bershopping raya today.

Dari Setiawangsa ke jalan Tar, ke Shah Alam then baru sekarang sampai di rumah. Memang menyesal shopping last minute. Bersesak-sesak dengan orang ramai sampai apa yang nak dibeli pun dah tak nampak, nampak kepala orang je. Apa kes?

I ingat memang next year akan cepat-cepat sebelum Ramadhan dah siap-siap tempah baju kat tailor so that tak jadi macam this year, dah last minute baru kelam kelibut nak beli bajulah, tudung lah, selendang lah kan..

So memang sangat penat, esok-esok jelah I share pixies my baju Raya yer.. or after Raya baru I tayang, surprise siket. hehee..

Mahu mandi, solat dan menTRY baju baru satu set dari kepala ke kaki, then sudah mahu tidor. NITE all... =)

Thursday, September 2, 2010

Twenties Girl

hah. You all ingat lagi tak dalam previous post, last month kot.. I ada cakap tentang ura-ura ingin membeli buku ini kan?



In the matter of fact, saya sudah pun memilikinya. Tak jadi pow en.suami. Awal-awal lagi dapat gaji terus laju je ke book store untuk dapatkan buku itu =) I pinjam popular card someone at the book store untuk dapatkan 30% discount. Punye lah teruk kan, nak discount tapi tak mahu apply for the member's card. Siap sanggup pinjam ntah sape punye card ntah. hehee..

So far, baru baca hingga chapter 5. Still the same Kinsella, masih hilarious dan warm writing. After this, nak beli novel apa pulak eh?

gossip

Hai..


nak jugak letak gambar kan, so thanx google.

I bukan nya nak menyibuk ke apa kan. Tapi hari ni I rasa terpanggil untuk menulis tentang gossip seorang artis ni. Baru-baru ni I ada terbaca di satu ruangan blog gossip tentang seorang artis perempuan bukan Islam yang kononya akan menamatkan zaman single nya dengan anak seorang usahawan terkemuka Malaysia yang beragama Islam. If u are a gossip columnist reader, mesti tahu siapa yang I maksudkan. Kalau u all tak tahu siapa, cepat-cepat buka ruangan gossip. SEGERA! ;p

After reading through all the article, ramai lah yang nak komen di ruangan komen tu kan. Hampir kesemua nya tidak bersetuju dengan pilihan anak usahawan terkemuka ni. Macam-macam alasan yang mereka tulis antaranya, biasalah mereka menuduh si artis bukan Islam ni hanya nak kikis harta. Ada jugak yang kata, artis bukan Islam ni belum tentu ikhlas untuk convert ke agama suci Islam.

My point of view senang je, sapelah kita ni untuk nilaikan keikhlasan hati seseorang kan. Sebab ikhlas tu sendiri umpama semut hitam yang berjalan di atas batu hitam di malam yang gelap. Boleh nampak ke?

Dan yang paling penting sekali, dalam Islam juga ada menyebut yang lelaki yang baik hanyalah untuk perempuan yang baik dan begitulah sebalik nya. Jadi kalau dah memang itu jodoh mereka, maksudnya mereka memang padan to each other. Kalau ada masalah sekali pun, anak usahawan ternama tersebut sudah cukup dewasa dan matang untuk tangani nya bak kata orang tua-tua ikut rasa binasa, ikut hati mati.. Cinta itu tidak buta, tetapi manusia lah yang buta kerana tidak pandai menilai cinta.

ok, dah rasa lega dan puas hati dapat meluahkan apa yang dirasa. PEACE! =)