Monday, March 28, 2011

dopter. oh. dopter.

Hari ini dopter beri cuti sakit SATU hari. SATU hari sahaja taw..

Last weken, saya sakit perut, muntah-muntah, cirit-birit dan fever. Bukan keracunan makanan. NOT. Mula-mula rasa perut kembung dan berangin jer. Sebelah malam nya pula dah mula cirit-birit dan berlanjutan hingga ke hari ahad.

Satu badan saya berbau minyak Afiat yang disapu husband, tapi angin degil tu tetap ada kt perut saya. Selepas breakfast, husband terus ajak ke klinik. Both tanpa mandi pagi yer ;p Dopter cakap perut saya berasid. Antara punca yang memungkin kan perut berasid ni ialah waktu makan yang tidak teratur, banyak makan makanan berminyak, berlemak, makanan yang terlalu pedas, makan waktu lewat malam dan makanan tidak sempat dihadam.

Waktu makan saya memang agak kelam kabut sedikit, I admit it. Selepas ni perlu lebih mengambil berat tentang waktu makan dan makanan yang diambil. Dopter tak benarkan saya minum susu atau soya untuk sementara waktu. Saya demam kerana dehydrated. Kan asyik cirit jer, mana tak hilang banyak air nya.

disebabkan saya asyik meloya dan muntah-muntah, my mother in law dah syak saya expecting pula. hehehee..

p/s:Masa mahu ambil ubat di kaunter klinik, pekerja tu sempat beritahu saya, "awak ni COMEL lah".. awww!! perli ke hape??

Friday, March 25, 2011

makan sedap-sedap.

alhamdulillah.. Saya bersyukur untuk dua perkara hari ini. Pertamanya, siapa tak suka hari JUMAAT kan?? =) untuk saya yang berjauhan ni, sentiasa menantikan Jumaat untuk bersama dengan kesayangans. They (read: husband and Eduardo) are coming to Ipoh this weekend. Seronot!!

Secondly, bersyukur kerana hari ini PAY day. Besar makna nya bagi orang-orang yang berkerja makan gaji =) For me, bila pay day je mesti teringin nak makan sedap-sedap. Mungkin bagi orang lain seronok nak bershopping but saya lagi suka dapat makan yang sedap-sedap. Makanan yang sedap-sedap ni tak semestinya mahal kan, asalkan dapat memenuhi our taste bud dengan benda-benda yang enak.

It is not difficult to please me.. Makanan sedap-sedap untuk saya senang sahaja. Antara nya ialah..


SUSHI. I loike shushi.. sangat lah YUMMEH!!



Saya paling suka shushi yang ada telur ikan kaler merah tu dan eel.. Tapi dekat sushi king, sushi yang ada eel tu dah tak halal sebab dicampur alkohol. SEDEY betul.

Fresh sea food pun sangat mengujakan. This one is the one yang kami pernah makan di Bagan Lalang. Sangat fresh, sangat omnomnomnom ;p

Okie. Sila bayangkan sahaja kerana pictures di Bagan Lalang semua berada di dalam laptop husband. muahahaha..

Last but not least, betul-betul kepingin untuk mencuba ini..

>

Siapa mahu IKUT?? Jom!!

p/s: pictures were taken from google.

Tuesday, March 22, 2011

Resepi Mi Hailam.

Since saya takde isu dan idea, hari ni saya suka-suka jer nak share resipi Mi Hailam yang my mommy perturunkan =) Sebenarnya untuk reference sendiri di masa hadapan supaya mommy tak bising-bising bila saya asyik tanya berkali-kali setiap kali nak masak.

Bahan A:
- setengah bungkus mi kuning dibasuh dan ditoskan.
- daging lembu dihiris.
- Udang.
- Tauge.
- Kicap manis.
- Sos tomato.
- 5 ulas bawang putih ditumbuk halus.
- Bancuhan tepung jagung.

Bahan B (perlu ditumbuk bersama):
- 4 ulas bawang merah.
- hujung sudu jintan manis.
- setengah sudu lada hitam.
- 2 kuntum bunga lawang.
- 1 batang kulit kayu manis.
- 3 hiris halia.
- 7 biji cili padi.

Cara-cara:
1. Panaskan minyak di dalam kuali.
2. Tumiskan bawang putih hingga naik bau.
3. Masuk kan bahan B seketika dan masuk kan secawan air. Biarkan mereneh.
4. Masuk kan daging, biar sehingga daging empuk.
5. Masuk kan udang, biar hingga masak seketika.
6. Masuk kan kicap manis dan satu sudu sos tomato.
7. Campurkan 2 sudu bancuhan tepung jagung untuk memekat kan kuah.
8. Masuk kan mi dan tauge, serta perasakan dgn garam. Angkat setelah mi masak.

Kalau nak tengok gambar, ada di previous entry =)

Monday, March 21, 2011

Kesayangans.

Before this, every single day I will only miss him...





But now, I also miss this creature.. so so so damn much!!





They are my KESAYANGANs and only God knows what they both doing without me.
p/s: Those picture were taken during our weekend gateways at Fraser Hills.

Thursday, March 17, 2011

mi hailam.



Since nobody bother to bring me fo lunch today, I forced myself to cook mi hailam. Bon Appetite all!!

berDOA.

Pray HARD everyone.. semoga my husband dapat cuti half day esok dan beliau dapat bawakan saya bercuti ke sini.....













Oops! Belum ada gambar kerana belum pernah pergi lagi ke situ. Tunggu later after the holidays yer =)

Monday, March 14, 2011

Who's next?


Dini's reception at Hotel Seri Malaysia, Ipoh



Kenapakah terngiang-ngiang LAGU orang kahwin di telinga saya ni?? Who's next yer..?

Friday, March 11, 2011

TAG by Niza.

5 nama samaran

-I call myself MIA since being able to talk at the age of 3 or 4.
-Teachers and primary school's friends know me as SITI.
-When I went to boarding school, everybody call me AMY.
-Only daddy and colleuges call me AMELIA.
-my cats know me as KAKAK ;p



5 tarikh penting

-Paling penting ialah tarikh due date setiap kerja yang perlu dilaksanakan.
-Tarikh setiap CUTI sekolah, public holidays, CUTI ganti and etc.
-Anniversary.
-Birthday husband.
-Birthday keluarga dan kawan-kawan.



5 perkara I buat semalam

-key-in exam marks into the system which I have to do it again today kerana sistem down semalam.
-attend meeting yang sangatlah lama nyer....
-Accompany my bff to the bridal and pasar besar mengambil bungaan yang ditempah.
-Teman sister-in-law beli ice-cream di 7eleven after dinner coz she's pregnant dan mengidam.
-Called husband to update and ask permission for everything I did above.


5 perkara buat saye gembira

-Melancong disamping makanan yang sedap.
-Being with husband.
-Family gathering and spending time with bff.
-Pregnant.
-SHOPPING.



5 perkara sebab jawab soalan
- one way of updating the blog.
- isi masa sementara menunggu Alya (my niece), wake up from her nap.
- being tag by Niza.
- none
- couldnt thing more.

p/s: thanx niza for tagging me =) and to everybody please feel free to do it yer.. HAVE a NICE WEEKEND!!

Thursday, March 10, 2011

nak beri atau tidak..?

My highschool bff is getting married. woohoo!! As a loyal friend of her, me willingly offering hands to help in anything.

My first task was quite challenging. I have to order/reserve fresh flowers for the hantaran since she work in kL but going to get marry in Ipoh. Bayangkan, she mms me the sample of hantaran that she has made earlier, so that I can identify the colour of roses that she wants. Lighting from camera kan selalunya akan buatkan the colour look different from the real thing.

Maka, teraba-raba lah I last week meredah pasar besar Ipoh untuk mencari bunga-bungaan yang diperlukan. Sambil pilih, sambil snap gambar, sambil mms her the picture, sambil bargain for the price, sambil talking to her on phone. Agak dekat 2 jam la jugak I kat situ kan.. I did that last Thursday.

So today is the time to take all the flowers that I've ordered. The wedding will be on Saturday. After work tadi, at around 2.30pm we planned to meet at pasar besar Ipoh. I did not park at the basement coz it's quite unsafe. Instead, I park at the parking lot at the back of the building.

Seperti kebiasaan mesti ada penjaga parking illegal yang akan 'tolong' guide the car to the parking. Kebiasaan nya juga, mesti orang-orang akan give some money to them. So, I'm thinking to myself.. NAK BERI KE TIDAK?? ok. decide. NO. Tidak mahu beri wang pada penjaga parking tu.

Cepat-cepat je keluar dari kereta dan lari-lari (baru sedar, mesti macam anak gajah aku lari tadi) masuk pasar to meet my bff. Tak sangka nya, even dah sibuk layan my bff yang masih pening-pening nak tukar bunga lain lah, I masih teringat kt si tukang parking kereta tu. Tak nampak pun macam drug addict. Ntah-ntah dia ada family kot. Ntah-ntah anak dia takde duit nak makan or pergi sekolah. Ntah-ntah dulu masa sekolah dia macam students aku sekarang ni yang asyik nak main je sbb tu tak dapat keje elok sket. Ntah-ntah anak dia belum bayar yuran sekolah macam students aku tu. KESIAN nya.... itu lah kata-kata hati I.

Then, mesti lah u all dapat agak apa I buat after dah pergi semula kat parking kan.. Tak salah kan berkongsi rezeki yang Allah beri =)

p/s:


ini lah dia bakal pengantin baru =) yang bertudung tu dah jadi pengantin lama. Terasa tua pula bila tengok gambar-gambar lama camni kan.

Wednesday, March 9, 2011

TIDAK boleh tahan..

Saya mampu bertahan dua hari jer.. Selepas dua hari, saya akan mula mengalami simptom-simptom seperti emosi kurang stabil, jiwa kacau, sentiasa berwajah serious dan lain-lain yang sewaktu dengan nya.

Gangguan jiwa yang lebih kronik mungkin akan berlaku sekiranya dibiarkan lebih dari seminggu. TERUK kan..?

NO. Tidak ambil dadah la.. Bukan juga sedang cuba untuk berhenti merokok. Mengambil ubat depression?? Salah tu.

Sebenarnya, saya tidak boleh tahan sekiranya berjauhan dari suami. Rasa sangat gelisah. Tapi CINTA kan perlukan perngorbanan. sila muntah sekarang ;p
Well.. I'm waiting for Friday, and always pray that MONDAY will never come...





this is US.

Tuesday, March 8, 2011

Kenapakah..?

Awak-awak semua pernah terfikir tak, KENAPA.......

(a) orang jahat memilih untuk menjadi jahat?

(b) bila kita telah memilih untuk melupakan sesuatu, tapi masih tetap mengingat?

Kenapa? kenapa? kenapakah..??

Monday, March 7, 2011

di dalam DILEMA.




nampak tak makhluk di atas tu..? COMEL kan?? tak comel ke..? ok fine.

Itu ialah Leo atau Eduardo atau ntah apa belum decide nama. Leo@Eduardo@ntah-apa-nama ialah seekor Bengal Cat. Have you heard about it? NO?? Me neither *sigh. Sila lah kita sama-sama google untuk tahu lebih lanjut tentang Leo@Eduardo@ntah-apa-nama itu. It's a HE. Walau pun Leo@Eduardo@ntah-apa-nama itu bukan kitten, but me and husband is planning to adopt him.

Masalah problem nya di sini, neither of us pernah membela seekor kucing Bengal. Before this, kucing-kucing yang I kenali hanyalah kucing kampung dan Persian cats. Yep, CATS with 'S'. Pernah ada sangat-sangat banyak Persian in my parent's house sebelum ni tapi sekarang cuma tinggal seekor. Yang lain-lain ada yang mati bersama tragedi tergantung diri sendiri lah, terminum air cat lah, terbelit pada wayar tV lah, mati semasa bersalin lah, mati sakit tua lah dan macam-macam lagi. Tak larat dah nak menangis every time mereka mati. At the end, banyak yang kasi pada relative untuk dibela and we have only one and macho Cing Olen =) Ini lah dia si tua Cing Olen manja-manja musyuk masham tu..



My husband sangat lah teruja untuk adopt si Leo@Eduardo@ntah-apa-nama tu but saya pula di dalam dilema. Husband nak adopt sebab dia rasa sunyi when I'm not around, at least if Leo@Eduardo@ntah-apa-nama ada di rumah kami, boleh la menjadi peneman. I'm okie with it at first. Tapi bila dah get to know Leo@Eduardo@ntah-apa-nama untuk sehari, rasa berbelah bahagi pula kerana si Leo@Eduardo@ntah-apa-nama itu suka bergurau kasar. Mula-mula nak manja-manja, then bila saya usap-usap kepala dan gosok-gosok bawah tengkok, dia pun nak gigit-gigit manja tangan saya. Ouch. Si Leo@Eduardo@ntah-apa-nama tu juga suka sangat show off kuku dia dan membuatkan saya cemas. Husband cakap, memang the nature of Bengal Cat is like that.

So how? Patut tak adopt him? Dah la my dad receive si Leo@Eduardo@ntah-apa-nama from the previous owner pun kerana the previous owner sudah tak mahu bela dia disebabkan pernah dicakar/gigit by him.. huhuu..

p/s: Do you have any suggestion for his NAME? Eduardo means a rich guardian, suit him tak agak nya ek..?