Wednesday, November 9, 2011

terlalu banyak..?

Is two too many..? I guess yes because one is singular and two is plural. Tak faham?? I mean, two entry in one day?? hehee..

Actually nak menambah from previous post, kan kita tulis yang kita asyik menonton tV dan serf internet jer kan. kan. Rancangan yang kita tengok hari-hari sekarang ni ialah Top chef ;) walaupun itu ialah ulangan dan sudah diketahui pemenangnya, tapi kita layankan jer. hee..

Setiap hari kita akan blog walking dan baca setiap post baru yang ada dalam link kita. Kalau dah habes semua tu, kita akan blog walking pulak link-link yang ada pada blog husband. Opocot! blog husband..? tehehee.. that is suppose to be a SECRET. ermm.. cari lah sendiri yer, husband kita tak kasi reveal the url. sorry.. blog yang kita baca dan blog yang husband kita baca memang totally different. Sebab en.husband mucuk ilmiah sket dari kita. huh.

And... activity kita yang paling latest ialah...... The Sim Social!! Since kita dan deactivate facebook, kita main kat facebook si dia lah. hahaha. boleh gitu?

About the laparoscopic surgery that I've been talking lately, I've been diagnose by the dopter of having bilateral endometriosis. What is it about, you can always google right..? ;) according to Dr. Jaya Balan (an O&G specialist), that might be one of the reason why I did not conceive after one year of marriage. But I believe, that's because of Allah will ;) The endometriosis make my hormone imbalance and infertile. So, the dopter suggest me to remove the cyst before we move to another stage of medication.

This is one of the effort that we made and yang lain nya saya serahkan pada yang maha kuasa. After the surgery, dopter suntik kan ubat hormon supaya kita tak period for 3 month (meaning dalam masa tiga bulan ni kita memang tak akan conceive), to make sure the womb fully recover. Selain daripada tu, kita and husband, parent kita dan in laws kita semua berdoa sewaktu orang wukuf di Arafah tempoh hari. Semoga Allah perkenankan doa-doa kami ;)

and I have an appoinment with Dr. Jaya Balan this Friday to remove the plaster they have on me. hehee..

p/s: hopefully this post answer all the question that you might have in your head. Sebarang pertanyaan, do not hesitate to ask coz I dont mind to share ok..

cuti 2 minggu.

Hello all..
How's your day??
It's suppose to be WORDLESS WEDNESDAY..? Yes? No?
Hehee..

I'm at home. watching tV. surfing internet. watching tV again and surfing internet again.
Dopter gave me 2 weeks of mc after the laparoscopic surgery.
LAMA nya nak habeskan dua minggu ini..!
will start working on November 16th, 2011. Lama lagi tuh..

The dopter said laparoscopic is just a minor surgery.
In fact, ada patient yang discharge the same day of the surgery.
Saya pun konon-konon tak mahu lah admitted, nak balik jugak hari yang sama..
Tapi sebab mabuk dengan ubat bius, asyik nak muntah, asyik nak tidor.. Jadi terpaksa juga bermalam satu hari di Pantai Medical Hospital..

Dopter kata lagi, tak perlu makan berpantang..
Tapi mama saya kata, MINUM AIR GAMAT, TAK BOLEH MINUM AIS, TAK BOLEH MAKAN MAKANAN YANG GATAL, perlu makan berpantang. haish..
seksa taw bila tak dapat minum ais.
My mil pulak siap sediakan sup ikan haruan ;)
How sweet..

Dopter said we can have sexual intercourse like normal..
But, just imagine, perut I ditebuk tiga lubang dan dalam proses utk recover, ada mood pulak nak make love yer..? hikhikhik..
but I do miss husband so much...

Semoga Allah permudahkan semuanya.. thanx husband for the unconditionally LOVE. muahS.

Monday, October 31, 2011

Laparoscopic.

Admitted at Pantai Hospital Ipoh..
Sedang menunggu penuh saspen dan debaran untuk dibawa masuk ke operation room bila-bila masa dari sekarang.
saya TAKUTs..

p/s: ilya.. kita sihat-sihat ajer ;) thanx bertanyakan khabar yer..

Friday, October 14, 2011

Kad 001

Sekejap je masa berlalu kan..
Sedar tak sedar dah pun sampai ke bulan Oktober.
Sekarang ni di tempat kerja sedang agak busy dengan macam-macam perkara.
Antaranya ialah peperiksaan akhir tahun sedang berlangsung bagi pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 6 atas, performance review, pecutan akhir bagi pelajar tingkatan 5, slip berhenti sekolah bagi pelajar tingkatan 5, mengisi kad 001 dan macam-macam lagi.

Saya sebagai guru kelas tingkatan 5P sedang gigih mengisi kad 001 pelajar.
Kad 001 ni ialah sebuah kad yang berwarna biru dan setiap tahun guru kelas perlu isikan maklumat pelajar seperti tarikh memasuki setiap tingkatan, nama sekolah, nombor kemasukkan pelajar, jawatan yang disandang pelajar, kelab/persatuan/sukan, hobi, cita-cita, minat dan kecenderungan pelajar, sikap pelajar, markah peperiksaan pertengahan dan akhir tahun, tinggi dan berat, dan macam-macam-macam-macam lagi. PENAT oi.

Semua maklumat di atas perlu diisi oleh guru kelas di setiap akhir tahun di atas kad yang sama.
Dari kad tersebut, guru boleh monitor kebolehan pelajar, kecenderungan pelajar setiap tahun dari tingkatan 1 lagi.

So tadi ketika berjumpa dengan pelajar kelas 5P, saya minta mereka isikan di atas sekeping kertas tentang maklumat yang diperlukan dan saya akan menyalin kan semula maklumat tersebut ke dalam kad 001.
Apa yang mengejutkan saya ialah, pada tahun 2010 iaitu ketika pelajar saya berada di tingkatan 4, seorang daripada pelajar kelas 5P bercita-cita ingin menjadi...


BOMOH!!

macam tu pun ada??huh.

Monday, October 10, 2011

kerinduan

Merindui..
Cuba bertabah hati.. meredhai dugaan ini..
Pasti ada kemanisan di penghujungnya bagi orang yang bersabar..
Pasti ada hikmah atas ujian ini..
Allah has better plan for us..

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kau ampunilah dosa ku yg telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fisikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan


Ya Allah Sekiranya suami ku ini adalah pilihanMu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untukku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena


Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmatMu Ya Allah
sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu


Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akalku mengharungi ujianMu


Ya Allah Ya Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati suaminya
Amin, amin Ya Rabbal Allamin..