Friday, October 31, 2008

x tentu arah~

Sedey nya.. ptg ni dia nak blk ipoh after working. nak itot!! Dia sengaja nak tggl kite sesorg kt sini. wawawa..!!
Kite dah 3-4 kali buka buku tp still x start baca lg. Kejap2 check kena baca lg baper chapter, kejap2 buka blog, pastu g bilik en.seman cari gado. Memang kite dah xde keje, pastu jd x tentu arah. Kakak kite pun dah bising x tlg dia kira kan markah test student dia. Kakak cakap kite kasi janji manis je. huhuhuu..
Oh! Skrang ni musim kwn2 kite kawin ngn bertunang kot.. so TAHNIAH kpd miss shiha yang akan bertunang pada 27/disember. She already ask me to tempah baju and masa engagement day dia nnt i have to jaga her looks and appearance. She'll get marry on March tp masih blum ditetapkan tarikh. But of course x akan clash dgn tarikh our friend which is Miss Marshitah yang akan menamatkan zaman bujang nya pada 13/March. So baper bnyk baju nak kena tempah ni? Pastu apa tema kaler kenduri korang yek?
Kepada en.khairul anwar, tlg sediakan buget utk baju2 kite yek? kekekeke.. emm.. tu baru dua kenduri, umai nye kenduri xtaw lg bile. My abang and najhan punye kenduri will be on end of january and early of February. Sis ena punye kenduri pun on March. BANYAK nye kenduri!! nak kena cari prezen lagi..I x keje lagi la u all..!
Kepada bakal2 pengantin, CONGRATULATIONS!! di saat anda mengendong anak nnt, saya masih bebas bergaya.ngehehee. kidding! jgn lupe pegi kursus kawen yer..
OopS!! saya patut nya baca buku la..haish..

Thursday, October 30, 2008

Sama tp tidak serupa..

Amy Mastura and Coco Lee

Chaka Khan and Sharifah Aini

Siti Nurhaliza and Katie Holmes

Dayang Nurfaizah and Beyonce

Era Fazira and Jeniffer Lopez

Farah Wahida and Kajol

Jacklyn Victor and Janet Jackson
Faizal Tahir and Tom Welling
Do you think they look the same?? hehehee..

OK ker..??

emm.. atas kritikan ramai org, maka aku pun menukar kaler background blog ni. so ookie ke kaler pink muda tu? sbb sebenarnya, my taste of colour is more to pastel colour. i don't like bright colour.. okie x ni??
so..got to go, nak menumpukan sepenuh perhatian ni =)

Wednesday, October 29, 2008

mencintaimu..


Cinta..? seringkali kita berbicara tentang cinta. Apakah yang ada pada cinta? and what is LOVE actually..? Ada yang kata cinta itu suatu perasan yang suci, mahal dan telus. Sejauh manakah suci, mahal dan telus nya cinta itu? And for me, definition cinta tu terlampau luas. Cinta adalah suatu perasaan halus yang wujud dalam diri dan menunggu masa untuk diletuskan. Of course, cinta abadi hanya untuk yang maha Pencipta.

Saya ingin meluahkan rasa cinta saya pada dia. Saya cintakan dia. Cinta, kasih dan sayang saya hanya untuk dia seorang. Dia bukan sekadar teman istimewa, malahan dia lah sahabat, rakan karib, pendengar setia dan juga penasihat peribadi saya. Saya berani kata bahawa dia lah punca kekuatan saya. Di saat saya keseorangan dan perlukan seseorang, dialah peneman saya. Apabila saya menangis, dia pinjamkan bahu nya dan mententeramkan saya. Ada kalanya apabila saya rasa ingin lari dari semua org di keliling saya, trus saya fikirkan dia dan batal kan niat utk lari jauh..jauh dari semua..

Pernah x kita terfikir bahawa, cinta x semesti nya memiliki? Saya cintakan dia tapi andai ditakdirkan dia bukan utk saya dan ada seseorang yang lebih baik dari saya mengambil alih tempat saya untuk dia, semestinya saya akan rasa sakit.. sakit seperti runtuhnya langit di atas kepala tp.. saya perlu bersedia kerana kemungkinan nya ada. cinta x semestinya memiliki..

Saya cintakan dia atas segala kekurangan dan kelebihan yang dia miliki. Saya ingin mencintai dia di saat susah dan senang. Saya berdoa semoga saya lah tulang rusuk kiri nya. Apa yang lebih saya harapkan, dia membalas cinta saya..

awak..I love you more than words could say..





Bukan majlis Pertunangan saya =)


Pada 26/oct yg lalu telah sempurna lah majlis pertunangan kekanda aku bersama gadis pilihan hatinya, najhan azima. Alhamdulillah.. setelah kami sekeluarga menunggu sekian lama, akhirnya abang aku bertemu jua dgn pilihan hati nya. Lama taw, umur dia dah 32 thn baru nak bertunang. Umur najhan ni pulak sebaya dgn umur aku, so patut kah aku memanggil nya KAKAK?? haish.. agak berat la jugak. dan bwat masa skrang aku blum lg practice pggl dia KAKAK..hee..
Barang hantaran dari pihak lelaki bertemakan hijau dan dari pihak najhan bertema pink kaler. so cantik x barang hantaran yang ibunda ku gubah kan tu?
emm..so, how do i feel..? frankly, i do feel hepi for my abang. Lepas ni, xde la dia nak kawal ketat lagi pergerakan adinda nya ni sbb dah ada org lain yang dia kena amik berat kan. lagi.. i do feel stress and tense jugak.. sbb at my age, najhan pun dah nak kawen but aku still not working yet, apatah lg nak kawen kan? tambah2 lah sumer geng2 rapat masa matrik dah bertunang. hmm.. tertekan lah jugak..
lastly, mekaceh pada yang sudi hadir utk memeriahkan majlis especially pada kwn2 ku yg di dlm gambar itu kerana didera mengangkat brg2 hantaran.hehee.. kami sumer masih blum bertunang yer..


Wednesday, October 22, 2008

HISTORY~yang sering kite lupakan

salam.. hari yang menggembirakan.. gembira tanpa sebab. diakui, saya mmg mempunyai masalah jiwa/emosi yang serius. kadang-kadang gembira, sedey, marah, x tentu arah dan macam2 mood lg yang variasi. sumernya x boleh dijangka kan.. mengikut perubahan angin barat daya kot. hehee..

so, arini jom kite mengenal sejarah. agak BORINGGGG..kan? tapi..ada sesuatu yang menarik ttg sejarah pertabalan sultan negeri perak yang ramai x tahu.. emm, actually saya mmg suka sejarah berbanding geography masa kt skolah dulu. tapi apa yang saya nak kongsikan ni bkn lah dari sejarah yang kite blajar kat skolah dulu tp melalui research yang dibuat oleh one of my uncle.

di negeri perak ada beberapa stage masa pertabalan sultan antaranya ialah istiadat pertabalan jin yang hanya ada di negeri perak. jika nak baca lebih lanjut, bolehlah layari http://www.geocities.com/aizaris/tabaljin2
menurut apa yg uncle saya cerita, adat pertabalan ni merujuk kpd sejarah yg berlaku di zaman dulu kala. di mana ketika melaka dijajah oleh british, raja pada masa tersebut melarikan diri ke johor dan kemudian ke indonesia. ketika di Indonesia raja tersebut memperolehi 2 org putera. salah seorang nya kembali ke tanah melayu dan secara tepat lg ke negeri perak. semasa dlm perjalanan untuk memasuki negeri perak melalui jln air, berlaku lah ribut dan kapal baginda tidak dapat meneruskan perjalanan utk memasuki negeri perak. pada masa tersebut lah wujud jin dan mengarahkan baginda menjatuhkan mahkota baginda ke dlm air lalu jin tersebut menolong baginda memasuki negeri perak. disebabkan oleh peristiwa ini lah, negeri perak tiada tengku mahkota kerana kemungkinan tengku mahkota negeri perak ialah jin tersebut.. emm.. boleh percaya ke eh?

i told one of my sister's friend about this. he is perakian. dia bleh uat lawak lak. dia cakap negeri perak xde tengku mahkota sbb orang perak sebut tengku mahkota ialah tengku mahkot* so paham2 sndri lah yer..

Monday, October 20, 2008

NERVOUS~rasa yang x menentu

elo! emm.. apa eh? macam xde apa nak citer cuma ada terasa seperti ingin mendelete kan saje blog ni. kenapa ye..? sbb saya buta IT. sbb saya rasa blog saya x best, x menarik dan membosankan. sbb rasa blog org lain lagi hebat2..
BUTA IT.. mungkin x ramai yg tahu, sbenarnya sy mula2 ditawarkan oleh UM utk pengajian teknologi maklumat. selepas matrik di penang, isi borang IPTA dan xtaulah IT tu pilihan keberapa and tetiba dapat. i'm more to medic tp disebabkan pointer yg bukan 4.0, sy x ditawarkan bidang perubatan. haish..hampanya..tp actually sy ditawarkan bidang dental di Indonesia. hasrat ke indonesia terpaksa dibatalkan atas halangan family sy..
so berbalik kepada IT..sy BUTA IT.. pengetahuan saya ttg IT sgt terbatas. sy hanya tahu few basic things and lebey daripada basic things, sy terpaksa merujuk kpd en.khairul anwar which is sometimes memalukan kerana sy kerap bertanya soalan yg bodoh2 belaka..
saya berada selama setahun di fakulti sains komputer dan teknologi maklumat sblm bertukar ke jurusan sains dan pendidikan. i wasted a year!!
so..saya rasa nervous..rasa yang x menentu.. patutkah saya mendeletekan sahaja blog yg baru msk second post ini?

Friday, October 17, 2008

EXCITED!!

emmm..
diz is my first trial of writing blog after a long time ago..
i can't help of being excited. YEAY!! hehee..
at least, i have something to do in my free time..
so, welcome to all of you and welcome to my WORLD..
ookie, jom try post! =)