Tuesday, January 10, 2012

Limited

emm.. teringin sangat nak update pasal Phuket Day 2.
Tapi semenjak dah mula bekerja ni, masa amat limited.
Walau pun bekerja hanya separuh hari, tapi ada kerja yang perlu dibawa pulang dan disiapkan di rumah..

Hopefully, saya akan dapat curi sedikit masa nanti untuk menulis tentang Phuket Day 2 ;)

Wednesday, January 4, 2012

Melayang jauh

Hati siapa yang tak risau bila the other half tiba-tiba tak sihat..?
Lebih rasa perit apabila the other half tu tiada di depan mata..
I feel hopelesS.. Nothing much that I can help from here..
Hanya mampu berdoa.. Hanya mampu beri kata-kata semangat..
Rasa terbang semangat.. Jasad di sini tapi fikiran melayang nun jauh pada si dia.

Semoga si dia cepat sembuh.
Sedih rasa hati bila dengar suara yang tak bermaya..
Semoga Allah permudahkan semuanya..

Phuket Day 1

On 2/December/2011, me and husband travel to Phuket Thailand for a holiday. The reason why we chose Phuket is because I really love beautiful beaches. I booked the Air-Asia flight ticket on February sebab masa tu Air-Asia sedang buat promotion. Harga yang saya dapat untuk 2 return ticket bersama luggage was around rm500. Pada saya itu dah cukup murah as compare to MAS flight ticket.

One week before the departure date, we make the self check in through the Air-Asia website to get the boarding pass. Kalau check in awal dapat duduk depan memandangkan saya tidak beli seat dan saya hanya bayar untuk satu luggage sahaja that can carry up to 15kg. Antara benda yang saya bawa selain daripada pakaian ialah 6 botol mineral water, ubat-ubatan seperti pil cirit-birit, panadol, ubat tahan muntah dan saya juga membawa makanan ringan. Disebabkan 6 botol air itu, the weight of the luggage exceeded more than 15kg. Kan dah kena bayar lebih..

Kami sampai di LCCT satu jam sebelum penerbangan. Disebabkan kesuntukan masa, maka tak dapatlah kami jalan-jalan di sekitar free tax zone LCCT.

muka teruja si dia sewaktu di LCCT ;)

The journey to Phuket from LCCT took only 1 hour and 15 minutes. Entah kenapa, saya langsung tak berasa tenang di sepanjang penerbangan. I just feel insecure. Rasa macam gayat, macam plane tu nak jatuh ke bawah jer. Dulu-dulu naik flight hingga 12 jam ke London tak pula rasa macam ni. Jadi disepanjang penerbangan tu, saya asyik la berdoa semoga selamat sampai. Paranoid. Adakah kerana terlalu banyak menonton Air Crash Investigation di NGO?? heh.

makanan si dia sewaktu di dalam air-plane.

Kami selamat mendarat di Phuket International Airport pada pukul 1pm waktu tempatan. Beza waktu hanya 1 jam. Malaysia awal sejam dari Phuket. Setelah melalui imigresen check, kami terus mencari agent airport transfer yang telah di tempah online di phuketshuttle.com dengan bayaran 700baht (rm70) sehala ke Patong beach. Perjalanan dari airport ke Patong Beach was about 45 minutes.

We check in at Coconut Village Resort around 3pm dan disambut oleh welcome drink. Jarak dari resort ni ke pantai hanya 5 minit perjalanan dengan berjalan kaki. Memang agak dekat. Sebab tu saya pilih untuk tinggal di sini selain drpd banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati di Patong Beach. Selepas je check in, husband kelaparan. Jalan mudah pada waktu tu ialah dengan memakan maggi in cup. Try to find kettle to boil water tapi rupa-rupanya untuk standard room, no kettle is provided. Sadis sungguh. Jadi request jer kt front desk and mereka hantar satu jug air panas.

Petang-petang sket, kami pun berjalan ke pantai disamping mencari-cari kedai yang menjual makanan halal. Sepanjang berjalan-jalan tu, memang agak banyak bertembung dengan anjing which I hate the most. Kata seorang pekerja hotel (muslim), makanan halal banyak di kawasan masjid. So gigih la kami berdua mencari masjid berpandukan direction pekerja hotel tersebut. Dah lenguh berjalan tapi masih belum nampak masjid tapi ternampak ini..

ada tanda HALAL kan.

So our dinner that night was at Dubai Restaurant. The food was okie. Boleh pilih untuk makan makanan Arab or Makanan Thai and even western pun ada ;) Selepas makan-makan, sambung jalan-jalan di Bangla Road kerana waktu malam di sana adalah sangat meriah. Disamping tu, kami nak cari package Island Hoping untuk keesokan harinya.

night life in bangla road.


Memang sangat meriah waktu malam di sepanjang Patong Beach. Ada banyak bar, pub and night club yang of coz kami tak masuk. Ada pilihan untuk menonton carbaret show seperti di atas, ping ping show (free show 18sx), Muay thai dan banyak lagi. Semua tu agak tak sesuai la untuk kami yang muslim ni. Jadi kami jalan-jalan sambil tengok orang dan barang-barang..

Sebelum kembali ke resort, sempat lah kami book package Island Hoping for the next day. Dan sudah dibayar deposit 300baht. Tapi sebagai manusia kita hanya merancang kerana malam pertama tu, husband mula cirit-birit..

will be continue in Phuket Day 2..

p/s: tak banyak gambar kita dapat tunjuk sebab kita malu-malu kucing. hakhak.

Monday, January 2, 2012

Negara Gajah Putih

I just realize that sepanjang December 2011 yang lepas, hanya 3 posting jer yang saya buat kan.
Dalam satu daripada posting tu, saya ada cakap nak pergi somewhere kan..?
Dan saya tak buat pun lagi posting tentang tempat yang saya pergi tu kan..?

Somewhere yang saya dan en.husband saya pergi tu ialah ke sini..

This is Patong Beach.

We have been to Phuket, Thailand and we stayed at Coconut Village Resort, Patong Beach, Kathu, Thailand.


Ini adalah lawatan pertama saya ke negara Asia.
Pertama kali juga saya travel menaiki Air Asia.
Emm.. jujur nya saya rasa agak gayat travel by Air-Asia Flight.
Mungkin perasaan saya jer kot.. atau mungkin saya gediks lebih.heh.

Kami ke sana selama 4 hari 3 malam.
Hari pertama ialah pada 2/dec/2011 dan hari terakhir pada 5/dec/2011.
Banyak sangat pengalaman pahit manis di Phuket.
Ada yang pahit kerana pertama kali ke negara Asia dan tak banyak panduan di blog untuk first timer seperti kami.
So from time to time, saya akan post kan tentang perjalanan kami di sana ok?

Till we meet again ;)

awak suka ADD MATHs tak?

Helo.. Assalammualaikum all ;)
Right now saya sudah berada di Ipoh, Perak.
Masih bersama sang suami tapi esok sang suami akan pulang untuk bekerja.
Masih belum ada rezeki untuk duduk bersama, masih perlu berjauhan dan masih perlu bersabar..

Selamat Tahun Baru Masihi 2012 kepada semua..
Semoga di tahun baru ni membawa kehidupan yang lebih bermakna kepada kita semua.

Already attend our first meeting last Thursday.
Sudah diberi tugas dan jadual waktu mengajar untuk tahun 2012.
Untuk tahun ni saya akan mengajar 4 kelas Matematik Modern Tingkatan 5 dan satu kelas Matematik Tambahan Tingkatan 5.
Terima kasih banyak-banyak kepada ketua panitia yang memberi kepercayaan kepada saya untuk mengajar pelajar tingkatan LIMA.
Tingakatan 5 = SPM. duhh..

Tahun ini adalah tahun pertama saya diberi tanggung jawab untuk mengajar subject add maths.
Perasaan saya adalah sedikit cuak. Add maths kot..
Ada ke siapa-siapa masa sekolah dulu suka add math?? Sila angkat tangan.
I take it positively.. At least ada sesuatu yang baru untuk saya explore.

Nampak tak add math di celah-celah mod math..? MA = Matematik MT = Matematik Tambahan



Pertama kali juga untuk tahun 2012 ini, saya tidak menjadi guru kelas. YEAY.
Tak perlu lah saya tergopoh gapah lagi dengan urusan-urusan guru kelas.
Tak perlu jadi ah long untuk mengutip yuran, tak perlu ambil kedatangan pelajar setiap hari, tak perlu mengisi surat amaran ketidak hadiran pelajar dan banyak lagi.
I am so HAPPY. hee..

once again, HAPPY NEW YEAR to all! semoga saya bersemangat untuk bekerja. hahaha.