Jumaat datang lagi.. Jumaat yang sepatut nyer menggembirakan bagi semua orang yang bekerja sbb sabtu dan ahad cuti. Tapi jumaat ni, aku xde lah excited macam slalu. Usually, rakan-rakan sekerja mesti perli, "ooi.. amelia kalau time balik jer mesti laju.." hahaha.. which is quite true. Dah sekolah petang, time blk keje 6.40p.m. So bile loceng berbunyi jer, mesti lah aku trus balik. Apa yang nak tggu lagi kt sekolah tu kan..
Tapi arini (Jumaat) lain siket. Aku xde lah rushing nak blk umah mcm slalu. Kalau boleh Sabtu ngn Ahad pun nak bekerja sebab aku tahu, cuti hujung minggu ni mesti agak membosankan tanpa aktiviti menarik. Nak buat apa yer Sabtu dan Ahad ni..? Kemas bilik kot.. doing laundry kot.. abeskan baca buku Shopaholic (Takes Mahattan) kot.. or pegi repair rambut..?
Arini (Jumaat) kat sekolah ada makan2. Asalnyer, PK petang suh kumpul duit sorang RM1, nak uat makan2 rojak buah kata nye. So aku bodek2 mama minta masak kan bihun goreng untuk cikgu2. Mama mood tgh elok kot, sampai masak kan pulut kuning ngn rendang ayam utk semua staf sebelah ptg. Mama cakap, "pulut dgn rendang ni sempena mia dah tamat belajar dan dah dapat keje.." Sekejap je licin sebekas pulut dgn rendang, Alhamdulillah. Semua suka masakan mama. Semua cakap sedap and diaorg ingat aku yang masak. hahaha.. Aku masak rendang?? Bleh jadi kari nnt..
Harap-harap wekend ni ada something yang menarik terjadi.. Sesuatu yang menarik macam wekend yang lepas. Semoga Jumaat ni menggembirakan utk semua. Enjoy your weekend friends!