Monday, October 31, 2011

Laparoscopic.

Admitted at Pantai Hospital Ipoh..
Sedang menunggu penuh saspen dan debaran untuk dibawa masuk ke operation room bila-bila masa dari sekarang.
saya TAKUTs..

p/s: ilya.. kita sihat-sihat ajer ;) thanx bertanyakan khabar yer..

Friday, October 14, 2011

Kad 001

Sekejap je masa berlalu kan..
Sedar tak sedar dah pun sampai ke bulan Oktober.
Sekarang ni di tempat kerja sedang agak busy dengan macam-macam perkara.
Antaranya ialah peperiksaan akhir tahun sedang berlangsung bagi pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 6 atas, performance review, pecutan akhir bagi pelajar tingkatan 5, slip berhenti sekolah bagi pelajar tingkatan 5, mengisi kad 001 dan macam-macam lagi.

Saya sebagai guru kelas tingkatan 5P sedang gigih mengisi kad 001 pelajar.
Kad 001 ni ialah sebuah kad yang berwarna biru dan setiap tahun guru kelas perlu isikan maklumat pelajar seperti tarikh memasuki setiap tingkatan, nama sekolah, nombor kemasukkan pelajar, jawatan yang disandang pelajar, kelab/persatuan/sukan, hobi, cita-cita, minat dan kecenderungan pelajar, sikap pelajar, markah peperiksaan pertengahan dan akhir tahun, tinggi dan berat, dan macam-macam-macam-macam lagi. PENAT oi.

Semua maklumat di atas perlu diisi oleh guru kelas di setiap akhir tahun di atas kad yang sama.
Dari kad tersebut, guru boleh monitor kebolehan pelajar, kecenderungan pelajar setiap tahun dari tingkatan 1 lagi.

So tadi ketika berjumpa dengan pelajar kelas 5P, saya minta mereka isikan di atas sekeping kertas tentang maklumat yang diperlukan dan saya akan menyalin kan semula maklumat tersebut ke dalam kad 001.
Apa yang mengejutkan saya ialah, pada tahun 2010 iaitu ketika pelajar saya berada di tingkatan 4, seorang daripada pelajar kelas 5P bercita-cita ingin menjadi...


BOMOH!!

macam tu pun ada??huh.

Monday, October 10, 2011

kerinduan

Merindui..
Cuba bertabah hati.. meredhai dugaan ini..
Pasti ada kemanisan di penghujungnya bagi orang yang bersabar..
Pasti ada hikmah atas ujian ini..
Allah has better plan for us..

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kau ampunilah dosa ku yg telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fisikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan


Ya Allah Sekiranya suami ku ini adalah pilihanMu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untukku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena


Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmatMu Ya Allah
sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu


Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akalku mengharungi ujianMu


Ya Allah Ya Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati suaminya
Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

present.

Ahh.. Finally, tamat sudah duty sebagai pengawas/petugas PMR.
Selepas ini sudah boleh mula bekerja seperti biasa ;)
It's October already kan?
There's someones birthday on 25th.hehehee..
Need to prepare present for that special someone..
Apa yang sesuai untuk si dia sebagai hadiah ye??

my other half


p/s: The right-side of the bed is EMPTY because he already went back to kL and working on normal shift. haish...

Sunday, October 9, 2011

sweet memories remain..

An enjoyable weekend at Cameron Highland ;)


Satu gambar dah cukup utk menunjukkan kegergasian ku. huh.

Friday, October 7, 2011

honeymoon..??

Hye.
Esok en.suami manis nak bawa kita ke sini..


Even sudah agak banyak kali ke Cameron highland, tapi saya tak peduli..
asalkan namanya bercuti saya sangat-sangat SUKA dan teruja ;)
Will be staying there for one night, amik angin, honeymoon lagi..
Hopefully it will be a good and nice trip for the two of us.
Sebab selalunya kalau saya over excited, mesti at the end akan turn out tak best.
Nanti kita amek gambar banyak-banyak okie.
Tapi tak janji nak upload kt blog..
semenjak kita dah jadi gergasi ni, agak kurang keyakinan diri nak menonjol di hadapan orang ramai. ahahaha.

Thursday, October 6, 2011

The Legend

Should I say more..?



Hepi Friday all!

Petugas/pengawas

Helo all.. Do you find your day interesting?

Mine sangat lah tiring and boorrrriiiinnnG. For the past few days (read: from Monday-Thursday), I was away from school. I was selected as petugas/pengawas PMR at other school. I did not apply for it. Siapa lah yang rajin sangat untuk bertugas as petugas/pegawas peperiksaan kan. Besides, I didnt teach form 3, so sangat lah menghairankan apabila nama saya terpilih untuk bertugas.

At first, when I received the surat lantikan, I feel okie to leave school for few days, berubah angin la konon. Then, bila dah mula bertugas, rasa sangat regret, eventhough we get allowance for the duty. I dont feel its worth it.

The main reason I said that is because it is tiring . Selalunya, hari-hari I akan balik from work at noon tapi bila bertugas for PMR ni, time balik ialah around 4pm. Need to work extra hours. Then, bila exam dah bermula, saya rasa agak buang masa untuk tunggu pelajar menjawab hingga tamat waktu menjawab. Seriouly, tak tahu nak buat apa dalam masa tersebut. Sangat RUGI masa. Petugas/pengawas peperiksaan tidak boleh menggunakan henset, tak boleh membaca soalan, bersembang, etc.etc. etc. So, asyik la pusing pusing pusing pusing satu dewan sampai kaki cramp. Tapi saya ada curi-curi potong kuku. ahahaha. Terseksa nya jiwa dan raga nak tunggu 2jam atau 1.5jam tamat. Rasa sangat rugi tak dapat ke sekolah untuk membuat ulangkaji bersama pelajar form 4 dan form 5. hurmm..

Just for information, PMR will end next Tuesday. Tak sabar untuk kembali ke tempat kerja sendiri ;)

Tuesday, October 4, 2011

Sedap kan??

I really admire this song since the first time hubby dedicated it to me 7 years ago..
Never get bored with Unintended no matter how many times I repeated it.




It was more special when my adorable husband sang it to me while playing the guitar.
My heart melt every time he did that ;)
Hopefully you guys will enjoy it.
Chiow.

p/s: me and the handsome guy is having a date. hiks.

Monday, October 3, 2011

warna warni.


Kamu kamu nampak tak imej di atas? Itu ialah toothbrush yer adik-adik..
Toothbrush di ATAS tu kaler apa yer??
Kuning?? Purple?? Hijau??
Pandai semua, toothbrush tu warna BIRU ;)

Cuba lihat pula imej di bawah.. Imeh di bawah juga ialah sebatang toothbrush yang berwarna....
Sila jawab semua. Warna PURPLE kan??
Pandai semua ;)


Berus gigi warna biru husband punya dan warna purple saya yang punya.
Tapi kenapakah semasa saya mandi selepas husband selesai mandi, saya dapati toothbrush ungu telah basah seperti digunakan?? manakala toothbrush biru masih dalam keadaan elok sejahtera.
Musykil neh..
Saya silap berus gigi atau en.husband comel rabun warna?? hiks.

sakit oi.

Hye. Hye.
Alhamdulillah, overall the check up turn out to be okie ;)
but.. but.. but..
It was painful!!

Samada sangat painful atau pun kita yang over-react sampai menjerit SAKIT.
Dan husband yang menunggu dah risau dah sebab boleh dengar suara kita jerit hingga ke luar.
Jenuh la dopter dan assistant nya suruh kita tarik nafas untuk reduce the pressure.
Mesti orang-orang yang tunggu giliran dah takut dah. hakhakhak.

Even dah sampai rumah pun, kita still boleh rasa kesan kesakitan tadi..
Macam mana nak jogging petang ni??
hurmm..

Dup. Dap. Dup. Dap.

Rasa nervous nya. berdebar-debar. gementar..
Jantung kita berdegup laju sangat, rasa macam boleh dengar bunyi degupan tu sampai luar. Tipu.
Memang lah tak boleh dengar degupan jantung tu, tapi kita memang tengah sangat berdebar.
Dup. Dap. Dup. Dap. Dup. Dap.

Ini bukan kali pertama kita ke hospital untuk buat check up.
Tapi medical appointment untuk hari ni adalah yang pertama kali kita kena lalui.
Belum pernah lagi check up begini sebab tu sangat berdebar dan takut dan malu ;(

Nasib baik en.suami kacak bergaya tu dapat luangkan masa untuk temankan kita.
Doakan kita normal aja okie tanpa apa-apa khabar buruk.
Kenapalah semuanya pada hari Isnin kan?

p/s: janganlah kita ada hypertension pula disebabkan debaran ini...

Saturday, October 1, 2011

Sperm vs Ovum

Hello all..
Before I start with the new post, let just ignore the two previous post okie.
Itu ditulis ketika emosi tidak stabil dan kemungkinan terlebih hormon progestron. hakhakhak.

Today is really a tiring Saturday.
Sabtu minggu pertama but we still have program at school.
Kena ke tempat kerja as early as everyday because we have LADAP (read: Latihan Dalam Perkhidmatan) and for today, the teachers need to learn basic skills for sports like basketball, hockey and etc. etc. etc..
Its quite interesting when doing the practical, terkenang zaman sekolah dulu masa aktif berbola keranjang, bukan mata keranjang yer..
However, I found out that I sepak takraw is the least feminine sport when you have to terkangkang-kangkang sepak bola tu. eeuww..

Tonight, will be going to in laws house and that's the routine for the time being..
Weekdays staying at my parent house and weekend at his parent's house.
Why going tonight??
Because he wanna watch Everton vs Liverpool. huh.
Sungguh tak faham kenapa lelaki suka menonton bola sepak.
Just like a gay, penyokong lelaki minat menonton pemain lelaki.
And the guys are watching the player catching for a ball, sama kan macam sperms berbutkan satu ovum ;p
till here..