Tuesday, July 27, 2010

STOP eating my soap!


eeii.. geli dan menyampah betul lah..

Setiap kali saya masuk bilik air untuk mandi, pee ,boo boo or ambil wuduk, mesti akan nampak scenery seperti di atas. Geli tak? Mestilah geli kan..

Dan setiap kali ke bilik air jugak lah, saya akan pastikan saya bersihkan sabun tu dari dihurung oleh si kenit- si kenit tersebut. It's my facial soap for God sake!

Do I really need to share my facial soap with the ants?? blergh!! ke memang semut suka makan sabun? Apa agaknye the soup ingredient sampaikan semut suka sangat nak buat sarang..? Yang peliknya, sabun-sabun yang lain takde semut pun..

Do you have any suggestion to prevent it? Saya dah pernah alihkan ke tempat yang kering dan lebih tinggi tapi semut-semut tetap panjat ke tempat tinggi tu just to reach my soap! walaaH, sangat gigih kan semut-semut itu..

atau, semut zaman sekarang dah pandai nak cantik dgn mencuci muka..? ahahaha..

Monday, July 26, 2010

Isnin yang MEMBENCIKAN.


Saya tidak berniat langsung untuk membenci hari Isnin. I'm sorry Monday, but you are NOT welcome.

Kalau awak jadi saya, mesti awak semua pun tidak akan suka kepada hari Isnin, kerana saya perlu menunggu lama untuk hari Jumaat tiba.

Hari Isnin hari yang sukar dan sedih.

Hari Isnin, suami perlu pulang semula untuk bekerja dan meninggalkan saya keseorangan.

Hari Isnin, tahap kerinduan saya kepada en.suami berada pada tahap puncak yang paling tinggi.

Hari Isnin, saya akan berasa risau memikirkan perjalanan pulang en.suami dari sini.

Hari Isnin, saya perlu stabilkan mood untuk kembali bekerja.

If I could spend another night with you.. just to watch you sleeping...


maafkan saya Isnin, tidak bermaksud untuk lukai awak...

Wednesday, July 21, 2010

newly-wed chef

Siapa kata newly-wed tidak pandai masak..? hehee..
Saja nak show-off, I'm newly-wed but alhamdulillah I know how to cook for my hubby. Saya tahu masak pun sebab tahun akhir di universiti dulu, I tinggal wiv my sis aka mak encik at her house. So nak tak nak, saya perlu tolong dia prepare food dan dari situ secara tidak langsung belajar memasak. Eventhough, dolu2 rasa nye ntah apa2 je kan.. but lama2, dah pandai =)
This is the dinner I prepared for us (me and him) on last Sunday. Hanya berpeluang masak untuk dia pada weken sahaja. So, dari pagi, tgh hari dan malam I akan pulun masak supaya husband dpt merasa air tangan wifey nye ini. hehee..
siakap tiga rasa
Perlu ke tampalkan resipi..? rasanye, mesti semua pun tahu masak ikan siakap tiga rasa ni kan? Lagi pun, malu pulak nak letak resipi since orang lain masak mesti lagi dua kali ganda sedap dari I. kikiki...


This is the whole meal, ikan siakap tiga rasa, lala bersos tiram dam kobis kicap. Husband makan berselera, maklumlah hari-hari makan lauk kedai.
Minta diri dulu yer, nak fikir apa nak dimasak untuk sabtu dan ahad ni. Ada idea x? =)

Tuesday, June 22, 2010

I'm so so in LOVE with pink

I don't wanna be HARD WORKING, I wanna WORK SMART.. pffttt.. bos, I don't need extra work since I am still in HONEYMOON stage (as if my bos ever read my blog). Such a pathetic starting. Blerghh..

Ookie-dookie, mesti ramai yang tertunggu-tunggu my wedding reception picture kan? Since in previous entry, saya dah share kan solemnization picture, apa salahnye saya share pulak gambar masa kenduri kan. Ready guys?? (macam lah ada yang kisah kan. kikiki..)

Start with ketibaan pengantin lelaki at about 1pm. Awal-awal lagi dah tersalah entrance, supposely pengantin lelaki tiba at the other side of khemah tapi my mistake, saya lupa inform kepada my hubby so hubby pun masuk je ikut suka hati nye. My family pun x sedar yang rombongan pengantin lelaki dah sampai at the other side sampai lah my hubby called and inform me. Maka bergegas lah pasukan kompang ke tempat rombongan pengantin lelaki..



Actually PINK is not my favourite colour, tapi dari dulu-dulu lagi, everytime I wear PINK, semua akan kata, I sangat suit dengan pink sampai saya pun dah terpsycho dan terus jadi suka pink. Maka, my wedding theme colour, I decide to choose PINK. My husband is not homoseksual, it's just a trend kan sekrang men wear pink ;p



Ye. Ye. Baju tu saya buat tempahan khas, combination warna tu saya yang pilih dan saya juga yang pilih design tu. Saya tahu nampak cantik, terima kasih ye sebab memuji. kikiki..

Cuma make up tu, saya rasa boleh diperbaiki lagi kot.. Sebab ramai yang kata muka saya nampak gelap wearing that make up. But I don't care, mana boleh puaskan hati semua orang kan. Saya tak boleh jadikan semuanya sempurna but I have to look perfect. For me, I'm perfect enough on that day =)



Reception on husband side was just the next day. Maklumlah, sama-sama dari bandar yang sama. So it's not a problem to make two reception in a week. This time, he choose GREEN as the colour theme and we wore songket.


Gambar bawah ni ialah semasa mommy menyerahkan saya kepada mother in law dan mother in law menerima saya sebagai menantu. Eventhough rumah saya dalam bandar yang sama but still tak boleh sorok kan perasaan sedih tu.. I still wanna be mommy and daddy little beby...




Last but not least, terimalah nyayian sumbeng kami.. dipaksa nyanyi hokey.. dan fankly, time nyanyi tu terus hujan gerimis. hehehee..

i just wanna grow old with u, darl..

Thursday, June 17, 2010

single to double

Okie.. I'm STUCK. Dah beberapa kali type dan padam, type dan padam. Tak tahu macam mana nak mulakan penulisan. Mungkin sebab dah agak lama tidak update blog kan.

Type dan padam lagi. huh. Okie, hari ni saya nak tunjuk kan gambar-gambar pernikahan saya dan suami, was on 28th/May. Yer, saya tahu itu hari wesak. Saja xmo ambil time cuti sekolah sebab dah tahu akan ada banyak banyak kenduri semasa cuti sekolah kan.

1st picture:
Adalah ketika majlis akad nikah. Orang yang menikahkan adalah my daddy dan orang yang dinikahkan ialah my hubby ;p tanpa banyak soal oleh jurunikah dan pendaftar, kami selamat di ijab kabul kan hanya dengan sekali lafaz sahaja. Alhamdulillah..



Nak kata saya gementar ketika dinikahkan, saya lagi gementar apabila jurumekap saya muncul hanya pada pukul 3.20pm sedangkan pernikahan dijadualkan pada pukul 4.15pm. Nak kata saya sangat rilex pula, saya hampir dimarahi oleh mommy kerana masih sempat bertanyakan pada nya, "mama, is this for real? betul ke dah nak kawen ni?? Kalau nak patah balik, sempat lagi x??" kikiki.. Mau nye tak hangin orang tua iteww..

2nd picture:
Sebaik selesai acara akad nikah dan ketika pembacaan doa. Time ni saya dah hilang rasa gementar, rasa pening kepala je sebab tengok si gadis-gadis kenit lari sana sini di dalam masjid ;p


Dan rasa sangat-sangat nak jumpa with my HUSBAND, kerana kami berpantang sebulan. We did not meet each other one month before the marriage. Not even once. Pegi fitting baju pun asing-asing. Saja nak merasai kemanisan merindui dan dirindui..

3rd picture:
Majlis pembatalan air sembahyang. Walau pun sebenarnya, saya dah pergi terkam dan hold my husband hand sewaktu di dlm masjid. My sister terpaksa pisahkan saya dan hubby ;p Bride yang langsung tak tahu malu. kikiki..


Majlis diadakan di rumah dan saya menerima sebentuk gelang tangan yang saya dah tak tahu bila akan pakai lagi, since I'm not of girl yang suka memakai barang kemas.

4th picture:
Hubby memberi mas kahwin yang telah digubah menjadi bunga =) Mas kahwin saya rm1101, diminta oleh mommy and daddy. Hantaran perkahwinan, memang mommy and daddy tak letak harga, terpulang pada pihak lelaki untuk tetapkan nye.


Last picture:
Kali pertama menciumi tangan nya sebagai seorang suami.. Ada perasaan indah, ada rasa terharu, ada rasa manis.. Nasib tangan tak berbau rokok ye..


Hari yang sempurna seperti yang saya bayangkan selama ini. Cukup dengan kehadiran kawan-kawan rapat dan saudara mara yang tersayang =) Thanx all, mmwwaaHS!!