Friday, September 28, 2012

berjauhan..

Assalammualaikum.. Memang hati sentiasa rasa tidak seronok bila berjauhan kan? Terutama sekali bila berjauhan dengan orang tersayang.. Saya memang selalu berjauhan dengan suami dek faktor pekerjaan. tapi disepanjang tempoh perkahwinan kami, tidak pernah ada satu hujung minggu pun yang kami tidak berjumpa. Weekend, cuti sekolah atau cuti am memang waktu untuk kami bersama. Tapi hujung minggu ini sudah masuk minggu kedua kami berjauhan.. Sedihnya hanya Allah yang tahu. Rindunya sangat mencengkam kalbu.. Saya masih boleh bersabar apabila suami di Kajang dan saya di Ipoh, kerana kami boleh berjumpa dengan hanya 2jam perjalanan. Kini, suami berada sungguh jauh. Di benua yang saya langsung belum pernah jejaki. Dengan budaya yang begitu asing sekali. My dear husband berada di bumi Brazil atas urusan kerja.. Bussiness trip yang dirancang 2 minggu akhirnya terpaksa dipanjangkan hingga sebulan. Apa yang boleh dilakukan hanyalah bersabar dan berdoa.. I can make myself very busy during the day.. but when the night comes, I feel really lonely and keep on missing you..

Monday, September 24, 2012

Set Fire To The Rain

Sometimes when I say "I am okay", I want someone to look at me in the eyes, hug me tight and say, "I know, you are not."

Tuesday, June 12, 2012

From Ipoh to Kajang to Morib.

Bismillahhirrahmanirrahim..

Since I already started writing, so I can't stop. Bila dah stop nanti, ambil masa berbulan pulak untuk menulis semula ;)

According to the title, since last two weeks was a school holiday, maka nya wajiblah saya pulang ke rumah di Kajang. Happened to be that our anni was during the school holiday. So my husband surprised for me was by taking a leave from work and brought me to Morib.

Plan asalnya ialah untuk bertolak pagi, but knowing us yang suka sangat buat kerja last minute, kami bertolak jelah ikut sempat- tengah hari. While husband drive, I sajalah nak tunjuk bakat fotography. LOL.



We managed to stop for lunch at Restoran A.Hassan yang famous amous dengan ayam kampung nya tu. I had this for lunch that day.



Tak teragak-agak ambil 2 ketul ayam for me yer. Tak perlu kuah sebab I cicah ulam dengan budu. Yummy nya!

Then we managed to arrived Morib at 3pm. Sedang elok sahaja untuk check in di sini.. Gold Coast Morib.



Kepada yang belum tahu, Gold Coast Morib ni tempat yang masih baru. Terletak berhadapan pantai dan terkenal dengan water theme park. Sangat menarik pada kami untuk relax, dating dan berendam dalam jakuzi di studio suit yang kami sewa. Kalau awak awak nak main slide seperti pada pic tu, jgn lupa bawa persalinan baju renang okie.

Perkara kurang menarik terjadi bila receptionist tu beri kami bilik yang masih belum siap dikemas. Terpaksalah tunggu hingga pukul 5pm untuk masuk berehat di bilik. Sementara tunggu bilik dikemas, sempatlah kami lepak2 tepi pantai sambil ambil gambar. Tapi kerana terlalu 'pandai', saya tak save gambar2 tersebut dan semua usaha hanya sia-sia. Wuwuwu. *nanges

Esoknya after breakfast, ambil gambar sekali lagi dan kali ni confirm save.



Pantai yang landai dan berlumpur, langsung tidak sesuai untuk bermandi manda.
After check out at 2pm, terus gerak balik ke Kajang.

It was our 2nd anniversary and yet I still can't get enough of you..
Masih tetap berasa sayang, masih tetap ada rindu.. rindu banyak sekali.
Semoga Allah rahmati perkahwinan kita dan sayang awak hingga ke jannah..

P/s: surprise kita untuk dia dah tak jadi surprise sebab kita tak sabar-sabar revealed hadiah untuk dia sebelum tarikh anni lagi. Hahaha.. Memang dasar tak boleh tahan rahsia..

- Posted using BlogPress from my iPad

June-Rindu untuk menulis..

Helo June.
Sedar tak sedar, sudah sebulan tidak menulis.
Banyak yang terpendam, tersimpan.
Banyak yang mahu diceritakan.
Banyak juga yang perlu dirahsiakan. Hehehe..

Bila June tiba, ada sedikit rasa terkilan dalam hati.
Permohonan kali keempat untuk bertukar tempat bekerja masih tidak berjaya.
Masih tetap akan ada rindu dalam dada, dalam jiwa.
Tapi bukan kah setiap ujian yang melanda itu menunjukkan ingatan Pencipta kepada kita..

Bersabar, redha dan bersyukur lah duhai hati..




My darling Eduardo and Yumee..


- Posted using BlogPress from my iPad

Tuesday, May 8, 2012

Kenapa buang bayi tu..?

Tak suka tengok berita.
Tak suka. Tak suka.
Banyak sangat berita yang mengerikan.
Warga Emas mati diserang anjing la..
Baby yang dibuang cedera digigit dan dicakar anjing la..
Sedih sangat..
Sedih sangat-sangat dengan kezaliman manusia ni.
Sampai nya hati untuk BUANG anak yang telah dikandung sembilan bulan tu.
Sedih nya..
Kenapa?
Kenapa perlu buang?
Baby tu bukan sampah sarap.
Baby tu ialah satu anugerah dan amanah..
Kalau tak sanggup untuk pikul amanah dan tanggungjawab tu, sila jangan amalkan seks bebas okie.
Semoga Allah lindungi baby tersebut dan semoga Allah ampuni dosa kedua ibu bapa nya dan memberikan hidayah pada mereka.
Dan semoga Allah memberkati kita semua..
Amin..

Terima Kasih

Ya Allah..
Ampunilah aku yang kadang terlupa untuk bersyukur..
Asyik berdoa dan meminta hingga terlupa atas setiap rahmat dan kurniaan yang telah engkau turunkan..

Alhamdulillah dan terima kasih, Ya Rahman..

Wednesday, May 2, 2012

May.

Assalamuualaikum..
MAY is our anniversary month!! =)
So kena set mood happy jer through out the month. haha.
I'm still deciding on anni gift or anni surprises..

Walau apa pun, sayang rindu sayang rindu sayang rindu him.. a lot.

Tuesday, April 24, 2012

Banyak orang banyak ragam nyer..

Hola~~

Pelajar kitew kan, memang pantang tengok benda pelik sket, mesti nak tegur.
Hari ni kitew saja la nak melawa sket ke tempat kerja.. melawa sikit je..
Tiba-tiba semasa dalam pengajaran dan pembelajaran, one of the form 5 boy said to me, "huiyoo.. teacher pakai CELAK la hari ni.."
Jealous lah tu sebab teacher dia nampak cantik kan. haha.

p/s: Kitew pakai EYE LINER actually..

Monday, April 23, 2012

all about the dance.

Helo.
Ada sesiapa rindu pada kitew tak? ;p
Hari ni rasa nak menulis..
Asyik berkata-kata dalam hati je pun tak best jugak kan..
Kalau menulis, at least terasa seperti share sesuatu dengan seseorang kan..?

Hmm.. alkisahnya, lately ni kita agak busy bee. atau lebih kepada mem'busy' kan diri. heh heh.
Tarian sempena hari ucapan dah sempurna di choreograph. Alhamdulillah.
Esok akan ada reherasal pertama. Nervous okie.
Walaupun bukan kitew yang nak menari on stage, but being the teacher incharge, I still feel nervous.
Kitew nak rakam dan publish di sini tapi compact camera kitew tertinggal di rumah Kajang.
Camne tu?
Semoga ada kawan kitew yang baik hati nak rakamkan tarian tu nanti ;)

Oh, kitew tak ikut pun sepenuhnya tarian Joget Kasih Tak Sudah seperti dalam pprevious post.
Hanya beginning jer lebih kurang sama dengan tarian tu, tapi selepas tu diikuti dengan Indian step and Chinese step.
Kata 1 Malaysia kan..
At first, pakaian yang kitew cadangkan untuk dancer ialah mengikut kaum masing-masing..
but the girls even Chinese and Indian girls prefer to wear kebaya with sarong and I'm okie with it.

Semua persiapan tarian macam dah okie, cuma ada satu je yang kurang dan belum dibeli iaitu...


kipas berbulu ni..
You all tahu tak di mana saya boleh beli kipas berbulu begini eh?
The girls need it for the chinese step..
Stress kitew tak jumpa kipas begini. duhhh..

p/s: soalan mid-year exam tak siap lagi ni.. risau. risau.

Wednesday, April 4, 2012

I am sorry..

Dear husband..
I am sorry that I'm not pregnant...
Semoga Allah beri saya kekuatan..
Semoga saya dapat bertabah hati, redha dan bersyukur..
Allah has better plan for us...

p/s: Tetapi kenapa tetap menangis..?

Tuesday, April 3, 2012

I really cannot DANCE.

Hye..
Tidak nyenyak tidor okie disebabkan oleh tugasan tarian sempena Hari Ucapan nanti.
Kenapalah kayu sangat I ni..?
Sudah banyak tarian yang berjaya I jenguk di youtube.
Sampaikan I search for 'Dancing for dummies' lagi.
Hahahaha. Sadis betul.
Setelah dipantau, I rasa mahu cuba ajar tarian ini sahaja pada students.
Nampak macam simple dan cantik.
Semoga students saya dapat ikuti tarian ini tanpa perlu I menari bersama ;)


Monday, April 2, 2012

Don't read. Membebel jer.

Helo April ;)
Pertama sekali, I nak tanya yang mana better, is it Ipad or Samsung Galaxy Tab?
Saya sempat tanya oppinion students kesayangan di kelas, mereka (13 orang pelajar) sebulat suara suruh I beli Galaxy Tab.
Tapi dalam hati I kuat sangat-sangat nak beli Ipad.
So how?
Tapi oppinion yang terpenting ialah daripada orang yang nak menggunakannya kan?
Kepada orang yang terasa, sila beri jawapan pada saya yer. kekekeke.

Secondly is about pertukaran.
Starting from 1st April until the last day of April, we can start to fill in the transfer form by online.
Seperti sebelumnya, saya akan tetap memohon dan mengharapkan jawapan yang positif.
Can you all please include that in your doa..? Please..

The third thing is about Hari Anugerah/ Hari Ucapan.
The good news is I'm no longer the setiausaha so takdelah sakit kepala sangat.
But they change my position to AJK Persembahan dan I perlu incharge TARIAN.
TARIAN ok. TARIAN for real. erk..??
Saya ni mana la reti menari, kayu sangat taw.
Daripada tak sakit kepala, dah mula pening2 nih ;p

p/s: adake husband kita suruh student kita shuffle jer..hurmm..

Wednesday, March 28, 2012

Tanda-tanda..

Helo.
Dua tiga hari ni, badan kita rasa lain macam jer.
Sejak sampai Malaysia, kita start batuk-batuk hingga hari ini.
Paling terseksa ialah batuk ketika mengajar.
Bukan batuk yang sikit-sikit, tapi batuk tak henggat.
Sampai sakit dada dan tekak taw.
Kesian student kita, tenganggu proses pembelajaran ;)

Then, ketika di tempat kerja juga, kita selalu rasa mual.
Seolah-olah mahu termuntah, tapi tak muntah pun..
Badan rasa panas yang meresahkan..
Emosi kurang stabil hingga perlu bawa rotan ke kelas..
Bawa jer rotan, tapi tak rotan pun. muahahahaha..
Tanda-tanda apakah ini yer..?

Fikir punya fikir punya fikir..
Oh. ini simptom 'best friend' mahu datang melawat kot..
Maklumlah sudah hampir 4 bulan tidak didatangi 'best friend', sampai terlupa simptom nya. hahaha.

Sunday, March 25, 2012

oh Monday..

Helo~~
I'm trying to sleep.. Kalau di Mekah, baru masuk waktu Maghrib.
Rindunya pada bumi Makkah yang barakah itu..
Semoga akan diterima menjadi tetamuNya berkali-kali lagi. InsyaAllah.

I'll start working tomorrow.
Kalau ikut kata hati, masih mahu teruskan cuti.
Tambahan lagi, keadaan kesihatan yang kurang memuaskan.
Tapi itu bukan alasan kan..?

Semoga saya rajin bekerja esok. oh Monday.....

p/s: husband ikut pulang ke Ipoh, might be working from home for a week. So kind of him ;)

Saturday, March 24, 2012

Talking to the moon..



Assalammualaikum..
Saya sudah selamat tiba di Kuala Lumpur.
Just wanna share this v-clip yang saya dengar sepanjang dalam penerbangan Emirates from kL-Dubai-Madinah dan penerbangan balik Jeddah-Dubai-kL.
Love this song and hope you guys will enjoy it too ;)

Wednesday, March 14, 2012

from Madinah..

Salam..
Saya bersiaran dari Madinah.
Alhamdulillah sudah masuk hari ketiga.
Esok akan berangkat ke Mekah..
Rindu Khairul Anwar saya..

Wednesday, March 7, 2012

Bawaku Pergi, Khairul Anwar..

miss miss miss miss him so much..
Rasa nak sangat lari..
Mahu lari bersama si dia..
Walau pun ada yang kata lirik lagu ni kurang sesuai in the sense of seperti menggalakkan remaja lari dari rumah, but I don't care..
Saya bukan remaja dan saya layak untuk lari dari rumah with my love one.kekeke..

Nak sangat lari.. Jom sayang..



p/s: thanks to my dearest Ilya for introducing this song to me ;)

Saturday, March 3, 2012

Love.

'CINTA adalah apabila kita masih berasa RINDU walaupun si dia berada di depan mata..' -Lisa Surihani.

and... I couldnt agree more ;)

Friday, March 2, 2012

Selamat tinggal kawanku..

Helo.
Minggu ini saya berada dalam zon yang sungguh selesa kerana suami comel berada di rumah sepanjang masa ;)
He was working from home from Monday-Wednesday and on leave from Thursday-Friday.
Hati rasa berbunga-bunga jer all the time.
But, on Monday he will be going back to Kajang and working on normal shift.
Oh Monday, please don't take away my husband....please..

Next week, my student will be seating for Ujian Penilaian 1 (read: monthly test).
The 1st term of school break is coming after the test.
It is a week of break and this time I'll be staying at Kajang only for the first two days of holidays (read: Saturday & Sunday).
On Sunday night, I'll be leaving him (read: husband) for a fortnight.
Even the school break is only a week, but I'll be outside Malaysia for two weeks.
Berat rasa hati nak tinggalkan si dia seorang di Malaysia..

Walau pun berat untuk tinggalkan si dia, tapi a part of me rasa tak sabar untuk ke Arab Saudi.
Alhamdulillah, dimurahkan rezeki untuk sekali lagi menjadi tetamu Allah.
Tak sangka Allah perkenankan doa dan hajat saya untuk mengerjakan umrah..
Kali ini, saya akan ke Mekah dan Madinah bersama kakak dan daddy saya.
Menemani kakak yang present paper di Universiti of Madinah, dan langsung mengerjakan umrah selepas itu.

Saya akan bertolak pada 11/March dan kembali ke Malaysia pada 23/March.
Kepada semua, saya hendak minta maaf atas semua kesilapan saya terhadap anda jikalau ada. Maafkan jika perkataan atau perbuatan saya telah menyinggung dan mengguris perasaan awak awak semua.
Saya hanya manusia biasa yang sering kali melakukan kesilapan.
Doakan perjalanan saya selamat pergi dan kembali.

p/s: ada sesiapa mahu saya doakan apa-apa di depan Kaabah?

Friday, February 24, 2012

Yuna - Terukir Di Bintang

Helo. Salam Jumaat ;)

I dedicate this Video Clip to all of you. Love, love, love, loveeee this song.



Nama siapa yang terukir di bintang tu..? My dearest sudah ada di Ipoh.. HEPI MOOD. Yeay!!
Selamat berhujung minggu to all..

p/s: esok sekolah ganti yerrr...