Thursday, August 19, 2010

merindu..


Saya belum tidor lagi.. Rindukan suami.. Doakan permohonan saya untuk berpindah sekolah ke KL/Selangor bulan September nanti diluluskan ye.. Tolong doakan juga kami mendapat beby soon. Bukan nya desperate sangat nak anak, tapi seronok kan bila penat bekerja,dan balik rumah ternampak senyuman si kecil. Mesti hilang semua kepenatan. kan?

Oh. Hari ni saya berjaya buatkan kuih buah melaka/onde-onde sempena menyambut kepulangan mommy and daddy =) daddy tak sangka yang his little princess reti buat kuih. hehee.. tapi tak snap picture pun sebab kuih buah melaka saya tu almost x berwarna hijau pun since saya takde pencelup hijau. Dah guna daun padan tapi mungkin x cukup kot daun pandan yang saya gunakan tu.

Resepi adalah sama macam yang orang lain buat, cuma saya ada terbaca jika mahukan kuih buah melaka tu lebih gebu, boleh tambahkan ubi keledek dalam bancuhan tepung pulut. Belum cuba lagi letak keledek, mungkin semasa weekend nanti, boleh buatkan untuk en.suami pula..

Till here. Enjoy your weekend. If you plan to travel, remember to put on seat-belt and drive carefully!!

Tuesday, August 17, 2010

Beli satu jenis, dapat tiga jenis.

Hari ini, saya telah merajinkan diri membawa diri ke bazar Ramadhan. Al maklumlah, tinggal seorang rasa macam tidak berbaloi pula untuk memasak kan (ayat-ayat orang malas). hehee..

Dalam keheningan petang, saya meredah hujan yang agak lebat semata-mata untuk mendapatkan makanan berbuka. Aduiyai.. I really hate being alone at HOME. Cepat lah pulang mommy and daddy.. Sambil memandu, dalam kepala sudah berkira-kira untuk membeli nasi kerabu (ini angkara terbaca dalam blog pn.Zarin lah ni) dan kuih buah melaka.

Memandangkan saya di Ipoh dan bukan nya di Kelantan, maka sangat limited choice gerai yang menjual nasi kerabu. Ada satu gerai je, tapi saya tengok nasi kerabu dia takde kuah tumis macam yang dalam nasi kerabu pn.Zarin jadi saya tak jadi nak beli. Dan turn out membeli nasi beriyani kambing, muahaha.. dan dapat juga membeli kuih buah melaka itu =)

Dekat tajuk ada tiga jenis lauk kan? Mana datang lagi DUA lauk misteri itu. Saya masak?? jangan harap lah.. kikiki.. sangat pemalas ok untuk masak seorang makan. Yang sebenarnya, lagi dua lauk itu ialah hasil daripada lauk moreh di masjid berdekatan. Kebetulan, semalam adalah turn my dad organise moreh jadi orang di rumah pun dapat merasa sama lauk tersebut. Saya panaskan saje since lauk yang diberi semalam sangat banyak, tidak termakan seorang diri. Dan sangat kena pula dengan nasi beriyani sebab lauk moreh itu ialah ayam masak merah dan daging kicap. Memang rezeki.

Perlu ke sahur nanti makan lauk moreh juga?? Blerghh!!

Sunday, August 15, 2010

Rendang Udang

kenapalah gambar BLURR ni??

Untuk berbuka semalam, ini adalah salah satu menu yang saya masak kan untuk suami selain daripada bebrapa jenis lauk lagi. Gambar tu agak kabur dan nampak tidak menyelerakan kan? kan? Itu gara-gara menangkap gambar guna blackberry husband lah tu.. Tak kisah lah gambar blurr pun asalkan suami kata sedap =)

Decide untuk masak rendang udang ni setelah membelek-belek resepi di dalam buku Rasa edisi Mei 2010. Dalam Rasa, resepi ni dinamakan Udang semanis ibu. Bukan nya apa, setiap kali membeli udang mesti akan dimasak sambal atau goreng berkicap so kali ni sempena Ramadhan buat kelainan sedikit dengan memasak udang rendang.

So saya nak kongsikan resipi ni dengan awak awak semua, incase awak buntu nak memasak apa untuk berbuka nanti. Oh, saya memang suggest lah untuk mencuba resipi dari buku Rasa ni sebab dah banyak resepi yang saya cuba dan semua nya menjadi =)

Bahan A:
Udang (saya gunakan 11 ekor untuk kami berdua makan)
Pati santan (saya gunakan santan kotak 3 sudu makan)
Rempah kari ikan
Minyak masak
Garam

Bahan B:
Bawang merah-5 biji
Bwang putih- 3 biji
Halia- 3 hiris
Cili merah- 2 biji
Jintan Putih
Kerisik

Bahan C:
Bawang merah- 4 biji
Bawang putih- 2 biji
Kulit kayu manis- 1 batang
Bunga lawang- 2 kuntum
Bunga cengkih- 3 kuntuk

Cara memasak:
1. Kisarkan kesemua bahan B kecuali kerisik. Rumah saya belum ada blender jadi saya tumbuk.
2. Gaulkan bahan kisar, kerisik dan rempah kari bersama udang. Perapkan selama 10 hingga 15 minit.
3. Kemudian bawang merah dan bawang putih dalam bahan C ditumbuk halus dan ditumis bersama kesemua bahan C dengan minyak masak yang panas hingga kekuningan dan naik bau.
4. Masuk kan udang yang telah diperap tadi dan kacau selama 5 minit.
5. Masuk kan pati santan dan kacau sehingga pekat.
6. Akhir sekali, perasakan dengan garam secukup rasa.

Senang dan sangat simple kan? Untuk berbuka hari ini, saya masih belum fikirkan menu. Suami ajak berbuka di luar sebab malam ni saya perlu pulang semula ke Ipoh. Di mana yer yang sedap untuk Iftar area KL?

Ok, till here. Saya nak perapkan ayam berempah untuk suami bersahur semasa ketiadaan saya nanti. Nak resipi ke? ;p

Friday, August 13, 2010

Woohoo!


Finally it's FRIDAY!! My favourite day because it is time to meet the other half =) wee!!


Today is my turn to travel to KL. Penah dengar tak, kalau kita di dalam perjalanan, maksudnya kita ni adalah musafir kan? Saya akan bertolak ke kl dan menjadi musafir di dalam perjalanan nanti.


Musafir tidak diwajibkan berpuasa kan?? kan?? kan??


Let see secara Mathematical Reasoning nya..



Premise I: Musafir tidak diwajibkan berpuasa,

Premise II: Saya adalah musafir,

Conclusion: Saya tidak diwajibkan BERPUASA.


kikiki... day dreaming! dah tua bangka masih fikir cara untuk skip puasa. erk. Btw, enjoy your weekend with the LOVE one =)

Thursday, August 12, 2010

1 Ramadhan dan Nasi

1 Ramadhan tu kan semalam. Maka nya semalam adalah hari pertama berpuasa pada Ramadhan tahun ini. Semalam, bila buka surat khabar je mesti nampak iklan mcD lah, KFC lah, buffet ramadhan lah, semua nya nampak sedap dan menyelerakan. Belum kira keteringinan yang macam-macam untuk berbuka tu. hehee..

Seperti Ramadhan tahun-tahun sudah, keluarga saya agak jarang ke bazar Ramadhan. My mommy prefer untuk masak kan sendiri, lagi sedap kata nya. So semalam pun sama seperti Ramadhan yang lalu, mommy masak untuk keluarga.

Antara yang mommy masak ialah kerang masak lemak, asam pedas ikan pari, ikan temenung bakar cicah budu dan gulai lemak bayam bersama petai. Waktu berbuka tu, saya tidak lah haus sangat tapi memang membara untuk menjamah masakan mommy. Jadi bila azan berkumandang, kami sekeluarga menjamah kurma dan minum air terlebih dahulu.

Saya orang pertama buka periuk nasi untuk mencedok nasi dan alangkah hampa nya kerana periuk nasi itu KOSONG. Kami terlupa untuk tanak nasi lah. kuang. kuang. kuang. Sadis betul.

Maka nya makan nasi hanya selepas solat maghrib. hee.. To all of u, jangan lupa masak nasi okie. Untuk sahur dan untuk berbuka juga. Selamat berpuasa! =)