Saturday, August 28, 2010

Help needed.

Happy weekend all =)

This week, I dapat stay agak lama with husband since semalam was public holiday for negeri Perak dan Selasa adalah public holiday sempena sambutan Hari Kebangsaan, dan for Monday I ambil cuti rehat khas. So, dapatlah saya bercuti dari Jumaat hingga Selasa.

Hari ni, as usual I akan masak kan for Iftar. Dah decide untuk masak ikan siakap tiga rasa (supposely I nak masak steam but husband request for 3 rasa), sotong celup tepung, tofu telur ala chinese dan khailan ikan masin.

Nak tanya pendapat reader semua, macam mana nak buat sotong celup tepung yang sedap ye? since I sebelum ni guna tepung goreng ayam adabi jer dan turn out tidak begitu sedap.. Can somebody help me, please..?



I nak dapatkan hasil yang macam dalam picture tu (from google), nampak cantik, menarik dan mesti sedap kan? =)

Wednesday, August 25, 2010

Trauma.

Hari ini I mengalami perjalanan balik kerja yang agak traumatic. Rasa trauma dan menggeletar sampai sekarang.

Kisahnya bermula apabila sampai waktu pulang dari kerja tadi, to be specific tengah hari tadi. Semasa sedang memandu, as usual saya akan call mommy untuk tanyakan jika ada barang yang dia hendak pesan minta saya belikan dalam perjalanan pulang ke rumah. Ketika sedang mendial, ketika kereta berhenti di salah sebuah traffic light yang lampunya merah (sambil perati kiri kanan takut ada abg polis), one of the car di belakang saya telah membunyikan hon. Hon yang amat panjang dan kuat.

Terkejut dengan bunyi hon tersebut, saya secepat kilat memandang ke belakang kerana terfikir kemungkinan berlakunya kemalangan. Tapi apa yang saya nampak ialah seorang pemuda lelaki sedang cuba melarikan diri setelah meragut, ye MERAGUT (you all tak salah baca) dari salah sebuah kereta yang berhenti di traffic light tersebut. Kiranya, dia buka pintu belah penumpang, ambil barang dari kereta tersebut dan lari. Sambil seorang lagi pemuda sedang menunggu dengan motorsikal di tepi jalan tersebut.

Pada mulanya saya tidak faham apa yang berlaku. Kenapa ada kereta yang HON? Kenapa ada sebuah motorsikal yang menderam (ram aka pulas minyak), rupa-rupanya baru saya perasan motor yang menderam tu memberi isyarat kepada kawan nya yang meragut supaya cepat dan setelah kawan nya berjaya meragut, mereka pergi dengan motorsikal itu yang dipandu sangat laju sambil melanggar lampu isyarat yang sedang merah.



Beberapa orang pakcik yang berada di tepi jalan cuna untuk mengejar motor tersebut tetapi tidak berjaya. Dan mereka memandang pada kereta saya kerana menyangka saya lah magsa rangut tersebut. Mana lah I tak terkejut. Depan mata sendiri tu. Memang kalau ikutkan handbag I dekat tempat penumpang sebelah pemandu tapi memang dah jadi habit yang saya akan pastikan pintu kereta dikunci sebelum memulakan perjalanan.

Yang sedihnya, peragut tersebut sama bangsa dengan saya. Dan seagama dengan saya. Tidak kah mereka punyai moral untuk menghormati bulan mulia ini? Mungkin betul kata mommy, itu lah yang terjadi bila moral sudah berada di tapak kaki. Kepada awak awak semua, sila pastikan keselamatan semasa menaiki kereta. Kalau yang ada anak, tolong jangan tinggalkan anak anda sendirian di dalam kereta. Sangat BAHAYA.

Apa yang saya ralatkan, akibat terlalu terkejut saya tidak terfikir untuk mengambil nombor plet motorsikal tersebut, tidak sempat untuk rakamkan gambar sebagai bahan bukti polis.

Sunday, August 22, 2010

Rumah kami ada tetamu.

Semalam petang, rumah kami didatangi oleh seorang tetamu.. Seorang tetamu kecik =)



Tetamu kecik ni ditinggalkan oleh umi nya yang perlu attend majlis berbuka. Tengoklah tu, betapa kusyuknya dia search games from google. En.suami berasa impress melihat budak kecik umur 5 tahun ini pandai menggunakan google. Zaman kami dulu, ketika berumur 5 tahun hanya tahu main aci kejar dengan rakan sebaya je =)

Sambil budak kecik itu bermain games, maksu nya sedang sibuk berkelentung kelentang di dapur untuk menyiapkan menu berbuka. Sesekali terdengar budak kecik tu merengek tak reti nak main games, so paksu lah yang tolong mainkan pulak. huh.

Sejam berada di dapur, saya dapat siapkan ini..




Udang lagi.. Kali ni dibuat masak sambal pedas. Sebenarnya agak terhangit sket sambal nya sebab saya terpasang api kuat. hehehee.. dan saya juga ada membuat ini..




Cili kicap itu untuk dimakan bersama-sama dengan ikan kembung bakar yang tiada di dalam gambar kerana tidak sempat nak snap picture dah kena marah dengan en.suami sebab tak sediakan nasi sedangkan waktu untuk berbuka dah sangat hampir tapi sibuk nak ambil pic makanan. muahahaha.. padan muka ku. Untuk sayur, saya goreng bendi jer.

Dan alhamdulillah, en.suami dan tetamu kecik tu makan macam berlawan-lawan. Habis lah nasi seperiuk yang saya masak untuk berbuka semalam. Walaupun tetamu itu tidak berpuasa pun. hehee..

Sebab nasi dah habis makan ketika berbuka, maka sahur hari ni ala Inggeris la konon.. Roti bakar with egg and cheese je. Sebenarnya saya plan nak masak mi goreng, tapi terbangun lambat. haish..

Thursday, August 19, 2010

merindu..


Saya belum tidor lagi.. Rindukan suami.. Doakan permohonan saya untuk berpindah sekolah ke KL/Selangor bulan September nanti diluluskan ye.. Tolong doakan juga kami mendapat beby soon. Bukan nya desperate sangat nak anak, tapi seronok kan bila penat bekerja,dan balik rumah ternampak senyuman si kecil. Mesti hilang semua kepenatan. kan?

Oh. Hari ni saya berjaya buatkan kuih buah melaka/onde-onde sempena menyambut kepulangan mommy and daddy =) daddy tak sangka yang his little princess reti buat kuih. hehee.. tapi tak snap picture pun sebab kuih buah melaka saya tu almost x berwarna hijau pun since saya takde pencelup hijau. Dah guna daun padan tapi mungkin x cukup kot daun pandan yang saya gunakan tu.

Resepi adalah sama macam yang orang lain buat, cuma saya ada terbaca jika mahukan kuih buah melaka tu lebih gebu, boleh tambahkan ubi keledek dalam bancuhan tepung pulut. Belum cuba lagi letak keledek, mungkin semasa weekend nanti, boleh buatkan untuk en.suami pula..

Till here. Enjoy your weekend. If you plan to travel, remember to put on seat-belt and drive carefully!!

Tuesday, August 17, 2010

Beli satu jenis, dapat tiga jenis.

Hari ini, saya telah merajinkan diri membawa diri ke bazar Ramadhan. Al maklumlah, tinggal seorang rasa macam tidak berbaloi pula untuk memasak kan (ayat-ayat orang malas). hehee..

Dalam keheningan petang, saya meredah hujan yang agak lebat semata-mata untuk mendapatkan makanan berbuka. Aduiyai.. I really hate being alone at HOME. Cepat lah pulang mommy and daddy.. Sambil memandu, dalam kepala sudah berkira-kira untuk membeli nasi kerabu (ini angkara terbaca dalam blog pn.Zarin lah ni) dan kuih buah melaka.

Memandangkan saya di Ipoh dan bukan nya di Kelantan, maka sangat limited choice gerai yang menjual nasi kerabu. Ada satu gerai je, tapi saya tengok nasi kerabu dia takde kuah tumis macam yang dalam nasi kerabu pn.Zarin jadi saya tak jadi nak beli. Dan turn out membeli nasi beriyani kambing, muahaha.. dan dapat juga membeli kuih buah melaka itu =)

Dekat tajuk ada tiga jenis lauk kan? Mana datang lagi DUA lauk misteri itu. Saya masak?? jangan harap lah.. kikiki.. sangat pemalas ok untuk masak seorang makan. Yang sebenarnya, lagi dua lauk itu ialah hasil daripada lauk moreh di masjid berdekatan. Kebetulan, semalam adalah turn my dad organise moreh jadi orang di rumah pun dapat merasa sama lauk tersebut. Saya panaskan saje since lauk yang diberi semalam sangat banyak, tidak termakan seorang diri. Dan sangat kena pula dengan nasi beriyani sebab lauk moreh itu ialah ayam masak merah dan daging kicap. Memang rezeki.

Perlu ke sahur nanti makan lauk moreh juga?? Blerghh!!

Sunday, August 15, 2010

Rendang Udang

kenapalah gambar BLURR ni??

Untuk berbuka semalam, ini adalah salah satu menu yang saya masak kan untuk suami selain daripada bebrapa jenis lauk lagi. Gambar tu agak kabur dan nampak tidak menyelerakan kan? kan? Itu gara-gara menangkap gambar guna blackberry husband lah tu.. Tak kisah lah gambar blurr pun asalkan suami kata sedap =)

Decide untuk masak rendang udang ni setelah membelek-belek resepi di dalam buku Rasa edisi Mei 2010. Dalam Rasa, resepi ni dinamakan Udang semanis ibu. Bukan nya apa, setiap kali membeli udang mesti akan dimasak sambal atau goreng berkicap so kali ni sempena Ramadhan buat kelainan sedikit dengan memasak udang rendang.

So saya nak kongsikan resipi ni dengan awak awak semua, incase awak buntu nak memasak apa untuk berbuka nanti. Oh, saya memang suggest lah untuk mencuba resipi dari buku Rasa ni sebab dah banyak resepi yang saya cuba dan semua nya menjadi =)

Bahan A:
Udang (saya gunakan 11 ekor untuk kami berdua makan)
Pati santan (saya gunakan santan kotak 3 sudu makan)
Rempah kari ikan
Minyak masak
Garam

Bahan B:
Bawang merah-5 biji
Bwang putih- 3 biji
Halia- 3 hiris
Cili merah- 2 biji
Jintan Putih
Kerisik

Bahan C:
Bawang merah- 4 biji
Bawang putih- 2 biji
Kulit kayu manis- 1 batang
Bunga lawang- 2 kuntum
Bunga cengkih- 3 kuntuk

Cara memasak:
1. Kisarkan kesemua bahan B kecuali kerisik. Rumah saya belum ada blender jadi saya tumbuk.
2. Gaulkan bahan kisar, kerisik dan rempah kari bersama udang. Perapkan selama 10 hingga 15 minit.
3. Kemudian bawang merah dan bawang putih dalam bahan C ditumbuk halus dan ditumis bersama kesemua bahan C dengan minyak masak yang panas hingga kekuningan dan naik bau.
4. Masuk kan udang yang telah diperap tadi dan kacau selama 5 minit.
5. Masuk kan pati santan dan kacau sehingga pekat.
6. Akhir sekali, perasakan dengan garam secukup rasa.

Senang dan sangat simple kan? Untuk berbuka hari ini, saya masih belum fikirkan menu. Suami ajak berbuka di luar sebab malam ni saya perlu pulang semula ke Ipoh. Di mana yer yang sedap untuk Iftar area KL?

Ok, till here. Saya nak perapkan ayam berempah untuk suami bersahur semasa ketiadaan saya nanti. Nak resipi ke? ;p

Friday, August 13, 2010

Woohoo!


Finally it's FRIDAY!! My favourite day because it is time to meet the other half =) wee!!


Today is my turn to travel to KL. Penah dengar tak, kalau kita di dalam perjalanan, maksudnya kita ni adalah musafir kan? Saya akan bertolak ke kl dan menjadi musafir di dalam perjalanan nanti.


Musafir tidak diwajibkan berpuasa kan?? kan?? kan??


Let see secara Mathematical Reasoning nya..



Premise I: Musafir tidak diwajibkan berpuasa,

Premise II: Saya adalah musafir,

Conclusion: Saya tidak diwajibkan BERPUASA.


kikiki... day dreaming! dah tua bangka masih fikir cara untuk skip puasa. erk. Btw, enjoy your weekend with the LOVE one =)

Thursday, August 12, 2010

1 Ramadhan dan Nasi

1 Ramadhan tu kan semalam. Maka nya semalam adalah hari pertama berpuasa pada Ramadhan tahun ini. Semalam, bila buka surat khabar je mesti nampak iklan mcD lah, KFC lah, buffet ramadhan lah, semua nya nampak sedap dan menyelerakan. Belum kira keteringinan yang macam-macam untuk berbuka tu. hehee..

Seperti Ramadhan tahun-tahun sudah, keluarga saya agak jarang ke bazar Ramadhan. My mommy prefer untuk masak kan sendiri, lagi sedap kata nya. So semalam pun sama seperti Ramadhan yang lalu, mommy masak untuk keluarga.

Antara yang mommy masak ialah kerang masak lemak, asam pedas ikan pari, ikan temenung bakar cicah budu dan gulai lemak bayam bersama petai. Waktu berbuka tu, saya tidak lah haus sangat tapi memang membara untuk menjamah masakan mommy. Jadi bila azan berkumandang, kami sekeluarga menjamah kurma dan minum air terlebih dahulu.

Saya orang pertama buka periuk nasi untuk mencedok nasi dan alangkah hampa nya kerana periuk nasi itu KOSONG. Kami terlupa untuk tanak nasi lah. kuang. kuang. kuang. Sadis betul.

Maka nya makan nasi hanya selepas solat maghrib. hee.. To all of u, jangan lupa masak nasi okie. Untuk sahur dan untuk berbuka juga. Selamat berpuasa! =)

Thursday, August 5, 2010

The Undomestic Goddess

picture from google


Hai all.. what you've been up to?

Saya baru je selesai menghabiskan membaca buku di atas ini. The Undomestic Goddess by Sophie Kinsella.
Dalam sibuk bekerja pun masih sempat mencuri masa untuk membaca kerana saya berpendapat membaca dapat merehatkan minda dan selalu nya saya akan memilih bacaan ringan seperti novel dari Sophie Kinsella ini.

Saya mula kenal Sophie Kinsella pun since my sister (ok, my sister lagi. Nampak sangat yang kakak saya banyak mempengaruhu hidup saya kan) telah terbeli novel Shophaholic yang famous tu. Konon nya kakak saya nak memupuk semangat membaca tapi at the end, saya yang khatam baca buku tersebut sementara kakak saya tak habis membaca sehingga kini. Semenjak terbaca The Confession of Shopaholic, terus saya terjatuh hati dengan gaya penulisan yang simple dan hilarious oleh Sophie Kinsella ni. Seriously boleh tergelak sorang-sorang taw..

Setelah habis siri Shopaholic, saya teruskan pulak dengan Can You Keep A Secret also by Sophie Kinsella dan sekarang The Undomestic Goddess. Kalau nak tahu sipnopsis, saya cadangkan supaya google yer.. Pada saya buku ini menarik tapi saya lagi suka jalan cerita Can You Keep A Secret. Seperti kebiasaan nya, ending setiap buku yang ditulis oleh Sophie Kinsella akan berakhir dengan Happy Ending. Sebab tu saya suka =)

Next, saya tengah merancang untuk mengepow (ada gaji sendiri tapi tetap kedekut. hehehee..) En.suami belikan saya Twenties Girl. Can you tell me, is it worth to read?

Tuesday, August 3, 2010

Salt

Saya tengah teringin sangat nak menonton perempuan ini di cinema. In fact, during the weekend sudah tiga kali saya dan suami book TGV ticket untuk pergi menonton..

But unfortunately for us, husband tiba-tiba je rise in body temperature dan jatuh sakit on Saturday morning. So plan untuk menonton tu dibatalkan begitu sahaja.



Salt, please wait for me. I promise to watch you =)