Thursday, February 10, 2011

secara kebetulan...

... ketika memakir kereta di bahu jalan, untuk ke Restoran Salim Kari Kepala Ikan membeli makanan tengah hari, saya ternampak seorang lelaki sedang mencari-cari makanan di dalam tong sampah besar di bahagian tepi berhampiran dengan restoran tersebut. Nope. I never know that man. Mungkin lelaki tersebut tiada keluarga, mungkin beliau orang gila atau penagih dadah, saya sendiri tidak tahu atau pasti.

Saya cuma pasti tentang perasaan saya ketika itu iaitu perasaan KESIAN yang sangat mendalam. Sedang saya ini yang mempunyai pekerjaan dan duit, mampu untuk membeli makanan yang saya idamkan ketika itu iaitu nasi kandar kambing, ada insan yang makan hasil daripada sisa orang lain.

Selesai urusan jual beli di Restoran Salin Kari Kepala Ikan, satu bungkus nasi kandar berpindah tangan ke tangan lelaki tersebut. Tidak kira lah walau siapa pun lelaki itu tetapi dia manusia yang juga berhak untuk hidup...